Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) merupakan salah satu cabang daripada cabang-cabang Institusi Pendidikan Agama (IPA) selain daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Berasrama Penuh Agama dan Kelas Aliran Agama, Sekolah Menengah Kebangsaan.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Program Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) adalan satu usaha murni kerajaan untuk membantu dan memperkasakan sekolah - sekolah agama di Malaysia. Program ini pernah dicadangkan pada tahun 2002 oleh Menteri Pelajaran dan dicadangkan semula oleh Jawatankuasa Khas Tan Sri Murad pada Ogos 2004.

Konsep[sunting | sunting sumber]

  1. Berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
  2. Ditadbir oleh KPM
  3. Pemilikan tanah dan bangunan dikekalkan
  4. Kurikulum agama negeri dikekalkan
  5. Menerima pelbagai kemudahan

Tujuan[sunting | sunting sumber]

  1. Mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran
  2. Mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajarn
  3. Mempertingkatkan kualiti pengurusan sumber manusia
  4. Mempertingkatkan kualiti prasarana dan kemudahan

Kelebihan[sunting | sunting sumber]

Kelebihan kepada sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Menerima bantuan sumbangan bagi urusan pentadbiran sekolah.
  • Menerima bantuan modal bagi menampung keperluan pembangunan fizikal sekolah.
  • Menerima bantuan insentif (SAR sahaja) setelah Memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani.
  • Jawatan Hakiki diwujudkan.
  • Menerima guru terlatih sekiranya guru sedia ada tidak mencukupi.
  • Kurikulum agama dan pelaksanaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dikekalkan.

Kelebihan kepada guru dan kakitangan[sunting | sunting sumber]

  • Berpeluang diserap ke dalam perkhidmatan kerajaan.
  • Berpeluang menikmati gaji dan elaun yang setaraf dengan kelayakan.
  • Berpeluang mendapat kenaikan pangkat.
  • Berpeluang mendapat kemudahan kerajaan.
  • Berpeluang mengikuti kursus ikhtisas.
  • Berpeluang melanjutkan pelajaran.
  • Berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti KPM.

Kelebihan kepada pelajar[sunting | sunting sumber]

  • Berpeluang mendapat bantuan
  • Berpeluang bersaing dengan pelajar-pelajar di sekolah aliran perdana.
  • Berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti anjuran KPM
  • Berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah KPM yang terbaik
  • Berpeluang mendapatkan pendidikan yang lebih berkualiti.

Syarat permohonan[sunting | sunting sumber]

  1. Sudah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).
  2. Melaksanakan sesi persekolahan sepenuh masa.
  3. Menggunapakai dwi-kurikulum (Kurikulum agama dan kurikulum kebangsaan)
  4. Mempunyai murid sendiri yang mengambil peperiksaan awam KPM.
  5. Mendapat persetujuan semua pihak yang berkepentingan terhadap sekolah.
  6. Mempunyai bangunan sendiri.
  7. Bangunannya dibina di atas tapak tanah yang berstatus wakaf.
  8. Memenuhi syarat keselamatan, kesihatan dan perancangan Pihak Berkuasa Tempatan.
  9. Bilangan muridnya melebihi 150 orang .
  10. Tidak menanggung hutang.

Prosedur permohonan[sunting | sunting sumber]

  1. Menghantar surat permohonan dan salinan keputusan mesyuarat Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) atau pihak berkuasa agama negeri kepada Bahagian Pendidikan Islam, KPM.
  2. Menghantar profil sekolah, senarai nama Ahli Lembaga Pengelola Sekolah, guru, kakitangan dan murid beserta salinan dokumen geran tanah, pelan sekolah dan sijil pendaftaran sekolah yang disahkan.
  3. Menyemak dan mempersetujui draf MOU yang dikemukakan oleh KPM.
  4. Menghantar surat persetujuan terhadap draf MOU kepada KPM.
  5. Menandatangani dokumen MOU.
  6. Mengisi borang pendaftaran sekolah.

Senarai SABK di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Perlis[sunting | sunting sumber]

(Tiada Maklumat)

Kedah[sunting | sunting sumber]

  1. Sekolah Menengah Agama Fauzi
  2. Sekolah Menengah Agama Saadah Al Diniah Al Islamiah
  3. Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak
  4. Sekolah Menengah Agama An Najah
  5. Sekolah Menengah Agama Nahdzah
  6. Sekolah Menengah Agama Pekan Gurun
  7. Sekolah Menengah Agama Irsyadiah
  8. Sekolah Menengah Agama Sungai Petani
  9. Sekolah Menengah Agama Nurul Islam
  10. Sekolah Menengah Agama Darussaadah
  11. Sekolah Menengah Agama Hidayah Al Islamiah
  12. Sekolah Menengah Agama Islahiah
  13. Maahad Tahfiz Al Quran Al Abidin
  14. Madrasah Darul Iktisam

