Kumpulan Spider

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Spider
Berasal dariMalaysia Johor, Malaysia
GenreRock
Punk rock
Ska
Tahun aktif1998-kini
Syarikat rakaman
Luncai Emas
AhliTam - vokal & gitar
Hanafi (Nafie) - gitar
Aie - dram
Is - bass (ahli baru)
Bekas ahliTony - bass

Kumpulan Spider merupakan kumpulan muzik Malaysia. Mereka membawa lagu-lagu berunsur rock yang mempunyai pengaruh ska. Spider Ditubuhkan pada tahun 1996, pada waktu itu mereka terdiri daripada 4 orang anak muda dari Johor iaitu Tam Spider, Nafie, Tony dan Aie. Bakat mereka diasah oleh komposer terkenal Sifu M. Nasir di bawah syarikat rakaman Luncai Emas Sdn Bhd.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Album pertama mereka diterbitkan pada tahun 1999 berjudul Ngam Ho dan berjaya memperkenalkan lagu hits "Mungkinkah terjadi". Aladin muncul pada tahun 2002 dan album ini terjual melebihi 60,000 unit menerusi lagu hit Aladin, Kekal, Kasih Latifah, Kau Saja dan Laukku Cukup Masin. Pada tahun 2004, album berjudul Nazraku yang memperkenalkan lagu hit Nazraku, Cinta Dewa Dewi dan Relaku Pujuk. Album ini telah memenangi anugerah Album Terbaik pada AIM 12, tidak cukup dengan itu Spider telah berjaya memenangi Anugerah Juara Lagu 2004 menerusi lagu Relaku Pujuk. Pada tahun 2007, Spider menerbitkan album Bintang 12. Album ini telah mendapat sambutan ramai selain mendapat pujian pihak media kerana kreativiti mereka menerusi lagu hit, Mabuk, Salut, Anti Graviti dan Bila Nak Saksi. Album ini juga telah dicalonkan menerusi kategori Album Rock Terbaik di AIM 15.Di antara anugerah yang mereka kecapi ialah:

Anugerah & pencalonan[sunting | sunting sumber]

Lagu Rock Pilihan- Anugerah Era 2002 (Aladin)

Artis Berkumpulan Popular- Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002

Finalis Separuh Akhir Muzik Muzik 2002-Kategori: Pop Rock (Lagu: Aladin

Album Pop Rock Terbaik- AIM 2003

Finalis Band Pilihan-Anugerah Era 2003

Finalis Lagu Rock Pilihan-Anugerah Era 2003 (Kau Saja)

Band Pilihan-Anugerah Era 2004

Lagu Rock Pilihan- Anugerah Era 2004

Juara Kategori (Pop Rock)-Anugerah Juara Lagu 2004

Juara Keseluruhan (Lagu:Relaku Pujuk)- Anugerah Juara Lagu 2004

Artis Duo/Kumpulan Popular-Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004

Album Pop Rock Terbaik-AIM 2005

Album Terbaik-AIM 2005

Kumpulan Paling Popular-APM 2005

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

Album Langsung[sunting | sunting sumber]

Album Kompilasi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
1999 "Mungkinkah Terjadi" 8 Ngam Ho
"Ngam Ho" 9 10 14
"Tak Esok Lusa"
"Crying In The Rain" (versi Bahasa Inggeris)
14 5 10
2002 "Aladin" 1 1 1 1 Aladin
"Kasih Latifah" 1 1 7 1
"Laukku Cukup Masin" 1 1 2
"Kau Saja" 2 3
2003 "Kekal" 7 4
"Mentera Semerah Padi"
duet bersama M. Nasir
4 2 Sifu
2004 "Kacap Terlabik" Nazraku
"Relaku Pujuk" 1 1 1 1
"Nazraku" 3 1
"Cinta Dewa Dewi" 1 3 14 1
"Buat Sang Puteri" 12
2005 "Jangan Kau Berputus Asa" 2 5
"Suluhkan Sinar"
nyanyian bersama Anita Sarawak, Ning Baizura, Dayang Nurfaizah, Ezlynn, Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor,
Siti Sarah, Vince Chong, Zahid Baharuddin, Hazami, Fazley Yaacob,
kumpulan Rabbani,Alleycats, Ruffedge, KRU dan Raihan
dengan sokongan Waheeda, DJ Dave, Yana Samsuddin, AC Mizal, Azharina Azhar, Malissa
Januddin, Ifa Raziah, Juliza Adzlizan, Salimah Mahmood,Sasi The Don, kumpulan Nitrus, Sofaz,
Def Gab C, Phynne Ballerz,Pretty Ugly, Slam, Newboyz, By'U, D;Va,
dan pelajar Akademi Fantasia
CD Amal Tsunami
"Dunia Batinku"
duet bersama Ella
5 4 1 Best of Ella
2006 "Sesat Dalam Gelita" 1 1 3 Sarang Hits
"Telinga Ke Tulang" 1 1 3 OST Cicakman
2007 "Mabuk" 7 2 2 Bintang 12
"Salut" 8
"Bila Nak Saksi" 2 4 1
2008 "Anti Graviti"
2010 "Kita Satu" 8 4 Kitasatu
2011 "Bukan Salah Aku" 20
"Tapi Bagaimana" 1 1 1

Ahli-ahli Kumpulan[sunting | sunting sumber]

Pada awal penubuhannya, Spider terdiri daripada 4 orang anggota asal iaitu :

  1. Tam - vokal & gitar
  2. Hanafi (Nafie) - gitar
  3. Aie - dram
  4. Tony - bass

Akan tetapi, Spider mengalami perubahan anggota apabila pemain bass asalnya iaitu Tony mengambil keputusan untuk berundur dari kumpulan ini. Tempat Tony telah digantikan oleh Is yang sudah lama mengenali anggota-anggota asal Spider. Berikut merupakan senarai anggota Spider yang terkini :

  1. Tam - penyanyi & gitar
  2. Hanafi (Nafie) - gitar
  3. Aie - dram
  4. Is - bass (ahli baru menggantikan Tony)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]