Segalanya (album Elyana)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Segalanya
Album studio oleh Elyana
Dikeluarkan pada1 Ogos 2003 (2003-08-01)
Dirakam pada2003
GenrePop, Pop Rock
SyarikatFantasia Music City (FMC)
PenerbitPatrick Khamis
Aidit Alfian
Ajai
Aubrey Suwito
Kronologi Elyana
Satu
(2002)
Segalanya
(2003)
Bicara Mata Ini
(2005)
Single daripada album Segalanya
  1. "Sandiwara"
    Dikeluarkan pada: 1 Ogos 2003
  2. "Cahaya Gelita"
    Dikeluarkan pada: 16 September 2003
  3. "Pulang Menjadi Milikku"
    Dikeluarkan pada: 22 Disember 2003
  4. "Ku Punya Waktu"
    Dikeluarkan pada: 20 Februari 2004

'Segalanya' adalah album studio kedua bagi penyanyi Elyana yang dilancarkan pada tahun 2003 dan diterbitkan oleh Ajai dan Patrick Khamis. Nuansa album ini adalah gabungan pop balad dan pop rock sekaligus memberi peluang kepada Elyana untuk bekerjasama dengan ramai penerbit handalan seperti Aubrey Suwito dan Aidit Alfian. Elyana diberi ruang oleh FMC untuk menentukan arah tuju muziknya menerusi album ini yang mana beliau menggunakan sebaik mungkin peluang untuk meneroka muzik Pop Rock yang menjadi kegemarannya.

Ekoran seringkali mendendangkan lagu rancak Melly Goeslaw dalam beberapa persembahannya sebelum ini, Elyana yang baru berusia 16 tahun memilih untuk bekerjasama dengan Tam Mustafah (vokalis kumpulan Spider) dan penulis lirik Loloq. Dari sinilah corak muzik Elyana terbentuk apabila lagu Cahaya Gelita menjadi hits. Elyana juga memulakan kerjasama dengan Aidit Alfian menerusi lagu balada Pulang Menjadi Milikku namun kerjasama baik mereka diteruskan untuk album-album seterusnya kerana keserasian antara komposer dan artis ini. Sementara itu drama seram Seriau arahan Ellie Suriati menggunakan lagu Ku Punya Waktu yang beritma "emo gothic" sebagai lagu tema pada tahun 2004.

Secara keseluruhan album ini hanyalah persembahan sederhana kerana faktor kurang promosi dan campuran dua jenis muzik dalam album ini disifatkan agak bercelaru. Elyana juga terpaksa menghentikan seketika aktiviti seni pada tahun 2004 kerana penumpuan terhadap persekolahan dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Penulis lirik Loloq memenangi satu-satunya Anugerah Citrawangsa dalam karier penulisannya menerusi lagu Cahaya Gelita pada penanugerahan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2005. Lirik lagu itu memenangi kategori Hadiah Penulisan Lirik Bahasa Melayu.

Senarai Runut[sunting | sunting sumber]

# Judul Lagu Masa
1 "Sandiwara"
2 "Pulang Menjadi Milikku"
3 "Ku Punya Waktu"
4 "Sanubari"
5 "Cahaya Gelita"
6 "Disisimu"
7 "Sepi Bertandang Lagi"
8 "Pura-pura"
9 "Bisikan Nurani"
10 "Keranamu"