Karl-Heinz Riedle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Karl-Heinz Riedle
Riedle pada tahun 2012
Maklumat peribadi
Nama penuh Karl-Heinz Riedle
Tarikh lahir (1965-09-16) 16 September 1965 (umur 58)
Tempat lahir Weiler im Allgäu, Jerman Barat
Ketinggian 1.80 m (5 ka ​10 78 in)
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya remaja
TSV Ellhofen
SV Weiler
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1983–1986 FC Augsburg 80 (31)
1986–1987 Blau-Weiß Berlin 34 (10)
1987–1990 Werder Bremen 86 (38)
1990–1993 Lazio 84 (30)
1993–1997 Borussia Dortmund 87 (24)
1997–1999 Liverpool 60 (11)
1999–2001 Fulham 34 (6)
Jumlah 465 (150)
Pasukan kebangsaan
1986–1987 Jerman Barat B21 4 (1)
1988 Olimpik Jerman 1 (0)
1988–1994 Jerman 42 (16)
Pasukan diurus
2000 Fulham
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Karl-Heinz Riedle (lahir 16 September 1965) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Jerman yang bermain di posisi penyerang.

Sebagai seorang penyerang berprolifik, beliau digelar "Air" kerana kemahirannya menanduknya di udara. Beliau tampil dalam 207 perlawanan Bundesliga sepanjang lapan musim dan menjaringkan gol dengan jumah 134 gol masing-masing untuk kelab Werder Bremen dan Borussia Dortmund. Beliau turut beraksi untuk Lazio di Itali dan Liverpool di England.

Beliau mewakili pasukan kebangsaan Jerman dengan tampil ke kejohanan dua edisi Piala Dunia dan Euro 1992. Salah satu daripadanya iaitu edisi 1990, pasukannya menjulang trofi berprestij itu.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Jerman[sunting | sunting sumber]

Riedle memulakan kerjaya awalnya bersama FC Augsburg sebelum menjadi penjaring terbanyak kelab buat musim 1985-86 dengan jumlah 20 gol. Persembahan memukau Riedle menarik pendatang baru Bundesliga, SpVgg Blau-Weiß 1890 Berlin yang membawa masuk Riedle dengan bayaran 33 ribu Deutsche Mark. Beliau melakukan penampilan pertama untuk kelab barunya pada 9 Ogos 1986 ketika tewas 1-4 kepada 1. FC Kaiserslautern.

Selepas pasukannya berdepan penyingkiran, Riedle menandatangani kontrak bersama Werder Bremen. Beliau menjaringkan 18 gol pada musim pertamanya (penjaring gol kedua tertinggi liga di belakang Jürgen Klinsmann, 24 gol) sekali gus membantu kelab merangkul kejuaraan liga. Beliau kekal bersama kelab Hansa itu selama tiga musim dengan jumlah 58 gol dijaringkan sepanjang kejohanan.

Lazio / Pulang ke tanah air[sunting | sunting sumber]

Pada musim panas 1990, Riedle melakukan perpindahan ke kelab Lazio dengan jumlah perpindahan sebanyak 13 juta Deutsche Mark. Ketika beliau bersama kelab Rom, Lazio gagal meraih sebarang trofi mahupun mara ke perlawanan akhir dalam mana-mana kejohanan. Karier terbaiknya di Lazio ialah ketika musim 1991-92 apabila beliau menjaringkan 13 gol dalam 29 perlawanan Serie A[1] dan akhirnya Lazio menamatkan musim di tempat kesepuluh liga.

Riedle kembali ke Jerman selepas tiga tahun di Itali untuk sertai kelab Borussia Dortmund. Beliau banyak diletakkan ke dalam kesebelasan utama pasukan dan sering bergandingan dengan Stéphane Chapuisat di bahagian serangan. Beliau menjadi tonggak utama Dortmund yang meraih Bundesliga pada musim 1995 dan 1996 serta Liga Juara-Juara 1996-97. Beliau menyumbat dua gol pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Juventus sekali gus membantu Dortmund menjulang trofi itu buat kali pertama berikutan kejayaan 3-1 ke atas wakil Itali itu.

England[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1997, Riedle sertai kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool. Beliau tidak banyak beraksi apabila Michael Owen yang ketika itu berusia 18 tahun sedang berperingkat beraksi dengan baik.

Pada lewat September 1999, Riedle yang berusia 34 tahun berpindah ke Fulham dan beliau bertemu pengurus lamanya ketika di Anfield, Roy Evans. Beliau turut menjadi pengurus sementara sehingga penghujung musim 1999-2000 selepas pemecatan Paul Bracewell. Beliau tampil dalam 14 perlawanan liga dan menjaringkan satu gol ketika musim 2000-01 sekali gus membolehkan Fulham beraksi di Liga Perdana untuk musim hadapan.[2] Riedle mengumumkan persaraannya pada penghujung musim.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Riedle melakukan penampilan sulungnya untuk Jerman Barat pada 31 Ogos 1988 ketika menentang Finland pada aksi Kelayakan Piala Dunia 1990. Beliau dipilih oleh jurulatih Franz Beckenbauer untuk ke dalam skuad Piala Dunia 1990 di Itali sebagai sandaran kepada Klinsmann dan Rudi Völler. Beliau beraksi pada empat perlawanan sehingga pasukannya meraih trofi Piala Dunia.

Salah satu memori terindah Riedle bersama pasukan kebangsaan Jerman ialah ketika perlawanan separuh akhir Euro 1992 menentang tuan rumah, Sweden. Riedle menjaringkan dua gol dalam perlawanan itu untuk membantu pasukannya mara ke perlawanan akhir. Beliau menjadi penjaring terbanyak kejohanan tersebut bersama tiga pemain lain dengan jumlah tiga gol. Beliau menjaringkan 16 gol sepanjang 42 penampilan antarabangsanya bersama Jerman.[3]

Statistik[sunting | sunting sumber]

Pasukan kebangsaan Jerman
Tahun Kmncln Gol
1988 1 1
1989 3 1
1990 9 1
1991 5 3
1992 10 4
1993 8 5
1994 6 1
Jumlah 42 16

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Werder Bremen
Borussia Dortmund
Fulham

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Arnhold, Matthias (19 November 2015). "Karl-Heinz Riedle – Matches and Goals in Bundesliga". RSSSF. Dicapai pada 26 November 2015.
  2. ^ "Games played by Karlheinz Riedle in 2000/2001". soccerbase.com. Dicapai pada 2016-11-23.
  3. ^ Arnhold, Matthias (19 November 2015). "Karl-Heinz Riedle – Goals in International Matches". RSSSF. Dicapai pada 26 November 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]