Samuel Siew

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Samuel Siew
Kelahiran (1987-12-31) 31 Disember 1987 (umur 36)
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
WarganegaraMalaysian
PekerjaanJurulatih Bolasepak
Tahun aktif2010–sekarang

Samuel Siew (Chinese 蕭天恩; pinyin: xiāo tiān ēn) merupakan seorang jurulatih bola sepak profesional dan pendidik jurulatih berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Menetap di Petaling Jaya, Selangor, beliau merupakan salah seorang jurulatih bola sepak peringkat akar umbi yang paling berjaya dan disegani di Malaysia. Samuel memegang Lesen Kejurulatihan Antarabangsa Persatuan Bola Sepak England dan berkelayakan lesen kejurulatihan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ‘C’. Samuel juga adalah pengasas kepada Dream Village Football Academy berpangkalan di Subang Jaya, Selangor, sebuah akademi bola sepak yang telah mencapai penyertaan lebih 500 kanak-kanak di Lembah Klang melalui program-program mingguan dan klinik bola sepak. Pada Februari 2018, Samuel telah dilantik sebagai Ketua Akar Umbi dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia untuk menjadi perintis kepada kerja- kerja pembangunan bola sepak akar umbi di peringkat kebangsaan.

Peringkat awal dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebagai seorang kanak-kanak yang membesar di Kota Bharu, Kelantan, Samuel suka bermain bola sepak. Seawal umur 7 tahun, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang pemain bola sepak. Beliau juga bermain bola keranjang dan skuash, tetapi semangat berpasukan dalam bola sepak yang membawa beliau ke padang setiap petang. Beliau merupakan peminat tegar Manchester United FC dan pemain yang sangat beliau minati semasa membesar adalah David Beckham. Pada tahun 2006, Samuel berpindah ke Selangor untuk memasuki kolej INTI International University & Colleges di Subang Jaya. Semasa belajar bagi kursus diploma sains komputer dalam bidang Rangkaian & Keselamatan, di sinilah kerjaya beliau sebagai pemain bola sepak bermula. Ketika di kolej, Samuel merupakan kapten dan pemain di WAJA FC, sebuah kelab bola sepak peringkat daerah. Bersama seorang rakan, beliau juga mengasas Elastico FC, sebuah kelab futsal separa-profesional berpangkalan di Subang Jaya bagi pemain B-18. Sebagai kapten dan ketua jurulatih, beliau mengemudi pasukan seramai 30 orang untuk berlatih setiap minggu, serta mengetuai kelab untuk bermain perlawanan persahabatan rasmi pertama pada November 2010.

Sepanjang kerjaya beliau sebagai jurulatih bola sepak, Samuel telah melaksanakan sebanyak lima program komuniti bola sepak dan futsal, sehingga mencapai penyertaan lebih 500 kanak-kanak yang tinggal di rumah flat kos rendah kerajaan di Lembah Klang seperti Kampung Muhibbah, Kampung Pandan dan Angsana di USJ1. Seorang perintis dan penginspirasi di banyak peringkat, Samuel percaya bahawa bola sepak adalah alat yang paling berkesan dalam memupuk persahabatan, komuniti dan kesatuan-percaya dalam bola sepak untuk menjadi jambatan yang menghubungkan etnik, budaya, sosial dan perbezaan agama.

Jurulatih Belia[sunting | sunting sumber]

Duta Belia Asia (2010–2013)[sunting | sunting sumber]

Sebagai seorang pelajar kolej, Samuel terlibat secara aktif dengan kejurulatihan bola sepak melalui projek-projek komuniti dianjurkan oleh Duta Belia Asia, sebuah badan bukan kerajaan berpangkalan di Subang Jaya. Salah satu peranan beliau adalah sebagai pengadil kejohanan futsal di PPR Kampung Muhibbah, sebuah kawasan perumahan berpendapatan rendah di Puchong, Selangor. Pengalaman di Kampung Muhibbah inilah yang memberi inspirasi untuk beliau pergi lebih jauh dari peringkat komuniti ke peringkat profesional. Selepas tamat pengajian kolej pada 2010, Samuel bekerja sepenuh masa sebagai Penyelaras Sukan dengan Duta Belia Asia. Beliau bertanggungjawab untuk menyelaras program futsal mingguan untuk belia kurang bernasib baik, mengajar kemahiran bola sepak serta membentuk karakter dan keyakinan mereka. Samuel percaya, melalui kerja-kerja komuniti ini, ianya dapat memberikan kesan kepada anak muda dan seterusnya akan menjadi kunci dalam memecahkan kitaran kemiskinan. Pada 2011, Samuel mengambil bahagian dalam Premier Skills, sebuah komuniti kursus kejurulatihan dikendalikan oleh Liga Perdana Inggeris dan British Council. Pengakhiran kepada inisiatif ini iaitu pada tahun 2013, beliau dianugerahkan sijil Pendidik Jurulatih Kemahiran Perdana [1] Tahun yang sama juga, kerja di peringkat akar umbi yang beliau usahakan telah membawa beliau ke Pekanbaru, Indonesia bagi mengendalikan klinik bola sepak untuk 150 orang kanak-kanak.

Dream Village Football Academy (2014–2017)[sunting | sunting sumber]

Di penghujung tahun 2013, penglibatan Samuel dalam kerja-kerja komuniti akar umbi di Malaysia telah menarik perhatian Persatuan Bolasepak England. Pada tahun 2014, beliau menerima biasiswa penuh untuk berlatih di St George’s Park National Football Centre di Staffordshire, England untuk mendapatkan Lesen Antarabangsa Persatuan Bolasepak England. Samuel merupakan salah seorang daripada dua peserta yang mendapat biasiswa penuh dari Asia Tenggara, berlatih di samping jurulatih-jurulatih kebangsaan dari 17 buah negara lain.[2] Tahun yang sama, beliau kembali ke Malaysia untuk menubuhkan Dream Village Football Academy (DVFA). Sebuah perniagaan sosial dan akademi bola sepak bertujuan “mengasuh impian pemain-pemain muda” bagi lelaki dan perempuan berumur 16 tahun ke bawah. Sebagai pengasas bersama, Ketua Jurulatih dan Pengarah Teknikal, visi Samuel terhadap akademi adalah untuk memajukan kanak-kanak dan belia secara holistik dan untuk menggilap bakat-bakat pemain tempatan supaya fokus kepada kemahiran, karakter dan personaliti. Sepanjang penglibatan beliau di DVFA, Samuel telah melatih lebih 150 jurulatih sukarela dan mencapai penyertaan lebih daripada 500 kanak-kanak. Pada tahun 2015, beliau juga mengetuai kursus kejurulatihan wanita di Bandar Sunway, Selangor untuk 22 orang jurulatih wanita yang bercita-cita tinggi di Malaysia. Inisiatif ini telah dianjurkan dengan kerjasama Premier Skills, dimana komuniti kursus kejurulatihan ini bertujuan melahirkan jurulatih-jurulatih baru dan berusaha memperjuangkan kesamarataan gender dalam bola sepak.[3] Pada Tahun 2017, DVFA di bawah kepimpinan Samuel juga bekerjasama dengan kelab bola sepak Borussia Dortmund (BVB), antara kelab pesaing teratas di Bundesliga menganjurkan Kem Bola sepak Evonik selama 5 hari, mengajar 34 belia berumur antara 7-14 tahun cara juara Piala Jerman itu. Kem ini merupakan seni di sebalik usaha ini adalah bagi menjalinkan hubungan rapat di antara bola sepak Malaysia dan bola sepak Jerman. Piala German DFB-Pokal turut datang sekali bersama Lagenda bola sepak dan Juara FIFA World Cup 1990 Karl-Heinz Riedle untuk memberi inspirasi kepada pemuda-pemudi dan berkongsi kisah bola sepak beliau.[4]

Persatuan Bola Sepak Malaysia (2018-sekarang)[sunting | sunting sumber]

Pada Februari 2018, Samuel dilantik sebagai Ketua Akar Umbi dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia. Bagi jawatan ini, beliau akan menjadi perintis kepada kerja-kerja pembangunan bola sepak akar umbi di Malaysia.

Media[sunting | sunting sumber]

Sejak menjadi barisan hadapan sebagai jurulatih bola sepak akar umbi kebangsaan, Samuel telah muncul di BFM89.9, sebuah stesyen radio perniagaan bebas dan stesen radio berorientasikan hal ehwal semasa di Malaysia untuk berkongsi mengenai Dream Village Football Academy (DVFA). Semasa ditemu bual, beliau menerangkan secara terperinci mengenai model bisnes DVFA sebagai perniagaan sosial yang menguntungkan dan usaha mereka untuk mencapai belia yang terpinggir.[5] Pengalaman Samuel juga diterbitkan di surat khabar kebangsaan seperti surat khabar China Press[6] dan surat khabar theSundaily.[7]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2017, Samuel di anugerahkan sebagai Juara 10 Rakyat Malaysia yang Memperkasakan Komuniti Pemuda 2017 berlangsung di Konferens Kemanusiaan 2017 yang di anjurkan oleh U-Schos. Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf pemuda Malaysia yang telah memperkasakan komuniti yang kurang diberi perhatian dan menambah baik cara hidup mereka.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]