Romulus Augustus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Romulus Augustulus
Maharaja terakhir dari
Empayar Rom Barat
RomulusAugustus.jpg
Tremissis dari Romulus Augustus.
Pemerintahan 31 Oktober 475 - 4 September 476
Nama penuh Flavius Romulus Augustus
Pendahulu Julius Nepos
Pengganti Odoacer
Ayahanda Flavius Orestes

Maharaja Flavius Romulus Augustus (kira-kira 461/463 – selepas 476), lebih dikenali sebagai Romulus Augustulus ("Augustus kecil"), merupakan seorang Maharaja Rom Barat yang memerintah sejak 31 Oktober 475 hingga 4 September 476. Menurut sejarah, kejatuhan baginda dikatakan menandai kejatuahan Empayar Rom di Barat.

Butir-butir mengenai riwayat Maharaja Romulus Augustus agak samar-samar. Ayahandanya Orestes, ketua jeneral tentera Rom, menobatkan Romulus ke takhta setelah menggulingkan Maharaja Julius Nepos. Maharaja Romulus yang masih kanak-kanak ketika itu berperanan sebagai boneka di bawah pemerintahan ayahandanya. Setelah memerintah selama 10 bulan sahaja, Romulus Augustus digulingkan oleh ketua puak Jermanik bernama Odoacer lalu diusir ke Castellum Lucullanum di Campania; setelah itu baginda terus pudar daripada catatan sejarah.

Penggulingan Romulus Augustus sering dianggap sebagai pengakhiran rasmi Empayar Rom dan juga permulaan Zaman Pertengahan: Meskipun Empayar Rom Timur kekal sehingga tahun 1453, kekuasaan Rom di Itali dan Gaul sudahpun runtuh pada masa pemerintahan Romulus.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Media berkenaan Romulus Augustus di Wikimedia Commons