Sabarudin Tukang Kasut
Jump to navigation
Jump to search
Sabarudin Tukang Kasut | |
---|---|
Pengarah | P. Ramlee |
Penulis | Lakon layar: |
Muzik oleh | P. Ramlee |
Sinematografi | Hitam-putih |
Disunting oleh | Johari Ibrahim |
Mula ditayangkan | 1966 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Sabarudin Tukang Kasut merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1966. Filem Sabarudin Tukang Kasut diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Filem Sabarudin Tukang Kasut diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 1966.
Ringkasan[sunting | sunting sumber]
- Kisah mengenai Sabarudin yang bekerja sebagai Tukang Kasut dan mempunyai isteri yang bermain kayu tiga. Sabarudin seorang yang miskin tapi mempunyai hati yang mulia. Pelbagai liku hidup terpaksa ditempuhi antaranya difitnah oleh Halobayah sehingga dia dihalau dari kampung halaman dan bertemu dengan seorang rakan lama iaitu Putar Alam Syah. Di sinilah Sabarudin bertemu dengan Tuan Puteri dan atas nasihat rakannya itu dia telah menggunakan helahnya dengan mengatakan dia adalah seorang putera raja dan berjaya mengahwini Tuan Puteri. Setelah Sabaruddin menjadi menantu raja, dia selalu memberi sedekah kepada fakir miskin seluruh kota dengan menggunakan harta kerajaan. Kejayaan Sabaruddin itu telah mendatangkan rasa iri hati kepada Memanda Menteri sehingga timbul konflik antara dia dan Sabarudin menyebabkan Sabarudin terdampar jauh di padang pasir. Di sini Sabarudin telah bertemu dengan seorang wali dan diberikan hadiah berupa cincin diatas ketulusan hatinya bersedekah menggunakan harta kerajaan. Setelah pulang ke kota, Sabarudin bertemu dengan Menteri dan berjaya mengalahkannya dan seterusnya mendapatkan kembali Tuan Puteri.
Pelakon[sunting | sunting sumber]
Dibantu oleh
- Idris Hashim - Putar Alam Syah
- Raden Sudiro - Sultan
- Mahmud June - Menteri, Memanda Wazir
- Jamal Kerdil - Jin Afrit
- Ibrahim Din - Tipulizam
- Jah Ismail - Halobayah, isteri Sabarudin
Lagu[sunting | sunting sumber]
- Sabar
- Gelang Suasa
- Bahagia
- Awan Mendong Telah Tiba
- Sri Bulan
Rujukan[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Sabarudin Tukang Kasut di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Sabarudin Tukang Kasut di Sinema Malaysia
- Sabarudin Tukang Kasut di Filem Kita
![]() | Rencana berkenaan filem ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |