Sekatan jalan raya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Sebuah sekatan jalan raya di Tebing Barat, Palestin.

Sekatan jalan raya (SJR) ialah operasi bagi menyekat jalan raya secara sementara bagi mengawal lalu lintas di jalan raya. Sekatan jalan raya boleh jadi disebabkan oleh:-

  • Pembinaan jalan
  • Penutupan jalan tertentu
  • Lencongan
  • Memburu penjenayah
  • Mengesan rompakan

Dalam keadaan aman, sekatan jalan raya biasanya dilakukan oleh pihak polis ataupun pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan untuk tujuan pemeriksaan keselamatan. Sekatan jalan raya juga diadakan semasa dalam peperangan dan biasanya dikawal oleh tentera. Kadang-kadang, sekatan jalan raya juga turut diadakan oleh pihak polis bagi mengawal rusuhan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]