Sam Claflin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sam Claflin
Sam Claflin 2014.jpg
Claflin pada tahun 2014.
KelahiranSamuel George Claflin
(1986-06-27) 27 Jun 1986 (umur 33)
Ipswich, Suffolk, England, UK
KediamanChiswick, London
WarganegaraInggeris
KerakyatanBritish
Pusat pendidikanLondon Academy of Music and Dramatic Art (LAMDA)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2010–sekarang
PasanganLaura Haddock (k. 2013)
Anak1

Samuel George "Sam" Claflin (lahir 27 June 1986) ialah seorang pelakon Inggeris. Beliau dikenali kerana melakonkan watak Philip Swift dalam Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides, Finnick Odair dalam siri filem The Hunger Games, William dalam Snow White and the Huntsman dan Alex Stewart dalam Love, Rosie.

Karier[sunting | sunting sumber]

Claflin membuat penampilan lakonan pertamanya pada tahun 2010 apabila beliau muncul dalam minisiri TV, The Pillars of the Earth sebagai Richard dan dalam siri TV, Any Human Heart sebagai Logan Mountstuart muda. Penampilan beliau yang seterusnya adalah sebagai Duncan Edwards dalam drama TV BBC, United.

Pada bulan April 2010, beliau dipilih untuk watak Phillip Swift dalam filem 2011, Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides. Pada tahun 2012, beliau muncul sebagai Jack dalam siri 6-episod, White Heat. Kemudiannya pada tahun itu, beliau melakonkan peranan pembantu dalam filem 2012, Snow White and the Huntsman sebagai William. Juga pada tahun 2012, beliau dipilih untuk watak utama dalam The Quiet Ones yang ditayangkan pada bulan April 2014.[1]

Pada 22 Ogos 2012, Lionsgate mengumumkan bahawa Claflin telah dipilih untuk watak Finnick Odair dalam siri filem The Hunger Games bermula dengan The Hunger Games: Catching Fire.[2][3] Filem ini ditayangkan pada bulan November 2013 dan lakonan Claflin sebagai Finnick menerima ulasan positif.[4][5] Claflin menyambung wataknya dalam The Hunger Games: Mockingjay – Part 1, ditayangkan pada bulan November 2014 dan Part 2, ditayangkan pada bulan November 2015.[6]

Pada bulan Februari 2013, ia telah diumumkan bahawa Claflin telah dipilih untuk watak Alex dalam Where Rainbows End.[7] Pada bulan berikunya, beliau membintangi filem TV, Mary and Martha sebagai Ben yang disiarkan oleh BBC One.[8] Pada tahun 2014, Claflin membintangi filem romantik komedi, Love, Rosie. Beliau menerima pujian kritis untuk lakonannya sebagai Alistair Ryle dalam The Riot Club.

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2011 Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides Philip Swift
2012 Snow White and the Huntsman William
2013 Hunger Games: Catching Fire, TheThe Hunger Games: Catching Fire Finnick Odair
2014 Quiet Ones, TheThe Quiet Ones Brian McNeil
2014 Riot Club, TheThe Riot Club Alistair Ryle
2014 Love, Rosie Alex Stewart
2014 Hunger Games: Mockingjay – Part 1, TheThe Hunger Games: Mockingjay – Part 1 Finnick Odair
2015 Hunger Games: Mockingjay – Part 2, TheThe Hunger Games: Mockingjay – Part 2 Finnick Odair
2016 Me Before You Will Traynor
2016 Huntsman: Winter's War, TheThe Huntsman: Winter's War William
2016 Their Finest Hour and a Half

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2010 Pillars of the Earth, TheThe Pillars of the Earth Richard Minisiri; 8 episod
2010 Lost Future, TheThe Lost Future Kaleb Filem televisyen
2010 Any Human Heart Logan Mountstuart (muda) 4 episod
2011 United Duncan Edwards Filem televisyen
2012 White Heat Jack Minisiri; 6 episod
2013 Mary and Martha Ben Filem televisyen

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kemp, Stuart (11 May 2012). "Sam Claflin Signs up for 'The Quiet Ones'". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 August 2012. Dicapai 22 August 2012. 
  2. ^ Ng, Philiana (22 August 2012). "'Catching Fire' Casts Sam Claflin as Finnick". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 August 2012. Dicapai 22 August 2012. 
  3. ^ Johnson, Zach (22 August 2012). "Sam Claflin Cast as Finnick in The Hunger Games: Catching Fire". Us Weekly. Dicapai 8 December 2013. 
  4. ^ "The Hunger Games: Catching Fire (2013)". Rotten Tomatoes. Dicapai 8 December 2013. 
  5. ^ Gleiberman, Owen (22 November 2013). "Review: 'Catching Fire' smoothly exciting". CNN. Dicapai 8 December 2013. 
  6. ^ Morris, Christopher (4 December 2013). "Hunger Games: Mockingjay shooting site under construction". Yahoo. Dicapai 8 December 2013. 
  7. ^ "Cecelia Ahern's 'Love, Rosie' To Be Adapted - GalleyCat". Mediabistro.com. 2013-02-14. Dicapai 2013-11-21. 
  8. ^ Danny Cohen, Controller, BBC One (2012-07-17). "Media Centre - Hilary Swank and Brenda Blethyn to star in new film for BBC One". BBC. Dicapai 2013-11-21. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]