Ronald Wayne

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ronald Wayne
Ron Wayne (kanan) dengan Daniel Kottke, selepas tayangan perdana filem dokumentari, MacHEADS, di Ekspo Macworld 2009
Kelahiran1934

Ronald Gerald Wayne (lahir 1934) sering dirujuk sebagai "pengasas ketiga" Apple Computer yang telah dilupai, selain daripada Steve Jobs dan Steve Wozniak. Beliau melukis logo Apple yang pertama serta menulis manual Apple I. Semasa di Apple, Wayne juga menulis perjanjian perkongsian mereka.

Wayne bekerja bersama-sama dengan Jobs di Atari sebelum bersama-sama mengasaskan Apple Computer pada 1 April 1976. Beliau diberikan 10% kepentingan di Apple tetapi melepaskan sahamya pada harga AS$800 hanya dua minggu kemudian kerana semua rakan kongsi diwajibkan di sisi undang-undang untuk bertanggungjawab kepada sebarang hutang yang ditanggung oleh mana-mana rakan kongsi yang lain.

Kemudian pada tahun yang sama, pemodal usaha niaga, Mike Markkula, membantu Apple Computer membangunkan rancangan perniagaan dan menukarkan bentuk syarikat itu daripada perkongsian menjadi sebuah perbadanan. Pada tahun operasinya yang pertama (1976), jualan Apple mencapai AS$174,000 dan kemudian naik seperti yang berikut:

Menjelang tahun 1982, jualan tahunan Apple mencecah AS$1 bilion, dengan kepentingan Wayne sepatutnya bernilai sebanyak AS$1.5 bilion jika beliau tidak melepaskan kepentingannya pada harga AS$800. Sesungguhnya, Wayne mendakwa bahawa beliau tidak berasa kecewa menjual sahamnya kerana keputusannya itu "merupakan keputusan yang terbaik sewaktu itu."

Pada tahun 1997, Wayne didapati bertugas sebagai seorang jurutera untuk kontraktor pertahanan di Salinas, California, menurut CNET.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "cnet, Where are they now?, 1997". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-15. Dicapai pada 2012-07-15.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]