Hassan Yunus
Hassan Yunus | |
---|---|
![]() | |
Menteri Besar Johor ![]() | |
Dalam jawatan 27 Jun 1959 – 31 Januari 1967 | |
Didahului oleh | Dato’ Wan Idris Wan Ibrahim (1955-1959) |
Digantikan oleh | Tan Sri Othman Saat (1967-1982) |
Kawasan pilihan raya | Bukit Serampang |
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Bukit Serampang | |
Dalam jawatan 1959–1967 | |
Didahului oleh | Konstituensi diwujudkan |
Digantikan oleh | Abdul Rahman Mahmud |
Ahli Majlis Perundangan Persekutuan untuk Muar Utara | |
Dalam jawatan 1955–1959 | |
Didahului oleh | Majlis ditubuhkan |
Digantikan oleh | Ahmad Arshad Ahli Parlimen Persekutuan Tanah Melayu untuk Muar Utara |
Mufti Negeri Johor | |
Dalam jawatan 1941 – 1947[1] | |
Didahului oleh | Dato' Syed Alwe bin Tahir Al-Hadad (1934–1941) |
Digantikan oleh | Dato' Syed Alwe bin Tahir Al-Hadad (1947–1961) |
Butiran peribadi | |
Lahir | 1907[2] Bandar Maharani, Muar, Johor |
Meninggal dunia | 12 Julai 1968 Johor Bahru, Johor |
Tempat persemadian | Makam Diraja Bukit Mahmoodiah |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Puan Sri Rugayah Dato’ Abdullah |
Anak-anak | Suaad Hassan Murad Hassan Udad Hassan |
Alma mater | Universiti Al-Azhar |
Pekerjaan | Ahli politik |
Tan Sri Dato’ Haji Hassan bin Haji Yunus (1907 – 12 Julai 1968) merupakan ahli politik UMNO dari Johor, Semenanjung Malaysia. Beliau pernah menjadi Menteri Besar Johor (27 Jun 1959 – 31 Januari 1967), Mufti Johor dan seorang pengarang.
Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Sri Rugayah binti Dato’ Abdullah dan mempunyai 3 orang anak.
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
Beliau pernah berguru dengan Muhammad Yusuf bin Ahmad atau 'Tok Kenali' di Kelantan. Seterusnya belajar di Universiti Al-Azhar, Mekah dalam bidang Syariah. Setelah menamatkan pendidikan awal di Muar, Kerajaan Johor telah menghantar beliau melanjutkan pelajaran di Makkah dan kemudian memperolehi diploma dalam bidang syariah pada 1939 dari Universiti Al-Azhar, Mesir.
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Beliau berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Johor sebagai Penolong Mufti (1 Januari 1940). Pada 1 Januari 1943 menjadi Penolong Kadi dan memangku jawatan Mufti Johor hinggalah sebelum merdeka. Beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Agama Negeri Johor dan juga Ahli Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Johor.
Ketika menjadi Pemangku Mufti, Tan Sri Haji Hassan Yunus menunjukkan iltizam dalam kegiatan pertubuhan atau badan ‘Lajnah Penghubung Pelajaran Agama Islam Muar’ atau dikenali sebagai LAJNAH yang ditubuhkan pada 1 Mac 1947.
Politik[sunting | sunting sumber]
Sebelum Perang Dunia II beliau menyertai Persatuan Melayu Johor. Dia bersama menandatangani surat bantahan kepada Sultan Johor yang menandatangani Perjanjian Malayan Union pada 1946. Dr Ismail Abdul Rahman pernah mencadangkan agar Hassan Yunus menjadi Mufti Johor tetapi dibantah oleh oleh Dato' Onn Jaafar.[3]
Beliau merupakan seorang ‘Orang Tujuh’ atau ‘Kumpulan Tujuh’ yang mengemukakan bantahan tersebut. Enam yang lain ialah Dato’ Abdul Rahman Mohd Yassin (Ketua), Kosai bin Muhammad Salleh (Dato’), Dr Awang bin Hassan (Tun), Sulaiman bin Abdul Rahman (Dato’) dan Cikgu Ahmad Sulaiman dan Safiah Sulaiman. Dato’ Abdul Rahman Muhamad Yasin dalam satu ucapannya di Masjid Abu Bakar telah berkata:
“….. Sekarang adalah masa kita bergerak dan bekerja untuk faedah bangsa, watan dan agama kita. Bukan lagi masa kita bercakap-cakap dan masa kita melihat faedah diri kita sendiri. Tidak tuan-tuan. Sekarang masa kita mesti membuka mata, masa kita mara ke hadapan, masa kita berjuang mempertahankan hak-hak kita yang benar lagi halal. Insya-Allah semuannya itu akan kita kerjakan……”
Apabila Dato’ Onn meninggalkan UMNO, bekas pemimpin PMJ termasuk Haji Hassan Yunus menguasai UMNO Johor. Setelah UMNO disusun semula pada 1947, Haji Hassan bergerak aktif di Muar dengan memegang jawatan Pengerusi Penerangan UMNO Muar.
Dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Persekutuan, beliau memenangi kerusi Muar Utara dengan mengalahkan calon Parti Negara. Setelah itu beliau dilantik menganggotai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.
Dalam Pilihan Raya Umum 1959, Haji Hassan Yunos memenangi kerusi Dewan Negeri Bukit Serampang, beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor melalui sistem demokrasi pada 27 Jun 1959. Beliau adalah Menteri Besar yang pertama di lantik menerusi proses pilihan raya
Dalam pilihan raya umum 1964, sekali lagi memenangi pilihan raya kerusi Dewan Negeri Bukit Serampang dan terus dilantik menjadi Menteri Besar Johor sehingga 31 Januari 1967. Beliau merupakan Menteri Besar Johor pertama dilantik menerusi proses pilihanraya. Beliau bersama enam yang lain (7 orang) terlibat dalam usaha menjatuhkan Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim. Tokoh lain yang terlibat ialah Dato' Kosai Salleh, Safiah Sulaiman, Abdullah Sulaiman, Dr Awang Hassan dan Dato' Sulaiman yang kesemuannya berasal dari Muar.[4]
Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]
Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunus meninggal dunia pada 12 Julai 1968 dan telah disemadikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.
Darjah Kebesaran[sunting | sunting sumber]
Kehormatan Malaysia[sunting | sunting sumber]
Malaysia :
Johan Mangku Negara (JMN) (1958)[5]
Panglima Mangku Negara (PMN) – Tan Sri (1962)[6]
Pingat Peringatan Malaysia - Emas (PPM) (1965)[7]
Johor :
Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama (SPMJ) – Dato' (1959)
Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Pertama (PIS I)
Legasi[sunting | sunting sumber]
Bagi mengenang jasanya stadium utama di Johor Bahru dinamakan sebagai Stadium Tan Sri Hassan Yunus.[8] Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Hassan Yunus terletak di Simpang Renggam.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Johor Mufti Department, Johor Mufti List, Tan Sri Datuk Hj Hassan bin Yunus (1941–1947)
- ^ Birthdate uncertain: Options-to-date 1907.[petikan diperlukan]
- ^ 'Dato' Onn Ja'afar, pengasas kemerdekaan' oleh Ramlah Adam, DBP, hlm 116
- ^ 'Tun Dr. Ismail: kejora timur yang mengerdip' oleh Thajunnisa Mohamed Ibrahim, hlm 18
- ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1958" (PDF).
- ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1962" (PDF).
- ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dicapai pada 24 December 2020.
- ^ Johor football returns to its glory days.