Wangsa Timuriyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Faravahar at Behistun.jpg
Sejarah Iran
Empayar Parsi - Raja Parsi
sunting
Empayar Timurid (kawasan berlorek) pada tahun 1405

Wangsa Timuriyah yang turut dikenali sebagai Gurgan, Gurkhan, Gurkānī [1][2] dan Kurkhan adalah sebuah wangsa Islam yang diperintah oleh keturunan Mongolia dari Asia Tengah. Ketika zaman kegemilangannya, wangsa ini meluaskan empayarnya dari Asia Tengah hingga ke Iran, Afghanistan, sebahagian besar Iraq dan Kaukasus.

Pada abad ke 16, putera Tamerlane Zahiruddin Babur menyerang India dan mengasaskan kerajaan Timur India. Kerajaan ini berjaya menyatukan Asia Selatan dan memerintah kawasan itu sehingga ia jatuh ke tangan Inggeris.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bendera Timurid pada tahun 1375

Empayar ini diasaskan oleh Tamerlane atau Timur. Bermula tahun 1363, beliau mengetuai serangan di Asia Tengah, Khorasan di Iran dan Afghanistan dengan bersekutu dengan Samarkand (1366) dan Balkh (1369). Pada tahun 1370, beliau diiktiraf sebagai raja bagi empayar yang baru dibentuk ini. Atas nama Chagatai Khanat, putera Genghis Khan, Timur menyerang Asia Tengah dan Khwarazme pada tahun berikutnya dan mula mara ke barat pada tahun 1380. Pada tahun 1389, beliau berjaya menumpaskan kerajaan Kartid di Herat dan menyerang Empayar Parsi. Pada tahun 1380, Isfahan jatuh ke tangan Timur dan apabila Shiraz berjaya ditawan beliau pada tahun 1393, raja Muzaffarid terpaksa diturun takhta. Kerajaan Jalayirid yang memerintah Baghdad juga turut mengalami nasib yang sama apabila mereka kalah dalam peperangan dengan Timur. Pada tahun 1394 atau 1395, Timur berjaya mengalahkan Angkatan Kencana dan menguasai rantau Kaukasus. Pakistan dan Delhi pula dikuasai pada 1398. Damsyik dan Anatolia Timur berjaya ditawan pada tahun 1400. Beliau menjadikan Samarkand ibu kotanya di gelar sebagai Pusat Dunia.

Ketika di penghujung riwayat empayar ini, keturunan raja Timur, Babur mendirikan Empayar Mughal di India. Babur merupakan keturunan Timur daripada sebelah bapanya dan Genghis Khan daripada sebelah ibunya. Pada abad ke 17, Mughal memerintah hampir di seluruh Asia Selatan. Serangan Inggeris menamatkan pemerintahan empayar ini dan raja terakhirnya, Bahadur Shah II, melarikan diri ke Myanmar

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Zahir ud-Din Mohammad (2002-09-10). Thackston, Wheeler M.. ed. The Baburnama: Memoirs of Babur, Prince and Emperor. Modern Library Classics. ISBN 0-375-76137-3. 
  2. Note: Gurkānī is the Persianized form of the Mongolian word kürügän ["son-in-law"], the title given to the dynasty's founder after his marriage into Genghis Khan's family (Thackston, Wheeler M. The Baburnama: Memoirs of Babur, Prince and Emperor. Modern Library Classics. ISBN 0-375-76137-3)

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]