Sang Enemy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sang Enemy (album Hujan))
Jump to navigation Jump to search
Sang Enemy
Album studio oleh Hujan
Dikeluarkan pada22 Jun 2012
Dirakam pada2011-2012
GenrePost-hardcore, metalcore
SyarikatMorning Rocket, Warner Music Malaysia
Kronologi Hujan
Lonely Soldier Boy
(2010)
Sang Enemy
(2012)
Jika Sempat
(2016)
Single daripada album Sang Enemy
  1. "Rumah Kita"
    Dikeluarkan pada: 2011
  2. "Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur"
    Dikeluarkan pada: 2012

Sang Enemy ialah album studio keempat oleh kumpulan rock Malaysia, Hujan yang dikeluarkan pada 22 Jun 2012 oleh Morning Rocket dan Warner Music Malaysia. Album ini menunjukkan perubahan bunyi berbanding album sebelumnya, mempunyai gaya muzik metalcore dan bukan alternatif rock. Album ini menerima dua pencalonan di Anugerah Industri Muzik ke-19.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Berbanding tiga album terdahulu, Sang Enemy menampilkan lagu-lagu berunsur rock dan balada dan secara keseluruhannya, lagu-lagu dalam album ini lebih berat dari kebiasaan. Album ini turut menampilkan penyanyi popular, Yuna, dan juga pemain sape terkemuka dari Sarawak, Jerry Kamit untuk lagu "Janji Kita". Sang Enemy turut menampilkan pemuzik-pemuzik jemputan dari Jepun serta kolaborasi bersama penyanyi kumpulan metal tanah air, Joe dari kumpulan The Padangs.[1][2]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Sang Enemy dikeluarkan pada 22 Jun 2012. "Rumah Kita" dan "Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur" dikeluarkan sebagai single.[3]

Mengulas untuk portal Juice Online, Aizyl Azlee berkata: "Dengan suara baru mereka, Hujan mengambil risiko besar untuk kehilangan beberapa peminat lama mereka, tetapi mereka mungkin akan mendapat legiun baru dari demografi baru. Sama ada, ia adalah masa yang menarik untuk Hujan dan Raingers mereka".[4] Izza Ibrahim dari portal EH! menyenaraikan Sang Enemy sebagai salah satu daripada 10 Album Tempatan Terbaik 2012.[5]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No. TajukKomposer Masa
1. "Janji Kita" (feat. Jerry Kamit & Yuna)Noh Salleh 4:07
2. "Rumah Kita"  Noh Salleh 3:13
3. "Mana Mungkin" (feat. Joe of The Padangs)Joe The Padangs / Noh Salleh 4:04
4. "Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur"  Noh Salleh 3:24
5. "DBS (Dia Bukan Segalanya)"  Björn Afzelius 3:27
6. "Ke Selatan"  Noh Salleh / Wise & Tarantula 4:56
7. "Kembara"  Noh Salleh 6:10
8. "Lonely Soldier Boy" (versi akustik)Joe Hisaishi / Noh Salleh 3:27

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 22 Jun 2012 Muat turun digital[6]
Penstriman digital[7]
Morning Rocket, Warner Music Malaysia

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2012[8] Anugerah Industri Muzik ke-18 Sang Enemy Album Terbaik Dicalonkan
Kulit Album Terbaik Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Monday Music : Hujan Lancarkan Album Baru, “Sang Enemy” Oh! Buklan (25 Jun 2012). Diperoleh pada 28 Jun 2012.
  2. ^ Makin pantas berevolusi Kosmo! (16 Julai 2012). Diperoleh pada 16 Julai 2012.
  3. ^ Sang Enemy: Band Hujan Berevolusi Bro Framestone (26 Jun 2012). Diperoleh pada 29 Jun 2012.
  4. ^ Aizyl Azlee (1 Ogos 2012). Hujan: Sang Enemy Juice Online. Diperoleh pada 1 Ogos 2012.
  5. ^ Izza Ibrahim (3 Januari 2013). 10 Album Tempatan Terbaik 2012 EH!. Diperoleh pada 10 Mac 2013.
  6. ^ "Sang Enemy". iTunes Store (MY). Apple. 22 Jun 2012. Dicapai 17 April 2018. 
  7. ^ "Sang Enemy - album by Hujan". Spotify. 22 Jun 2012. Dicapai 17 April 2018. 
  8. ^ Gayathri Nair (1 November 2012). AIM 19 Offers Glamour, Glitz and Red Carpet The Star Online. Diperoleh pada 10 Mac 2013.