Samaniyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Faravahar at Behistun.jpg
Sejarah Iran
Empayar Parsi - Raja Parsi
sunting

Dinasti SamaniyahAsad9–999)[1] (Parsi: سامانیان adalah dinasti yang berkuasa di Khurasan dan Transoksania. Ia diasaskan oleh keturunan Saman Khuda, seorang bangsawan di daerah Balkh di Afghanistan Utara. saman Khuda memeluk Islam dan keturunannya mempunyai peranan besar dalam pemerintahan khalifah Al-Ma'mun. Anaknya, Asad Bin Abdullah diangkat menjadi gabenor Khurasan pada akhir masa Amawiah.

Sewaktu era khalifah Al-Ma'mun, anak-anak Asad Bin Abdullah menjadi:

1) Nuh Bin Asad: Gabenor Samarkand pada tahun 819M

2) Ahmad Bin Asad: Gabenor Farghanah

3) Yahya Bin Asad: Gabenor Syasy dan Asyrusnah

4) Ilyas Bin Asad: Gabenor Herat

Ahmad Bin Asad mempunyai 7 orang anak dan yang paling menonjol di antara mereka adalah Isma'il. isma'il telah diangkat oleh Khalifah Al-Mu'tamid untuk memerintah wilayah Transoksania pada tahun 874M. Anak Ahmad yang lain, Nasr Bin Ahmad, menobatkan Isma'il sebagai penguasa Bukhara pada tahun 874M. Walau bagaimanapun, Nasr dan Ahmad telah berlawan sesama mereka sehingga berlaku peperangan antara tahun 885-888M. Nasr akhirnya memenangi pertempuran tersebut. Ketika Nasr meninggal dunia pada tahun 892M, kepimpinan Dinasti Samaniah jatuh ke tangan Isma'il. Era Samaniyah menandakan titik permulaan negara Tajik. Samaniyah memerintah selama 180 tahun dan wilayah mereka meliputi Khorasan, Ray, Iran, rantau Mawaraun Nahar, Tabaristan, Kerman, Gorgan dan Isfahan. Bangsawan Samaniyah mendakwa mereka adalah keturunan panglima Sassanid dan Maharaja Bahram Chobin bagi mendapatkan pengiktirafan daripada rakyat Parsi. Ibu kota mereka ialah Bukhara, Samarkand dan Herat.

Ketika zaman Samaniyah, kebudayaan Parsi dihidupkan semula dan agama Islam disebarkan di wilayah-wilayah mereka. Negeri Samaniyah menjadi penaung kepada kebudayaan Islam Parsi dan menyebarkan kebudayaan hingga ke Asia Tengah. Penduduk-penduduk Samaniyah pula sedikit demi sedikit memeluk agama Islam. Menurut sejarahwan, kegigihan mubaligh Islam di Samaniyah, 200,000 buah keluarga bangsa Turki berjaya diislamkan[2]. Pengislaman beramai-ramai suku Turki ini akhirnya mempengaruhi kerajaan Ghaznawiyah, sebuah kerajaan Turki. Kerajaan Ghaznawiyah ini kemudiannya menggantikan kerajaan Samaniyah dan memerintah wilayah-wilayah Samaniyah.

Kronologi[sunting | sunting sumber]

1) Isma'il Ahmad Bin Asad(892-907M)

• Berjaya menghancurkan Dinasti Saffariah.

• Pada tahun 901M, beliau juga berjaya menakluk Tabaristan, Rayy, Qazwin untuk mengamankan perbatasan barat negerinya. Pada tahun 903M, Isma'il menghadapi tentera Turki yang menyerang perbatasan timur wilayahnya.

•Beliau akhirnya wafat pada tahun 907M di Bukhara.

2) Abu Nasr Ahmad Bin Isma'il(907-913M)

• Mengambil Sijistan dari Dinasti Saffariah.

• Kekuasaan Ahmad tidak berlangsung lama kerana beliau terbunuh pada tahun 913M dan dimakamkan di Bukhara.

3) Nasr Bin Abu Nasr Ahmad / Nasr I

• Diangkat sebagai penguasa Khurasan oleh Khalifah Al-Mukqtadir dengan gelaran Al-Sa'id.

• Pada tahun 913M, Ishaq( pak cik ayahnya dan penguasa Samarkand ) dan anaknya, Ilyas melakukan pemberontakan terhadap Nasr dan bergerak ke Bukhara. Namun mereka dapat dikalahkan oleh Nasr I sehingga menguasai Samarkand.

• Pada tahun berikutnya, anak Ishaq yang lain, Abu Salih Mansur menyerang Nasr I. Pasukan Ishaq cuba menguasai Sijistan dan pertempuran berlangsung selama 4 tahun (914-918M)

4) Nasr II

• Menghentikan perang selama 4 tahun (914-918M) dengan kembalinya Nisabur ke tangan beliau.

• Berjaya memadamkan pemberontakan Muhammad Bin Ilyas, yang menuntut kekuasaan atas Kirman dengan menghantar tentera di bawah pimpinan Makam Bin Kali.

