Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
{{{image_alt}}}
Piagam PBB
Dirangka14 Ogos 1941
Ditandatangani26 Jun 1945 di San Francisco, California, Amerika Syarikat
Berkuat kuasa
24 Oktober 1945
SyaratRatifikasi oleh China, Perancis, Kesatuan Soviet, United Kingdom, Amerika Syarikat dan oleh majoriti negara penandatangan yang lain.
Pihak193
Pemegang simpanan
Amerika Syarikat
Charter of the United Nations di Wikisumber
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (juga dikenali sebagai Piagam PBB) ialah perjanjian asas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sebuah pertubuhan antara kerajaan.[1] Ia menubuhkan tujuan, struktur pentadbiran, dan keseluhan rangka kerja sistem PBB, termasuk enam alat pentingnya: Sekretariat, Perhimpunan Agung, Majlis Keselamatan, Majlis Ekonomi dan Sosial, Mahkamah Keadilan Antarabangsa, dan Majlis Peramanahan.

Piagam PBB memberikan mandat bahawa PBB dan negara anggotanya mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa, mendukung undang-undang antarabangsa, mencapai "taraf hidup tinggi" untuk rakyatnya, mengutarakan "masalah ekonomi, sosial, kesihatan, dan masalah berkaitan", dan menggalakkan "rasa hormat sejagat untuk, dan pematuhan, hak asasi manusia dan kebebasan asas untuk semua tanpa pembezaan terhadap kaum, jantina, bahasa, atau agama."[2][3] Sebagai piagam dan perjanjian unsur, peraturan dan kewajipannya mengikat pada semua anggota dan menggantikannya daripada perjanjian yang lain.[1][4]

Semasa Perang Dunia Kedua, kuasa Berikat, dikenali secara rasmi sebagai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, bersetuju atas keperluan menubuhkan pertubuhan antarabangsa pascaperang yang baru.[5] Menurut matlamat ini, Piagam PBB telah dibincang, disediakan, dan didrafkan semasa Persidangan San Francisco yang bermula pada 25 April 1945, yang melibatkan kebanyakan negara berdaulat di dunia.[6] Berikutan kelulusan dua pertiga daripada setiap bahagian, teks terakhir diterima pakai sebulat suara oleh para utusan dan dibuka untuk tandatangan pada 26 Jun 1945;[7][8] ia telah ditandatangani di Peringatan Perang San Francisco dan Pusat Seni Pentas di San Francisco, Amerika Syarikat, oleh 50 daripada 51 negara anggota asal.[7][Note 1]

Piagam tersebut mula berkuat kuasa pada 24 Oktober 1945, berikutan ratifikasi oleh lima anggota kekal asal Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuChina,[Note 2] Perancis,[Note 3] Kesatuan Soviet,[Note 4] United Kingdom, dan Amerika Syarikat—dan majoriti penandatangan yang lain. Selepas itu, 24 Oktober kemudian diisytiharkan sebagai Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[9] Perhimpunan Agung PBB yang pertama, mewakili 51 anggota asal, dibuka di London pada Januari yang berikutnya. Pada ulang tahun kermpat penguatkuasaan Piagam, batu sudut diletakkan untuk ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang sekarang di Bandar Raya New York. Dengan 193 pihak, kebanyakan negara di dunia kini telah mengesahkan Piagam tersebut.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Poland, anggota asal yang lain, yang tidak diwakili di persidangan tersebut, menandatanganinya dua bulan kemudian.
  2. ^ Selepas tahun 1949, terletak di Taiwan; digantikan pada 25 Oktober 1971 oleh Republik Rakyat China
  3. ^ Kemudian diganti oleh Republik Keempat dan kemudian Republik Kelima.
  4. ^ Diganti oleh Persekutuan Rusia pada tahun 1991.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Introductory Note". Un.org. Diarkib daripada yang asal pada 9 Mei 2005. Dicapai pada 9 Februari 2013.
  2. ^ Christopher N.J. Roberts (Jun 2017). "William H. Fitzpatrick's Editorials on Human Rights (1949)". Quellen zur Geschichte der Menschenrechte [Sources on the History of Human Rights]. Human Rights Working Group in the 20th Century. Diarkib daripada yang asal pada 7 November 2017. Dicapai pada 4 November 2017.
  3. ^ Editors, History com. "U.N. Charter signed". HISTORY (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-08-20.Selenggaraan CS1: teks ekstra: senarai pengarang (link)
  4. ^ "Chapter XVI: Miscellaneous Provisions". Diarkib daripada yang asal pada 1 Februari 2013. Dicapai pada 29 Jun 2017.
  5. ^ "1944-1945: Dumbarton Oaks and Yalta". www.un.org (dalam bahasa Inggeris). 2015-08-26. Dicapai pada 2020-08-20.
  6. ^ "1945: The San Francisco Conference". www.un.org (dalam bahasa Inggeris). 2015-08-26. Dicapai pada 2020-08-20.
  7. ^ a b "1945: The San Francisco Conference". www.un.org (dalam bahasa Inggeris). 2015-08-26. Dicapai pada 2019-10-20.
  8. ^ "United Nations Conference on International Organization Proceedings". Hoover Institution (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-10-20.
  9. ^ General Assembly Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Resolution 168 session 2 United Nations Day on 31 Oktober 1947

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:UN Charter

Templat:UN Security Council Templat:International Criminal Court