Resolusi Seri Gaya 14 Mac

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Resolusi Seri Gaya merupakan satu ketetapan untuk menubuhkan Parti Demokratik Sabah (PDS) yang ditandatangani oleh hampir semua wakil rakyat Parti Bersatu Sabah (PBS) pada malam 14 Mac 1994 di Seri Gaya. Seri Gaya ialah tempat kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah, iaitu tempat kediaman Datuk Joseph Pairin Kitingan ketika itu.

Ketetapan itu telah dibuat selepas pucuk pimpinan Barisan Nasional mengatakan bahawa mereka tidak lagi akan menerima PBS sebagai parti komponen Barisan Nasional tanpa mengira sama ada Datuk Joseph Pairin masih memimpin parti itu atau tidak. Penolakan ini diakibatkan oleh peninggalan PBS secara tiba-tiba daripada Barisan Nasional lima hari sebelum pembuangan undi semasa pilihan raya umum pada tahun 1990. Oleh itu, Wakil-wakil Rakyat PBS telah membuat ketetapan untuk menubuhkan sebuah wadah kesinambungan untuk perjuangan politik kaum Kadazandusun Murut.

Penandatangan[sunting | sunting sumber]

Antara mereka yang menandatangani resolusi tersebut ialah:

  1. Datuk Adib Sigoh
  2. Datuk Baggai Basirun
  3. Datuk Bernard Giluk Dompok
  4. Datuk Ewon Ebin
  5. Geroge Sangkin
  6. Gisin Lombut
  7. Jahid Jahim
  8. Datuk Joseph Pairin Kitingan
  9. Joseph Sitin Saang
  10. Datuk Kadoh Agundong
  11. Datuk Lawrence Gimbang
  12. Datuk Maichel Asang
  13. Markus Majihi
  14. Dr. Maximus Ongkili
  15. Datuk Monggoh Orow
  16. Dr. Othman Minudin
  17. Radin Maleh
  18. Saibul Supu
  19. Siringan Gubat
  20. Datuk Steven Kutai
  21. Datuk Tan Yong Gee
  22. Datuk Wences Angang
  23. Datuk Wilfred Bumburing

Jawatankuasa penaja[sunting | sunting sumber]

Dalam mesyuarat pada malam 14 Mac itu yang berlarutan sehingga 15 Mac, sebuah jawatankuasa penaja PDS telah ditubuhkan yang terdiri daripada:

Presiden : Datuk Bernard Dompok
Timbalan Presiden: Datuk Wilfred Bumburing
Setiausaha Agung: Dr. Maximus Ongkili
Bendahari Agung: Datuk Monggoh Orow
Ketua Pemuda: Jahid Jahim
Ahli-ahil Majlis Tertinggi: Kesemua Wakil-wakil Rakyat yang menandatangani Resolusi Seri Gaya 14 Mac.

Berikutan kelulusan ketetapan itu, dokumen pendaftaran PDS telah dibuat pada sepanjang hari 15 Mac 1994, diketuai oleh Dr. Maximus Ongkili dan Datuk Bernard Dompok. Pada masa yang sama, satu lagi perbincangan telah diadakan di tempat kediaman peribadi Datuk Joseph Pairin yang memutuskan penarikan balik hasrat mereka untuk menubuhkan PDS.

Walau bagaimanpun, sebahagian besar daripada Wakil-wakil Rakyat sudah pun berada di Kuala Lumpur pada 15 Mac seperti yang telah dipersetujui dalam Resolusi Seri Gaya 14 Mac. Pada pagi 16 Mac, proses dokumentasi pendaftaran PDS diteruskan. Dr. Maximus kemudian tidak bersetuju dengan tindakan itu dan beliau dikatakan menyimpan Resolusi Seri Gaya 14 yang telah ditandatangani.

Rujukan[sunting | sunting sumber]