Pulau Pinang[sunting | sunting sumber]

  1. Sekolah Menengah Agama Daerah Ma'arifil Wataniah
  2. Sekolah Menengah Agama Daerah Ma'arifil Wataniah 2
  3. Sekolah Menengah Islam Al Masriyah
  4. Sekolah Menengah Agama Al Ahmadiah Al Ijtmaiah
  5. Sekolah Al Mashoor Al Islami
  6. Sekolah Menengah Agama Tarbiah Islamiah
  7. Maahad Al Imam Al Nawawi
  8. Sekolah Menengah Agama Faqiah Dimiah
  9. Maktab Wan Jah
  10. Al Madrasah Al Khairiah Al Islamiah

Perak[sunting | sunting sumber]

  1. Sekolah Menengah Agama Daerah Batang Padang, Bidor
  2. Maahad Islahiah Diniah, Batu 10 Lekir
  3. Maahad Al Imam Asy Syafie, Jelapang
  4. Maahad Al Ummah, Chemor
  5. Sekolah Menengah Agama Al Hidayah, Parit Abas
  6. Sekolah Menengah Agama At Tahzib, Titi Serong
  7. Sekolah Menengah Agama Shmsul Maarif Wataniah, Tanjung Piandang
  8. Sekolah Menengah Agama Al Falah, Parit Tok Ngah
  9. Sekolah Menengah Agama Tan Sri Ghazali Jawi, Gerik
  10. Maahad Ehya As Syarif, Gunung Semanggol
  11. Maahad Ar Ridhwan Teluk Medan
  12. Sekolah Menengah Agama Ad diniah Al Islamiah, Padang Rengas
  13. Sekolah Menengah Agama Maahad Mizan, Manong
  14. Maahad Nurul Fadzliah, Sungai Siput
  15. Maahad Al Yahyawiyah, Padang Rengas
  16. Sekolah Menengah Agama Ulum Syariyyah, Bagan Datoh
  17. Sekolah Menengah Ad Diniah, Jelutong
  18. Maahad Al Maarif Al Islamiah, Changkat Jering
  19. Maahad Al Khair Lil Banat, Kemunting
  20. Maahad Tarbiah Al Islamiah, Changkat Jering
  21. Sekolah Menengah Agama Asy Syubbaniah, Batu Kurau
  22. Sekolah Menengah Agama Al Aziz, Parit
  23. Maahad Ehyak Diniah Al Islamiyah, Kampung Gajah

Selangor[sunting | sunting sumber]

  1. Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, Batu 10, Cheras (SAMTEN) (sekolah kluster kecemerlangan)
  2. Sekolah Agama Menengah Rawang, Gombak (SAMER)
  3. Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek, Kuala Kubu Bharu (SAMSS) 
  4. Sekolah Agama Menengah Muhammadiah, Pekan Sabak (SAMM)
  5. Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Batu 38, Sabak Bernam (SAMTSSAAS)
  6. Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang, Sekinchan (SAMPP)
  7. Sekolah Agama Menengah Sungai Haji Dorani, Sg Besar (SAMSHD) 
  8. Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah, Sg Besar (SAMTAJ)
  9. Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Seksyen 11, Shah Alam (SAMTTAJ)
  10. Sekolah Agama Menengah Paya Jaras, Sungai Buloh (SAMPJ)
  11. Sekolah Agama Menengah Nurul Iman, Kampung Bukit Cherakah (SAMNI)
  12. Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang (SAMBBST)
  13. Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Kampung Jawa (SAMTSH) (sekolah kluster kecemerlangan)
  14. Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin, Sungai Bertih (SAMSHSB)
  15. Sekolah Agama Menengah Bestari, Subang Jaya (SAMBEST) (sekolah kluster kecemerlangan)
  16. Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah, Sungai Manggis (SAMTTAR)
  17. Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu (SAMTKKB) 
  18. Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang, Kuala Selangor (SAMTK)
  19. Sekolah Agama Menengah Jeram, Kuala Selangor (SAMJ)
  20. Sekolah Agama Menengah Bagan Terap, Sg Besar (SAMBT)
  21. Sekolah Agama Menengah Sungai Merab, Kajang (SAMSMEL)
  22. Sekolah Agama Menengah Parit Baru, Sungai Air Tawar (SAMPB)
  23. Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah, Kanchong Darat (SAMUSKD)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur[sunting | sunting sumber]

  1. Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA-MAIWP)
  2. Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP (SMISTA-MAIWP)

Wilayah Persekutuan Putrajaya[sunting | sunting sumber]

(Tiada Maklumat)

Negeri Sembilan[sunting | sunting sumber]

