Sakon Yamamoto
Lahir | 9 Julai 1982 |
---|---|
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu | |
Kewarganegaraan | Jepun |
Tahun aktif | 2006–2007, 2010 |
Teams | Super Aguri, Spyker, Hispania |
Entri | 21 |
Kejuaraan | 0 |
Kemenangan | 0 |
Podium | 0 |
Mata kerjaya | 0 |
Petak pertama | 0 |
Pusingan terpantas | 0 |
Perlumbaan pertama | Grand Prix Jerman 2006 |
Perlumbaan terakhir | Grand Prix Korea 2010 |
Kedudukan 2010 | Ke-26 (0 mata) |
Siri terdahulu | |
2007–08 2006–07, 2010 2005–06 2005-06 2003 2002 2001, 2004 2001 |
GP2 Series Formula Satu Super GT Formula Nippon F3 Euroseries German F3 All-Japan F3 British F3 |
Sakon Yamamoto (山本 左近 , Yamamoto Sakon, lahir 9 Julai, 1982 di Toyohashi, Wilayah Aichi) ialah seorang pemandu kereta lumba dari Jepun. Beliau bertanding dalam 21 perlumbaan Grand Prix Formula Satu pada musim 2006, 2007 dan 2010.
Sebelum Formula Satu
[sunting | sunting sumber]Yamamoto memulakan kerjayanya di Sekolah Perlumbaan Litar Suzuka pada tahun 1994 (Kart), dan berlumba dalam siri-siri lain, untuk menjadi pemandu ujian/ketiga untuk pasukan Formula Satu Jordan di (Jepun) pada musim 2005.
Formula Satu
[sunting | sunting sumber]Super Aguri (2006)
[sunting | sunting sumber]Pada 8 Jun 2006, Yamamoto menyertai pasukan Super Aguri F1 sebagai pemandu ujian dan pemandu ketiga mereka. Yamamoto mengantikan Franck Montagny di Grand Prix Jerman di Hockenheim. Yamamoto gagal menamatkan perlumbaan tersebut selepas mengalami kegagalan mekanikal dengan keretanya. Beliau kemudiannya bersara di Grand Prix ketiganya di Turki, selepas memulakan perlumbaan di hadapan rakan sepasukan, Takuma Sato.
Di Grand Prix Itali, Yamamoto terpaksa memulakan perlumbaan di lorong pit selepas mengalami masalah hidraulik, namun akhirnya bersara selepas masalah tersebut menjadi lebih teruk.
Bagaimanapun di Grand Prix China, beliau menamatkan sebuah perlumbaan buat kali pertama, walaupun jatuh empat pusingan di belakang pemenang perlumbaan.
Yamamoto menamatkan musim ini dengan kukuh selepas menamatkan tiga perlumbaan terakhir musim ini berturut-turut, selepas bersara daripada empat perlumbaan pertamanya. Beliau juga menetapkan masa pusingan ketujuh terpantas dan kedua terpantas pada sektor tengah di Grand Prix Brazil. Walau bagaimanapun, beliau tidak dikekalkan oleh pasukan dan digantikan oleh Anthony Davidson pada tahun 2007. Namun begitu, Yamamoto kekal sebagai pemandu ujian di Super Aguri.[1]
Spyker (2007)
[sunting | sunting sumber]Selepas Christijan Albers meninggalkan pasukan Spyker F1 selepas Grand Prix British, Marcus Winkelhock mengisi kerusi perlumbaan tersebut di Grand Prix Eropah. Spyker mengesahkan bahawa mereka mengupah Yamamoto dari pasukan Super Aguri untuk berlumba bagi baki perlumbaan pada musim 2007 untuk Spyker.[2] Pada perlumbaan pertamanya untuk Spyker di Hungary, beliau terhempas pada pusingan keempat. Selepas itu, beliau menamatkan kesemua perlumbaan di tempat terakhir, kecuali di Grand Prix Jepun, di mana beliau menamatkan perlumbaan di hadapan Jarno Trulli, dan di Grand Prix Brazil, di mana Giancarlo Fisichella berlanggar dengan Yamamoto pada pusingan pertama. Selepas musim ini berakhir, Yamamoto tidak mengambil bahagian dalam mana-mana acara lain untuk Spyker.
Renault (2008)
[sunting | sunting sumber]Yamamoto diumumkan sebagai akan menjadi salah seorang pemandu ujian untuk pasukan Renault F1 pada 4 Februari 2008.[3] Tetapi menurut kenyataan akhbar, ia kelihatan seperti Yamamoto hanya akan memandu dalam demonstrasi awam dan bukan memandu di litar, selepas Lucas di Grassi dan Romain Grosjean telah diumumkan sebagai pemandu ujian pada pelancaran kereta Renault R28, manakala Yamamoto diumumkan seminggu kemudian.