• Menguasai kembali wilayah Jurjan setelah berjaya menghapuskan penentangan Makam Bin Kali pada tahun 939M.

• Menguasai Abhar, Qazwin, Nihawan, Dinur dan Hulwan.

5) Nuh Bin Nasr II (942-954M)

• Menguasai Khurasan dan Transoksania pada tahun 942M.

• Memberi pengampunan kepada mereka yang telah menentang Dinasti Samaniah semasa pemerintahan ayahnya Dan sebahagian daripada mereka diberikan kekuasaan di beberapa wilayah tertentu.

• Berlakunya peperangan antara Dinasti Samaniah dengan Dinasti Buwaihi kerana Dinasti Samaniah ingin mengambil kembali Rayy dari tangan Rukn Ad-Daulah, Khalifah Dinasti Buwaihi di Jibal. Dinasti Samaniah kalah kerana sebahagian tenteranya membelot ke Dinasti Buwaihi.

• Walau bagaimanapun, Nuh berusaha lagi sehingga pada akhirnya beliau dapat menguasai Rayy dan Jibal pada tahun 944M.

• Pada tahun 946M, beliau kehilangan Nisabur, Marw dan Bukhara kepada pak ciknya, Ibrahim Bin Ahmad yang turut didukung oleh Abu Ali Bin Muhtaj, bekas panglima pasukan Nuh

• Berlangsungnya perang antara Abu Ali Bin Muhtaj, pendukung Ibrahim dengan Nuh Bin Nasr II dari tahun 945-948M yang berakhir dengan perjanjian damai.

• Mengambil kembali Rayy dan Jibal dari Rukn Ad-Daulah, yang mempunyai pengaruh besar dalam pemberontakan Abu Ali Bin Muhtaj pada tahun 950M.

• meninggal pada tahun 954M.

6) Abdul Malik Bin Nuh

•TIADA PERISTIWA PENTING

7) Mansur

• Berlakunya peperangan di daerah Rayy pada tahun 966M antara Mansur dan Ruhn Ad-Daulah (penguasa Dinasti Buwaihi). Peperangan itu berakhir pada tahun 971M dengan disepakatinya perjanjian damai antara Mansur dan Adud Ad-Daulah (anak Rukn Ad-Daulah).

• Meninggal pada tahun 976M

8) Nuh Bin Mansur / Nuh II (976-997M)

• Banyak campur tangan asing mula masuk

• Banyak pemberontakan berlaku

• Pada tahun 983M, 2 orang dari panglima Dinasti Samaniah iaitu, Abu Al-Hasan Bin Simjur dan Fa'iq Al-Khashah, bersekutu dengan Syihab Ad-Daulah Harun Ileg, yang ingin memperluaskan kekuasaannya sehingga ke wilayah Transoksania.

• Ileg memenangi pertempuran dengan Nuh sehingga berhasil menguasai Bukhara, walaupun untuk sementara.

• Pada tahun 994M, Nuh II meminta bantuan Sebuktegin, penguasa Gazna, untuk memerangi amir yang membangkang yang didukung oleh Buwaihi. Pasukan Sebuktegin memperoleh kemenangan di Herat dan amir itu melarikan diri ke Jurjan. Nuh juga meminta bantuan Mahmud Bin Sebuktegin untuk menguasai penduduk Nisabur dan Khurasan.

• Nisabur dan tentera Khurasan dipergunakan oleh Mahmud Sebuktegin sebagai asas kekuatannya. Nuh kembali ke Bukhara, Sebuktegin ke Herat dan Mahmud terus tinggal di Nisabur. Disebabkan pemberontakan terus terjadi di Nisabur, Mahmud akhirnya kalah.

• Meninggal pada tahun 997M

9) Mansur Bin Nuh

Samarkand cuba ditakluki oleh Ileg Bughrakhan. Ileg juga bersekutu dengan Fa'iq Al-Khashah untuk menguasai Bukhara, sambil tetap menunjukkan kesetiaannya kepada Mansur.

• Pada tahun 998M, penentangan terjadi antara Mansur Bin Nuh dan Mahmud Ghanavid (penguasa Ghanavid) akibat persoalan Khurasan yang berakhir dengan kejatuhan Mansur, yang kemudian digantikan oleh adiknya, Abdul Malik Bin Nuh.

• Ditahan oleh Ileg Bughrakhan

10) Abdul Malik Bin Nuh

• Jatuhnya wilayah Transoksania ke tangan Ileg Bughrakhan

• Hilangnya wilayah kekuasaan satu persatu

• Ditahan oleh Ileg Bughrakhan

11) Isma'il Al-Muntasir

• Jatuhnya Dinasti Samaniah

• Dibunuh pada 1005M

Senarai Amir Samaniyah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Encyclopedia Britannica, Edisi dalam talian, 2007, Samanid Dynasty, PAUTAN
  2. ^ Ibn Athir, jilid 8, m/s. 396

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]