Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang
Lokasi
Batu 9 1/2, Jalan Bernam,,
Kuala Selangor
,
 Selangor


 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah kerajaan
Motoالعلم النور Ilmu itu cahaya
Nombor sekolah332698711
Kod sekolahBFT3002[1]
PengetuaTUAN HAJI MUSTAFA KAMAL BIN JAMALUDDIN
GPK Pentadbiran dan AkademikPUAN AZLINA BINTI SALEH
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPUAN MAA'WIYAH BINTI SALIMON
Penolong Kanan KokurikulumENCIK IROHMAN BIN AMRAN
Faks332690053

Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang (diringkaskan sebagai SAM Tanjong Karang) merupakan sebuah Sekolah Agama Menengah yang terletak di Batu 9 1/2, Jalan Bernam.

Pada 2009, Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang memiliki 391 pelajar lelaki dan 516 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 907 orang. Ia mempunyai seramai 57 orang guru dari KPM dan JAIS.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ini berasal dengan nama Sekolah Menengah Ugama,Pekan Tanjung Karang.Lanjutan pertukaran kurikulum daripada Darjah Khas (Bahasa Malaysia) kepada Sekolah Agama Menengah Rendah (SAMR) Bahasa Arab,bermula pada tahun 1975 yang mana guru besarnya pada ketika itu ialah ustaz Amir bin Ahmad Sujau yang kini telah bersara.

Pada tahun 1977, sekolah ini telah menghadapi kekurangan murid, yang mana muridnya lebih kurang 40 orang. Dengan daya usaha Yang Berhormat Dato’ Hj Kamaruzaman bin Hj Ahmad yang ketika itu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Pengurus juga menjadi ADUN kawasan Tanjung Karang (telah meninggal dunia Julai 1996). Untuk mengatasinya, kerana inilah satu-satunya sekolah yang berada di kawasan Tanjung Karang, beliau mengumpulkan guru besar dan jawatankuasa sekolah-sekolah Agama Menengah Rendah yang ada di Tanjung Karang iaitu SAMR Sungai Tengi Kanan, Batu 11, Block “S” Sungai Burung, Sungai Sireh dan pekan Tanjung Karang bagi membincangkan bagaimana cara menghidupkan sekolah ini. Turut sama hadir di majlis perjumpaan tersebut Tuan Nazir Shamsuddin bin Husin (sudah meninggal).

Hasil perbincangan tersebut, mereka telah mengambil keputusan supaya dua buah sekolah sahaja yang dibuka iaitu Batu 11, Tanjung Karang. Untuk mengelakkan daripada rasa kurang puas hati, maka kesemua SAMR dipindahkan ke SAMR Tanjung Karang bersama dengan guru-gurunya,dan pengetuanya hendaklah dari kalangan guru yang berkelulusan Al-Azhar.

Slogan[sunting | sunting sumber]

"al-ilmu nur" = Ilmu cahaya.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Ilmu cahaya, slogan sekolah kami,

SAM Tanjung Karang yang sanjungi,

menjadi gedung ilmu penyuluh diri,

demi melahir insan muttaqin


Amal soleh dan beriltizam

Menjadi amalan warga kami

Guru, pelajar nersatu hati

Melonjak kecemerlangan,


Kami berani dan berkeyakinan,

Kami bersemangat berusaha,

menuju cita-cita menabur bakti

Untuk Agama bangsa dan Negara,


Rukun islam dam iman,

Menjadi asas ketenangan

Dalam kehidupan,

Nilai murni diterapkan


Al-quran dan sunnah menjadi pegangan

Seiring dengan falsafah pendidikan kebangsaan

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • 1995, keputusan PMR mencapai kelulusan 100 peratus.
  • 2014, sekolah ini berjaya meraih seramai 30 orang yang mendapat pangkat mumtaz dalam Sijil Menengah Agama (SMA). Oleh yang demikian, sekolah telah mendapat pengiktirafan Anugerah Sekolah Harapan Peringkat Negeri Selangor dalam SMA bawah JAIS.
  • 2015, mendapat anugerah "Sekolah Pra-Cemerlang" peringkat kebangsaan Dianugerahkan oleh Pengarah KPM dan Menteri Pendidikan.
  • 2015, Anugerah "The Champion" bagi murid-murid harapan yang juga di iktiraf oleh Menteri Besar Selangor sebagai batu loncatan untuk murid-murid serta sebagai penanda aras sekolah agama luar bandar.
  • 2017, sekolah telah mendapat seramai 10 orang yang mendapat mumtaz dalam SMA dan sekali lagi dianugerahkan Anugerah Sekolah Harapan Peringkat Negeri Selangor dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.80.
  • Dari sudut kokurikulum pula, sekolah telah menghantar pasukan nasyid An-Naufal ke pertandingan Majlis Tilawah Al quran (MTQ) dan telah meraih johan dalam pertandingan nasyid dalam peringkat daerah pada tahun 2017.
  • Mendapat naib johan dalam MTQ peringkat negeri mewakili daerah Kuala Selangor pada tahun 2017.
  • Sekali lagi, sekolah telah menghantar An-Naufal ke MTQ peringkat daerah dan sekali lagi merangkul johan pada tahun 2018. Pada peringkat negeri, sekolah mendapat tempat naib johan dalam acara tersebut.
  • 2017, sekolah menghantar 4 orang pelajar ke Kem Pengiktirafan Pengangkap Di Raja Peringakat Antarabangsa bertempat di Kedah.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

3 buah blok sekolah

-Dinamakan sempena nama tokoh-tokoh islam terkenal.Blok ini menempatkan 25 buah kelas ,makmal sains, bengkel kemahiran hidup, koperasi sekolah, bilik peperiksaan, bilik guru perempuan, bilik guru lelaki, tandas, bilik mesyuarat, bilik Pendidikan Abad Ke-21,bilik memasak, bilik pengajian islam dan sebagainya.