Hispania (2010)
[sunting | sunting sumber]Pada 17 April 2010, pasukan Hispania Racing mengumumkan bahawa Yamamoto akan menjadi pemandu ujian dan simpanan mereka, dan juga mengumumkan bahawa beliau akan mengambil bahagian dalam sesi latihan sepanjang musim 2010. Beliau mengambil bahagian pada sesi latihan pertama bagi Hispania di Grand Prix Turki, di mana beliau menetapkan masa yang paling perlahan pada sesi tersebut. Pada 8 Julai 2010, ketua pasukan Hispania, Colin Kolles, mengumumkan bahawa Yamamoto akan menggantikan Bruno Senna untuk Grand Prix British,[4] di mana beliau mendapat tempat ke-24 dan terakhir pada pusingan kelayakan. Beliau menamatkan perlumbaan di tempat ke-20 dan terakhir, hanya di belakang rakan sepasukan, Karun Chandhok. Yamamoto mengantikan Chandhok di Grand Prix Jerman,[5] di mana beliau bersara selepas 19 pusingan selepas mengalami masalah enjin. Beliau telah digantikan oleh pemandu ujian, Christian Klien, di Singapura selepas Yamamoto dilaporkan mengalami keracunan makanan. Beliau kembali berlumba pada perlumbaan berikutnya di Jepun, di mana beliau mendapat tempat ke-16. Beliau mendapat tempat ke-15 di Korea, tetapi sekali lagi digantikan oleh Klien untuk dua perlumbaan terakhir di Brazil dan Abu Dhabi.[6]
Virgin (2011)
[sunting | sunting sumber]Pada 23 Mac 2011, Marussia Virgin Racing mengumumkan bahawa Yamamoto akan menjadi pemandu simpanan mereka bagi tiga perlumbaan pertama pada musim 2011.[7]
Rekod perlumbaan
[sunting | sunting sumber]Ringkasan kerjaya
[sunting | sunting sumber]Musim | Siri | Pasukan | Perlumbaan | P/Pertama | Kemenangan | Mata | Kedudukan |
2001 | All-Japan Formula 3 | TOM'S | 18 | 0 | 0 | 117 | Ke-4 |
2001 | British Formula 3 | Team Avanti | 4 | 0 | 0 | 0 | Ke-24 |
2002 | German Formula 3 | ||||||
2003 | Formula 3 Euroseries | 20 | 0 | 0 | 0 | Ke-27 | |
2004 | All-Japan Formula 3 | 20 | 1 | 131 | Ke-8 | ||
2005 | Super GT GT500 | Kondo Racing | 8 | 0 | 1 | 43 | Ke-7 |
2005 | Formula Nippon | Kondo Racing | 18 | 0 | 0 | 9 | Ke-10 |
2005 | Formula Satu | Jordan Grand Prix | Pemandu ujian | ||||
2006 | Formula Satu | Super Aguri F1 Team | 7 | 0 | 0 | 0 | Ke-26 |
2006 | Super GT GT500 | Nismo | 3 | 0 | 0 | 15 | Ke-21 |
2006 | Formula Nippon | Kondo Racing | 3 | 0 | 0 | 3.5 | Ke-11 |
2007 | Formula Satu | Etihad Aldar Spyker F1 Team | 7 | 0 | 0 | 0 | Ke-24 |
2007 | GP2 Series | BCN Competición | 11 | 0 | 0 | 0 | Ke-30 |
2008 | GP2 Series | ART Grand Prix | 10 | 0 | 0 | 3 | Ke-23 |
2008 | Formula Satu | ING Renault F1 Team | Pemandu ujian | ||||
2008–09 | GP2 Asia Series | ART Grand Prix | 11 | 0 | 0 | 13 | Ke-9 |
2010 | Formula Satu | Hispania Racing F1 Team | 7 | 0 | 0 | 0 | Ke-26 |
2011 | Formula Satu | Marussia Virgin Racing | Pemandu ujian |
Keputusan lengkap Formula Nippon
[sunting | sunting sumber](kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas
Tahun | Kemasukan | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | DC | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2005 | Kondo Racing | MOT 14 |
SUZ Ret |
SUG Ret |
FUJ Ret |
SUZ 4 |
MIN 8 |
FUJ Ret |
MOT 2 |
SUZ 11 |
Ke-10 | 9 |
2006 | Kondo Racing | FUJ 6‡ |
SUZ 4 |
MOT 14 |
SUZ |
AUT |
FUJ |
SUG |
MOT |
SUZ |
Ke-11 | 3.5 |
‡ Perlumbaan diberhentikan awal disebabkan hujan lebat. Setengah mata sahaja diberikan.
