Maximus Johnity Ongkili

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Maximus Ongkili)
Lompat ke: pandu arah, cari
"Maximus Ongkili" dilencongkan di sini.
Yang Berhormat Datuk Seri Dr.
Maximus J. Ongkili
Sabah Malaysia Maximus-Johnity-Ongkili-02.jpg
Maximus Ongkili

Penyandang
Tempoh jawatan 
16 Mei 2013
Didahului oleh Datuk Seri Peter Chin Fah Kui

Ahli Parlimen
untuk P168 Kota Marudu, Sabah
Penyandang
Tempoh jawatan 
2013
Majoriti 842 (PRU-13)

Lahir (1953-10-26) 26 Oktober 1953 (umur 64)
Kota Kinabalu, Borneo Utara (kini Sabah)
Parti politik BN-100px.jpg Barisan Nasional-Parti Bersatu Sabah
Pasangan Datin Seri Joan Maluda
Anak 2
Pekerjaan Menteri Kabinet, Ahli Parlimen
Agama Kristian (lahir dan dibaptis mazhab Katolik Rom, kini menganut mazhab Sidang Injil Borneo)

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili (lahir 26 Oktober 1953) merupakan seorang ahli politik Parti Bersatu Sabah yang kini merupakan sebuah parti komponen Barisan Nasional. Kini beliau merupakan Menteri di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia yang dilantik pada Mei 2013 di bawah kepimpinan Perdana Menteri untuk kabinet 2013.[1] Sebelum ini beliau merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Kota Marudu, Sabah.

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah tetapi berasal dari Kampung Karanaan, Tambunan, Sabah. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Pekan Tambunan (1962-1966). Beliau meneruskan persekolahannya di ST. Martin Secondary School, Tambunan (1967-1971). Beliau kemudiannya berpindah ke SMK Keningau pada tahun 1972.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

YB. Datuk telah mendirikan rumahtangga dengan isterinya, Datin Joan Maluda sejak tahun 1981. Beliau mempunyai seramai 2 orang anak, Rachel Jane Ongkili dan Andreas Jordan Ongkili. Beliau meminati sukan badminton, golf dan memancing. Selain itu beliau turut cenderung dalam bidang penulisan dan penyelidikan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Y.B. Datuk Seri telah melanjutkan pengajiannya ke La Trobe University, Australia dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian pada tahun 1980. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Tutor dan Penyelidik Sambilan di Universiti tersebut. Beliau menamatkan perkhidmatannya setelah berjaya mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pembangunan ekonomi pada tahun 1985.

Sekembalinya dari luar negara,beliau telah bertugas sebagai Pensyarah di Universiti Putra Malaysia. Beliau kemudiannya bertukar ke Institute of Strategik & International Studies dan berkhidmat sebagai Penyelidik Kanan (1985-1986). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Eksekutif di Institute For Development Studies (1987-1993).

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kariernya sebagai wakil rakyat setelah memenangi kerusi DUN Langkon pada Pilihan Raya Umum Sabah 1994. Setelah itu, beliau telah dilantik sebagai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah.

Pada Pilihanraya Umum ke-11, beliau telah bertanding di kerusi Kota Merudu dan berjaya menewaskan pencabarnya Andonnh Pilit @ Anthony Biri Mandiau, seorang calon BEBAS dengan majoriti 3189 undi. Selain itu, beliau juga merupakan ADUN Tandek. Beliau kini memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Penasihat Sains & Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Johnity @ Maximus Ongkili bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Kota Marudu, negeri Sabah. Johnity @ Maximus Bin Ongkili telah menang dengan mendapat undi sebanyak 12028.

Calon lawan ialah Roslan Bin Mohd Zain dari (Bebas) mendapat 1,109 undi dan hilang deposit.Berman Bin Angkap dari Bersekutu mendapat 457 undi dan hilang deposit. Andonny Pilit @ Anthony Biri Mandiau dari PKR mendapt 7,830 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 69.51 %. Undi rosak sebanyak 748.


Rujukan[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia
2008-2013
Penyandang Kemudian
Dato' Sri Dr. Jamaluddin Jarjis Datuk Dr. Ewon Ebin