Satu Harapan ialah single pertama daripada Edisi Khas album Jaclyn Victor, Inilah Jac, yang keluar pada tahun 2007, setahun selepas keluaran asalnya. Lagu ini juga dijadikan lagu tema siri drama Manjalara.
Lagu Satu Harapan gubahan Audi Mok ini mencerminkan perjalanan seseorang melalui pelbagai rintangan dalam hidup sehingga mengecapi kejayaan, seperti yang dilalui oleh Jaclyn yang menjalani kehidupan yang sukar sebagai anak sulung kepada ibu tunggal, sehingga penglibatannya dalam bidang muzik dan kejuaraan Malaysian Idol mengubah nasibnya.
Lagu Satu Harapan juga dipasarkan dalam bentuk single CD edisi terhad yang hanya boleh diperolehi dengan membeli produk syampu Rejoice pada tengah tahun 2007, kerana ketika itu Jaclyn menjadi duta jenama produk keluaran P&G tersebut.[1] Pembikinan video muzik Satu Harapan juga dibiayai oleh P&G Malaysia.