Keputusan lengkap Formula Satu
[sunting | sunting sumber](kunci)
Tahun | Kemasukan | Casis | Enjin | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | WDC | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2005 | Jordan Grand Prix | Jordan EJ15B | Toyota RVX-05 3.0 V10 | AUS |
MAL |
BHR |
SMR |
ESP |
MON |
EUR |
CAN |
USA |
FRA |
GBR |
GER |
HUN |
TUR |
ITA |
BEL |
BRA |
JPN TD |
CHN |
– | – |
2006 | Super Aguri F1 Team | Super Aguri SA05 | Honda RA806E 2.4 V8 | BHR |
MAL |
AUS |
SMR |
EUR |
ESP |
MON |
GBR TD |
CAN TD |
USA TD |
FRA TD |
Ke-26 | 0 | ||||||||
Super Aguri SA06 | GER Ret |
HUN Ret |
TUR Ret |
ITA Ret |
CHN 16 |
JPN 17 |
BRA 16 |
|||||||||||||||||
2007 | Etihad Aldar Spyker F1 Team | Spyker F8-VII | Ferrari 056H 2.4 V8 | AUS |
MAL |
BHR |
ESP |
MON |
CAN |
USA |
FRA |
GBR |
EUR |
HUN Ret |
TUR 20 |
Ke-24 | 0 | |||||||
Spyker F8-VIIB | ITA 20 |
BEL 17 |
JPN 12 |
CHN 17 |
BRA Ret |
|||||||||||||||||||
2010 | Hispania Racing F1 Team | Hispania F110 | Cosworth CA2010 2.4 V8 | BHR |
AUS |
MAL |
CHN |
ESP |
MON |
TUR TD |
CAN |
EUR |
GBR 20 |
GER Ret |
HUN 19 |
BEL 20 |
ITA 19 |
SIN |
JPN 16 |
KOR 15 |
BRA |
ABU |
Ke-26 | 0 |
Keputusan lengkap GP2 Series
[sunting | sunting sumber](kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas
Tahun | Kemasukan | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | DC | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2007 | BCN Competición | BHR FEA 11 |
BHR SPR 14 |
ESP FEA 9 |
ESP SPR 18 |
MON FEA Ret |
FRA FEA 11 |
FRA SPR 13 |
GBR FEA 16 |
GBR SPR Ret |
EUR FEA 13 |
EUR SPR 11 |
HUN FEA |
HUN SPR |
TUR FEA |
TUR SPR |
ITA FEA |
ITA SPR |
BEL FEA |
BEL SPR |
VAL FEA |
VAL SPR |
Ke-30 | 0 |
2008 | ART Grand Prix | ESP FEA |
ESP SPR |
TUR FEA |
TUR SPR |
MON FEA |
MON SPR |
FRA FEA |
FRA SPR |
GBR FEA |
GBR SPR |
GER FEA 12 |
GER SPR NC |
HUN FEA 10 |
HUN SPR 4 |
EUR FEA Ret |
EUR SPR Ret |
BEL FEA 18 |
BEL SPR Ret |
ITA FEA Ret |
ITA SPR Ret |
Ke-23 | 3 |
Keputusan lengkap GP2 Asia Series
[sunting | sunting sumber](kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas
Tahun | Kemasukan | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | DC | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008–09 | ART Grand Prix | CHN FEA 3 |
CHN SPR 14 |
UAE FEA 8 |
UAE SPR C |
BHR FEA 17 |
BHR SPR 11 |
QAT FEA Ret |
QAT SPR 14 |
MAL FEA 12 |
MAL SPR Ret |
BHR FEA 6 |
BHR SPR 4 |
Ke-9 | 13 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Super Aguri names Sakon Yamamoto as second test driver". Grandprix.com. 2006-12-27. Dicapai pada 2006-12-30.
- ^ "Spyker confirm Yamamoto deal". Autosport.com. 2007-07-26. Dicapai pada 2007-07-26.
- ^ "Yamamoto given Renault test drive". BBC.co.uk. 2008-02-04. Dicapai pada 2008-02-08.
- ^ "Yamamoto to replace Senna in Britain". autosport.com. Haymarket Publications. 2010-07-08. Dicapai pada 2010-07-08.
- ^ McKenzie, Lee; Benson, Andrew (16 Julai 2010). "Hispania drop Karun Chandhok for German Grand Prix". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 19 Mac 2013.
- ^ Beer, Matt (10 November 2010). "Klien retains Hispania seat for Abu Dhabi". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 10 November 2010.
- ^ Elizalde, Pablo (23 Mac 2011). "Yamamoto joins Virgin as reserve". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 23 Mac 2011.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Sakon Yamamoto. |
- Laman sesawang rasmi Sakon Yamamoto (Jepun)
- Profil perlumbaan Sakon Yamamoto Diarkibkan 2011-05-17 di Wayback Machine di laman sesawang Formula Nippon
- Profil dan statistik tahun 2006 Sakon Yamamoto Diarkibkan 2006-08-10 di Wayback Machine