Robia Kosai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dr. Hjh. Robia Dato' Hj. Kosai (1949 - 24 Mei 2014) adalah bekas Exco kerajaan negeri Johor dan menjadi ADUN kawasan N16 Sungai Balang selama tiga penggal . Tahun 1999-2004 , beliau menang kerusi parlimen Muar dan menjawat jawatan Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Koperasi.[1]

Robia Kosai
Kelahiran1949 (1949)
Meninggal dunia24 Mei 2014(2014-05-24) (umur 64–65)
Hospital Tawakal, Kuala Lumpur
PekerjaanBekas exco kerajaan negeri Johor
ADUN kawasan N16 Sungai Balang
IbuDatin Zaharah Abdul Majid
BapaDato' Kosai Salleh

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Bapanya Dato' Haji Kosai Salleh pernah bertanding dalam Pilihan raya 1959 di DUN Parit Bakar. Haji Kosai meninggal dunia pada 1968. Bapanya seangkatan dengan pejuang kemerdekaan dan menentang Malayan Union tajaan British di Johor. Antara rakan seangkatan Hj Kosai ialah Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Dr Awang Hassan, Datuk Abdul Rahman Mohd Yassin, Datuk Suleiman Abdul Rahman, bekas Menteri Besar Johor Tan Sri Hassan Yunus. Mereka kemudian disertai oleh Datuk Onn Jaafar, Tun Saadon Jubir, Tun Syed Nasir Syed Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah.

Ibunya Datin Zaharah Abdul Majid, memenangi Pilihanraya Umum 1969 bagi kerusi negeri Parit Jawa, kerusi Seri Menanti (kini Sungai Balang) 1974 dan kerusi Semerah pada 1979. Datin Zaharah pula meninggal dunia pada 1982.

Adik beradik Robia seramai 9 orang. Antaranya ialah Mansor Kosai (pemilik ladang) ; Fuad Kosai (MAS), Dr Rehah Kosai (Doktor swasta di Kota Baru), Kamariah Kosai (surirumah), Najad Kosai (Personnel Manager MIDF), Datin Kalthom Kosai (berkahwin dengan Pengerusi UDA Datuk Zihin Hasan), Prof Dr Wahab Kosai (UKM), Yahya Kosai (Pegawai Tentera).

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Dr Robiah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dan menjadi Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat & Kesihatan di bawah Menteri Besar Johor Dato' Haji Abdul Ghani Othman.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Mei 2014, beliau meninggal dunia akibat sakit jantung di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur di usia 65 tahun. Jenazah dibawa ke Kampung Parit Bali, Parit Jawa, Sungai Balang, Muar sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Subari, Parit Yusof, Sungai Balang .[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bekas exco negeri Dr. Robia Kosai meninggal dunia". Astro awani. 25 Mei 2014.
  2. ^ "Elak mati mengejut - Dr. Robia". Utusan Malaysia. 1 Oktober 2010.