Ellie Suriati
Ellie Suriati | |
---|---|
Kelahiran | Ellie Suriaty binti Omar 20 Februari 1970 Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah |
Tahun aktif | 1998–kini |
Pasangan | Azri Iskandar (k. 2003) |
Ellie Suriaty Omar (Jawi: ايللي سورياتي; lahir 20 Februari 1970) ialah ialah seorang pelakon dan pengarah wanita Malaysia. Beliau pernah memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-16 melalui filem Soalnya Siapa?. Pada tahun 2016, Ellie telah dilantik sebagai tenaga pengajar Akademi Fantasia 2016 (AF2016) dan memikul tanggungjawab selaku Guru Seni Persembahan.
Suaminya Azri Iskandar, juga seorang pelakon. Beliau diberi amaran polis kerana mengganggu sidang media Peguam Negara.[1]
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Namanya 'panas' selepas menjadi pengarah teater 'Antara' bersama Erma Fatima, tetapi kemudian menarik diri beberapa hari sebelum pementasannya.[2], [3] Teater itu dipentaskan pada 26-28 Februari 2010 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Ellie mengubah suai naskah Antara kerana 'terpesong' daripada akidah Islam. Tetapi Erma Fatima menyatakan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memeriksa skrip itu.[4], [5]
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Filem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1999 | Anna and the King | Wanita Mahkamah No.2 | Filem pertama |
2000 | Syukur 21 | ||
2001 | Spinning Gasing | Yati | |
2002 | Embun | Melati | |
Soalnya Siapa? | Sofia | ||
2003 | Paloh | ||
2007 | Syaitan | Fatimah | |
2009 | Jangan Tegur | Mak Su | |
2013 | Penanggal | — | Pengarah dan penulis |
2014 | Pengantin Malam | Dr. Riana | |
Kelibat | Kalin | ||
2016 | Bo-Peng | Penampilan khas
(Sendu) | |
2019 | Kron | Bonda Iring | |
2021 | Mat Kilau | Pos-produksi |
Drama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1998 | Mastura | Mastura | TV1 |
2003 | Orang Gaji 41 | Pah Bedah | TV3 |
2010 | Syurgamu Ramadhan | Datuk Paduka Halimaton | |
2011 | Laila Manja | Mastura | |
2012 | 7 Ramadan | Sufiah | |
2017 | Kerana Anisa | Leha | |
Menantu Bilal | Mak Esah | ||
2017–2018 | My Coffee Prince | Puan Sri Kalsom | Astro Ria |
2020 | Kampong Pisang Bersiri-siri | Kak Som | Astro GO, Astro Citra |
Telefilem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2004 | Seriau | VCD | Pengarah | |
2006 | Cantiknya Buruk | Astro Ria | Sendu | |
2011 | Biarkan Aku Menangis | Mak Cik Milah | TV3 | Sendu |
2017 | Ramadan Terindah Nurani | — | Pengarah | |
2018 | Tulus Cinta | — | Pengarah |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ 793 Kecoh di mahkamah... Ellie Suriaty hargai jasa Najib, terpulanglah apa orang nak kata mStar Online (4 Julai 2018). Dicapai pada 5 Julai 2018.
- ^ Ellie Tarik Diri, Erma Enggan Buka Aib
- ^ Ellie Suriati: "I Am Through With Erma" malaysiandigest.com
- ^ Kesilapan Besar Saya Sebab Pilih Ellie - Erma mStar Online
- ^ Erma: Ellie Biadap, Perlu Kawal Emosi!