Raja mutlak
Sebahagian dari siri politik mengenai |
Pemerintahan beraja |
---|
![]() |
|
Magna Carta
Penubuhan Empayar Uthmaniyyah Revolusi Glorious Revolusi Perancis Perang Saudara Sepanyol Pertama Empayar Perancis Pertama Empayar Perancis Kedua Kejatuhan Wangsa Qing Revolusi Rusia (1917) Perang Saudara Sepanyol Kedua Kelahiran Republik Itali Revolusi Iran Kemboja Moden Perang Saudara Nepal |
|
Portal Pemerintahan beraja |
Monarki Mutlak merupakan bentuk kerajaan yang unggul bahawa seseorang Raja itu mempunyai kuasa penuh untuk memerintah negaranya. Berbeza dengan sistem raja berperlembagaan iaitu Perdana Menteri merupakan ketua eksekutif negara, jawatan ini memainkan peranan kurang penting di dalam kerajaan monarki mutlak. Malah di sesetengah negara seperti Arab Saudi dan Brunei, raja juga akan memegang jawatan Perdana Menteri.
Isi kandungan
Sejarah dan teori yang berkaitan[sunting | sunting sumber]
Doktrin Hak Ketuhanan Raja[sunting | sunting sumber]
Teori monarki mutlak mula berkembang pada akhir Zaman Pertengahan bermula dari feudalisme di mana raja masih dianggap pertama di antara sedarjat first among equals dalam kalangan golongan bangsawan[1]. Penyokong monarki mutlak yang dikenali sebagai Absolutists menganjurkan doktrin Hak Ketuhanan Raja atau Divine Right of Kings untuk memberi justifikasi kepada kekuasaan raja. Antara raja yang telah campur tangan dalam hal agama termasuklah Raja Henry VIII dari England. Beliau telah berani menentang Paus Katolik di Rom dan mereka mazhab yang baru iaitu Gereja England[2]. Raja-raja yang mutlak ini mendakwa mereka hanya menjawab kepada Tuhan dan bukan kepada manusia yang lain terutamanya wakil rakyat di Parlimen[3]. Harta yang melimpah ruah disokong dengan bala tentera yang besar hanya memberi mereka lebih kuasa untuk meneguhkan doktrin ini. Mereka yang mendakwa sedemikian lazimnya memerintah dengan zalim. Salah satu contoh terbaik raja yang mendakwa hak ketuhanannya untuk memerintah adalah Raja Louis XIV dari Perancis.
Teori Hobbes mengenai Kedaulatan Raja[sunting | sunting sumber]
Menurut Hobbes dalam karyanya berjodol "Leviathan", manusia secara semula jadi masing-masing mempunyai hasrat atau nafsu (appetite) dan kebencian (aversions), yang menggerakkan tindakan mereka[4]. Salah satu nafsu manusia adalah keinginan berkuasa; akibatnya berlakulah pertembungan dan kacau-bilau seperti peperangan. Sebaliknya, manusia membenci perang kerana ia membawa banyak kesusahan. Oleh itu mereka mencipta keadaan buatan atau artificial. Caranya adalah masyarakat perlu bersepakat di antara mereka untuk melepaskan hak-hak mereka dan memindahkannya kepada beberapa orang atau lembaga yang berkuasa. Lembaga tersebut diberi kedaulatan untuk menjaga keselamatan rakyat (the safety of the people) [Hobbes: ms 376][5]. Oleh itu, Hobbes menganjurkan kedaulatan raja kerana tanpanya kehidupan manusia akan menjadi pendek, keseorangan, miskin dan mereka juga akan bersikap buruk seperti haiwan[6].
Enlightened despotism[sunting | sunting sumber]
Sewaktu Zaman Pembaharuan atau Rennaisance, teori monarki mutlak disokong oleh ramai para falsafah Perancis sebagai satu bentuk enlightened despotism atau despotisme pembaharuan. Mereka berhujah bahawa seorang raja yang mempunyai kesedaran atau enlightened mampu memperkenalkan pembaharuan yang progresif di samping membendung feudalisme dan golongan paderi yang reaksionis. Teori ini semakin pudar selepas kejatuhan kerajaan Napoleon[7]..
Senarai Negara Raja Berkuasa Mutlak[sunting | sunting sumber]
Di Jordan dan Maghribi, rajanya mempunyai banyak kuasa tetapi tidak boleh dianggap sebagai monarki yang mutlak. Manakala di Liechtenstein, hampir dua-pertiga penduduknya yang berhak mengundi telah memberikan kuasa pembatal (veto) kepada ketua negaranya Putera Hans-Adam II.
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Absolute monarchy". About,Inc.
- ^ "Tudor England: The Reformation". historylearningsite.co.uk.
- ^ "Divine Right of Kings". Encyclopædia Britannica.
- ^ "Teori Kontrak Sosial:Hobbes, Locke and Rousseau". Rizki Saputro.
- ^ "Teori Kontrak Sosial:Hobbes, Locke and Rousseau". Rizki Saputro.
- ^ "Absolute monarchy". About,Inc.
- ^ "Absolute monarchy". About,Inc.
- ^ Kerajaan Brunei. "Prime Minister". The Royal Ark. Pejabat Perdana Menteri. Diarkibkan daripada asal pada 7 Oktober 2011. Dicapai 12 November 2011.
- ^ Sultan Qaboos Centre for Islamic Culture. "About H.M the Sultan". Government of Oman, Diwan of the Royal Court. Diarkibkan daripada asal pada 18 Januari 2012. Dicapai 12 November 2011.
- ^ Nyrop, Richard F (2008). Area Handbook for the Persian Gulf States. Wildside Press LLC. m/s. 341. ISBN 978-1-4344-6210-7.
- ^ BBC News, How democratic is the Middle East?, 9 September 2005.
- ^ United States Department of State Country Reports on Human Rights Practices for 2011: Qatar, 2011.
- ^ Government of Qatar. "H.H. The Amir's Biography". Diwan of the Amiri Court. Diarkibkan daripada asal pada 2 Disember 2011. Dicapai 12 November 2011.
- ^ "Saudi Arabia's King Abdullah dies". BBC News. 23 Januari 2015. Dicapai 23 Januari 2015.
- ^ Simelane, H.S. (2005), "Swaziland: Mswati III, Reign of", dalam Shillington, Kevin, Encyclopedia of African history, 3, Fitzroy Dearborn, m/s. 1528–30, 9781579584559
- ^ "Argentina's Jorge Mario Bergoglio elected Pope". BBC News. Dicapai 13 March 2013.
- ^ Rosenthal, Laurie (12 June 2006). "Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan". The Nation. Katrina vanden Heuvel.