  1. Sekolah Menengah Agama Dato, Klana Petra Maamor, Seremban
  2. Sekolah Menengah Agama Dato' Haji Mustafa, Batu Kikir
  3. Sekolah Menengah Agama Nilai
  4. Sekolah Menengah Rendah Agama Johol
  5. Sekolah Menengah Rendah Agama Kuala Klawang, Jelebu
  6. Sekolah Menengah Rendah Agama Ulu Jempol, Batu Kikir
  7. Sekolah Menengah Rendah Agama Gemas
  8. Sekolah Menengah Rendah Agama Cuah, Seremban
  9. Sekolah Menengah Agama Teluk Kemang, Port Dickson
  10. Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, Ulu Gadong
  11. Sekolah Menengah Agama Repah, Tampin
  12. Sekolah Menengah Agama Rembau
  13. Sekolah Menengah Agama Dato' Haji Tan Ahmad, Simpang Durian
  14. Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad, Bahau
  15. Sekolah Menengah Rendah Agama Rantau

Melaka[sunting | sunting sumber]

  1. Sekolah Menengah Agama Al-Ehya Al-Karim
  2. Sekolah Menengah Agama Al-Ahmadi
  3. Sekolah Menengah Arab As-Syakirin
  4. Sekolah Menengah Arab Darul Falah
  5. Sekolah Menengah Arab Al-Asyraf
  6. Sekolah Menengah Arab Assaiyidah Khadijah

Johor[sunting | sunting sumber]

  1. Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat
  2. Sekolah Menengah Agama Jawahir Al Ulum, Batu Pahat
  3. Sekolah Menengah Agama Parit Sulong, Batu Pahat
  4. Sekolah Menengah Agama Attarbiah Al Islamiah, Batu Pahat
  5. Madrasah Alattas Al Arabiah, Pasir Gudang
  6. Sekolah Menengah Agama Al Quran Waddin, Johor Bahru
  7. Sekolah Menengah Agama Arabiah Kluang
  8. Sekolah Menengah Agama Kota Tinggi
  9. Sekolah Menengah Agama Al Khairiah Al Islamiah, Mersing
  10. Sekolah Menengah Agama Ad Diniah, Muar
  11. Sekolah Menengah Agama Lughatil Arabiah, Muar
  12. Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran, Muar
  13. Sekolah Menengah Agama Shamsuddiniah, Muar
  14. Sekolah Menengah Agama At Tanwiriah, Muar
  15. Sekolah Menengah Agama Darul Ulum, Muar
  16. Sekolah Menengah Agama (Arab) An Nur, Pontian
  17. Sekolah Maahad Pontian
  18. Sekolah Menengah Agama Bugisiah, Pontian
  19. Sekolah Menengah Agama Al Khairiah, Segamat
  20. Sekolah Menengah Agama Bandar Tenggara, Kulai

Kelantan[sunting | sunting sumber]

  1. Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al Muhammadiah, Kota Bharu
  2. Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darul Iman, Jelawat
  3. Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A'ishah Putri, Panji
  4. Sekolah Menengah Ugama (Arab ) Al Yunusiah, Banggu
  5. Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al Kauthar, Banggu
  6. Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darus Salam, Kuala Krai
  7. Sekolah Menengah Ugama (Arab) Saadatul Qura, Kuala Krai
  8. Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al Falah Siram, Alor Pasir
  9. Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al Ulum, Tendong
  10. Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al Balaghul Mubin, Chetok
  11. Sekolah Menengah Ugama (Arab) Diniah, Pasir Mas
  12. Sekolah Menengah Ugama (Arab) Mardziah Jabo, Pasir Mas
  13. Sekolah Menengah Ugama (Arab) Nurul Ittifak, Pasir Puteh
  14. Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Islamiah, Selising
  15. Sekolah Menengah Ugama (Arab) Ittifakiah, Pasir Puteh
  16. Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Islamiah, Lalang Pepuyu
  17. Sekolah Menengah Ugama (Arab) Arabiah, Gual Ipoh
  18. Sekolah Menengah Ugama (Arab) Mardziah, Wakaf Bharu
  19. Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darul Ulum, Tanah Merah
  20. Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al Fitrah, Tanah Merah
  21. Sekolah Menengah Ugama (Arab) Nurul Huda Kajang Sebidang, Tumpat

Terengganu[sunting | sunting sumber]

  1. Sekolah Menengah Agama Kampung Laut
  2. Maahad Muhammadi Pasir Pekan
  3. Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu
  4. Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Hulu Terengganu
  5. Sekolah Menengah Agama Marang,
  6. Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, Dungun
  7. Sekolah Menengah Agama Khairiah, Kuala Terengganu
  8. Sekolah Menengah Agama Al Falah, Kemaman
  9. Sekolah Menengah Agama (Arab) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk
  10. Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Jertih
  11. Sekolah Menengah Agama Setiu