Ibrahim Din
Ibrahim Din | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Ibrahim Faizal bin Din 1929 |
Meninggal dunia | 16 Jun 1996 (berumur 66–67) |
Sebab kematian | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak |
Tahun aktif | 1964–1989 |
Terkenal kerana | Siri filem Do Re Mi |
Saudara | Fazliyaton (adik) |
Ibrahim Din (lahir di Kampung Baru, Kuala Lumpur, 1929 – 16 Jun 1996[1]) merupakan seorang pelakon filem Melayu, yang paling dikenali dengan memainkan watak Mi dalam trilogi Do Re Mi bersama P. Ramlee dan A. R. Tompel.
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Siri filem Do Re Mi dan Anak Bapak lakonan bersama P. Ramlee antara filem yang berjaya mengangkat nama Ibrahim Din pada zaman kegemilangan perfileman Melayu ketika itu. Walaupun kerjaya lakonannya bermula lebih awal dengan membintangi filem Gadis Langkawi dan Sabarudin Tukang Kasut, tapi wataknya sebagai Mi dalam siri filem Do Re Mi memuncakkan namanya sebagai pelakon.
Kematian[sunting | sunting sumber]
Ibrahim Din meninggal dunia pada 16 Jun 1996 di Bandar Baru Sentul selepas lama menderita penyakit kencing manis dan darah tinggi.[2]
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Filem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1964 | Mata Permata | Bomoh | Filem pertama, pelakon undangan |
1966 | Gadis Langkawi | ||
Sabarudin Tukang Kasut | Ahmad Tipulizam | ||
Do Re Mi | Mi (Minami) | ||
Nasib Do Re Mi | Mi | ||
1968 | Anak Bapak | Salleh | |
1972 | Laksamana Do Re Mi | Mi | |
1978 | Gila-Gila | Mamak | |
1982 | Kami | Mamak | |
1983 | Bertunang | Kassim | |
1984 | Anak Niat | Orang Kaya Ali | |
Pagar-Pagar Cinta | Tuan Hashim | ||
1985 | Bujang Selamat | Tok Guru | |
1986 | Jejaka Perasan | Mamak | |
Si Jantung Hati | Orang Kaya Mi | ||
1989 | Kembar Siam | Penerbit Filem | Filem terakhir |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Ibrahim Din". Cinema Malaysia. Cinema Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-23. Dicapai pada 21 Ogos 2012.
- ^ "Bintang/artis komedi veteran". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2015-11-07.