Wangsa Tahiriyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Faravahar at Behistun.jpg
Sejarah Iran
Empayar Parsi - Raja Parsi
sunting

Dinasti Tahiriyah (Parsi: سلسله طاهریان, Salsalah Tahirian) adalah sebuah kerajaan yang memerintah Khorasan (pada hari ini sebahagian dari Iran, Afghanistan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan) di timur laut Empayar Parsi dari tahun 810 hingga 873. Ibu kotanya terletak di Nishapur[perlu rujukan].

Pengasas wangsa ini ialah Tahir Bin Al-Husain, seorang panglima perang Abbsiyyah ketika zaman Khalifah al-Ma'mun pada tahun 810M untuk memerangi saudaranya, Al-Amin. Kemudian, Tahir diangkat menjadi gabenor kawasan Persia dan wilayah Timur. Menjelang kematiannya, beliau menghapuskan nama khalifah Al-Ma'mun dalam khutbah, yang bermaksud kemerdekaan penuh dari kekuasaan Abbasiyyah. Walaubaimanapun, khalifah segera mengangkat Talhah Bin Tahir sebagai gabenor, yang bersedia membayar ufti ke Baghdad. Dinasti Tahiriyah berkuasa di Khorasan sehingga dengan meninggalnya Muhammad Bin Tahir pada 873M. Serangan Wangsa Saffariyah ke atas Khorasan menamatkan riwayat dinasti ini.

Raja-Raja Wangsa Tahiriyah[sunting | sunting sumber]

•Beliau diangkat sebagai gabenor Persia dan wilayah Timur

•Berusaha membebaskan diri dari kekuasaan Abbasiyyah

•Tiada peristiwa penting

•Menguasai wilayah Rayy dan Kirman di samping Khorasan sendiri

•Daerah kekuasaan di sebelah timur sampai ke sempadan India dan di sebelah utara sampai ke sempadan kekuasaan khalifah Abbasiyyah

•Tiada peristiwa penting

• menyerahkan kekuasaan kepada Dinasti Saffariah

•Diangkat menjadi gabenor Khorasan pada tahun 885M dan meninggal pada 873M

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.