Revolusi Keagungan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Revolusi Keagungan (juga disebut sebagai Revolusi 1688) ialah sebuah revolusi yang menggulingkan James II sebagai Raja bagi England dan Ireland serta James VII sebagai Raja bagi Scotland dan takhta baginda telah digantikan oleh puteri Protestannya, Mary II dan menantunya, William of Orange. Revolusi ini telah berlangsung antara November 1688 dan Mei 1689. Revolusi ini berlaku dengan cepat dengan tiada pertumpahan darah, walaupun pembentukan rejim baharu memakan waktu yang lebih lama dan menyebabkan kematian yang ketara. Istilah ini pertama kali diguna pakai oleh John Hampden pada akhir tahun 1689.

Revolusi berlaku dengan penyatuan ahli parlimen Inggeris dengan stadtholder Republik Belanda, William III dari kerabat Orange-Nassau (William dari Orange). Serangan William terhadap England dengan armada Belanda dan tenteranya berjaya dan membawa kepada William menaiki takhta England sebagai William III bersama-sama isteri baginda, Mary.

Revolusi ini secara kekalnya menghapuskan sebarang peluang di mana Gereja Katolik Rom bisa dijadikan agama rasmi semula di England, bahkan kesannya paling dirasai terhadap penganut gereja tersebut: para penganut Katolik diharamkan mengundi atau menduduki Parlimen, tidak dibenarkan mendapat tauliah oleh Tentera Darat British, serta diharamkan berkahwin dengan raja atau ratu yang menduduki takhta (sehingga tahun 2015 dengan Akta Pewarisan Takhta Mahkota 2013 / Succession to the Crown Act 2013). Rang Undang-Undang Hak 1689 yang digubal hasil revolusi ini turut dihujahkan menjadi dokumen terpenting dalam sejarah politik Britain, di mana Raja atau Ratu tidak memerintah negara tersebut secara mutlaknya.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Ashley, Maurice (1966). The Glorious Revolution of 1688. Hodder & Stoughton. Also published by Panther History (1968).
  • Cruickshanks, Eveline (2000). The Glorious Revolution (British History in Perspective). Palgrave Macmillan. ISBN 0-312-23009-5.
  • DeKrey, Gary S. (2007). Restoration and Revolution in Britain: A Political History of the Era of Charles II and the Glorious Revolution. Palgrave Macmillan. ISBN 978-0-333-65103-2. A scholarly history of the era.
  • Hamowy, Ronald (2008). Glorious Revolution. The Encyclopedia of Libertarianism. Thousand Oaks, California: SAGE; Cato Institute. halaman 208–11. doi:10.4135/9781412965811.n125. ISBN 978-1-4129-6580-4. LCCN 2008009151. OCLC 750831024.
  • Miller, John (1997). The Glorious Revolution (ed. 2). ISBN 0-582-29222-0.
  • Pincus, Steven C. A. (2005). England's Glorious Revolution 1688–89: A Brief History with Documents. Bedford/St. Martin's. ISBN 0-312-16714-8.
  • Prall, Stuart (1972). The Bloodless Revolution: England, 1688. Anchor Books. OCLC 644932859.
  • Vallance, Edward (2006). The Glorious Revolution: 1688 – Britain's Fight for Liberty. Brown Little. ISBN 1-933648-24-4.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]