Musolla Luqmanul Hakimd

Tempat beribdat bagi para pelajar menunaikan solat 5 waktu secara berjemaah bagi pelajar asrama dan harian. Selain itu, musolla ini menjadi tempat berkumpul pelajar-pelajar apabila dewan tidak dapat digunakan ketika perhimpunan. Pelajar-pelajar akan dikumpul untuk sesi usrah pada setiap Jumaat.

Dewan Ibnu Rusyd

Dewan yang menempatkan para pelajar dan guru untuk perhimpunan mingguan pada hari Isnin. Ia menjadi tempat Halaqahtul Quran pada hari Selasa hingga Khamis setiap minggu. Pelbagai program dijalankan di dewan ini dan mempunyai kemudahan lain seperti penghawa dingin.

2 buah blok asrama putera

Tempat bagi pelajar lelaki yang menetap di asrama. Terdapat kemudahan tertentu seperti dataran, gelanggang badminton, ampaian, dobi, pejabat asrama, bilik prep, bilik exco, bilik tayang dan sebagainya. Setiap blok mempunyai 3 tingkat dan setiap dinamakan mengikut sifat mahmudah seperti jujur, ikhlas dan yakin.

2 buah blok asrama puteri

Begitu juga, dengan aspuri yang mempunyai kemudahan kecuali pejabat asrama dan mempunyai surau mini. Setiap blok dinamakan mengikut sifat mahmudah seperti sabar, tabah dan cekal.

Kantin

Dewan makan aspura (pelajar lekaki)

Dewan makan aspuri (pelajar perempuan)

Padang sekolah

Gelanggang serbaguna disiap bina pada 2018, dengan kerjasama pihak PIBG sekolah. Gelanggang ini berfungsi untuk aktiviti sukan murid seperti bola keranjang, futsal, bola Baling dan sebagainya.

D'Rimba Camp (tempat perkhemahan) disiap bina pada 2018, dengan kerjasama guru-guru dan pihak PIBG sekolah. Berfungsi bagi para pelajar untuk berkhemah anjuran sekolah bagi unit kokurikulum.

Wakaf

Peperiksaan Awam[sunting | sunting sumber]

Pentaksiran Tingkatan 3 Ad-Dini (PT3 Ad-Dini) - Tingkatan 3

Sijil Menengah Agama Dini (SMA Dini) - Tingkatan 4

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) - Tingkatan 5

Kelas[sunting | sunting sumber]

Tingkatan 1-3

  • Amanah (alif)
  • Barakah (ba
  • Jamaah (Jim)
  • Dakwah (dal)
  • Hidayah (ha)

Setiap kelas mengambil aliran agama KPM Kurikulum Ad-Dini:

Usuluddin (U)

Syariah (S)

Lughoh Al-Muasirah (LAM)

Tingkatan 4

2018 merupakan batch pertama mengambil KPM Kurikulum Dini dalam SMA Dini dan terdapat tiga aliran sahaja iaitu aliran sastera dini, aliran dini tulen dan aliran perakaunan dini.

Kelas Aliran
Amanah Perakaunan dini
Barakah Dini tulen
Jamaah Sastera dini
Dakwah Sastera dini
Hidayah Sastera dini

Tingkatan 5

Tingakatan 5 2018 merupakan batch terakhir yang mengambil KPM Kurikulum Kelas Aliran Agama (KAA) dan hanya mempunyai 2 aliran sahaja iaitu aliran perakaunan dan aliran sastera ikhtisas.

Kelas Aliran
Amanah Perakaunan (matematik tambahan dan perakaunan)
Barakah Sastera ikhtisas (pern & geo)
Jamaah Sastera ikhtisas (pern & geo)
Dakwah Sastera ikhtisas (geografi)
Hidayah Sastera ikhtisas (perniagaan)

Senarai Pengetua / Yang dipertua Guru Besar[sunting | sunting sumber]

1) Hj Mokhtar bin Ibak (sudah meninggal)

2) Hj Mahali bin Hj Abd Fattah

3) Hjh Fauziah binti Mohd Saleh

4) Hj Bahari bin Bustamam

5) Ustaz Sakip bin Mansor

6) Tuan Haji Nahrowi bin Haji Taib

7) Tuan Haji Abdullah Salleh bin Sulaiman

8) Ustaz Bahari Bin Bustamam

9) Puan Rosnah Binti Shamsudin

10) Tn. Haji Mustafa Kamal bin Jamaluddin

Alamat Surat-menyurat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang
Batu 9 1/2, Jalan Bernam
Selangor, Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]