S. Atan
S. Atan | |
---|---|
Nama lahir | Hashim Said |
Juga dikenali sebagai | S. Atan |
Berasal dari | ![]() |
Pekerjaan | Penggubah lagu |
Tahun aktif | 1970-an |
Syarikat rakaman | EMI |
Hashim Said atau lebih dikenali sebagai S. Atan ialah seorang komposer muzik dari Singapura. Antara penyanyi terkenal yang pernah mengalunkan muziknya yang mencecah melebihi 1,000 karya lagu ialah Datuk Siti Nurhaliza, Tan Sri SM Salim, Datuk DJ Dave, Jamal Abdillah, Carefree, Black Dog Bone dan Allahyarham Sudirman Haji Arshad.[1]
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Sebelum beliau bekerja dengan syarikat rakaman EMI sebagai penerbit bermula pada tahun 1972, beliau ada bekerja dengan Majlis Bandaran Shah Alam. Selepas 13 tahun bekerja dengan EMI, beliau telah berpindah ke syarikat rakaman Irama Malaysia selama 2 tahun. Bagaimanapun, beliau akhirnya berhenti bekerja di Irama Malaysia untuk menjadi komposer dan penerbit album bebas.[2]
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Hasil perkongsian hidup bersama Norizan Yeob, beliau dikurniakan lima orang anak iaitu Rozdi, Rozainie, Rozairie, Rozaimie dan Norhafieza. Beliau sekarang menetap di Kajang.[2]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Mohd. Yusman Awang (21 April 2009). "Ditaja dermawan Cina". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-23. Dicapai pada 19 Januari 2014. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ a b Muzlina Abu Bakar (18 Julai 2006). "S. Atan hidup selesa hasil muzik". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-28. Dicapai pada 19 Mei 2011. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)