Sekolah Kebangsaan Ngee Heng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Ngee Heng
Lokasi
 Malaysia JKR 4874, Jalan Abd. Rahman Andak, 80100, Johor Bahru, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6072243151
Kod sekolahJBB1006
Guru besarEn. Rasman bin Abdul Karim[1]
Faks6072243151


Sekolah Kebangsaan Ngee Heng atau nama ringkasnya SK Ngee Heng, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di JKR 4874, Jalan Abd. Rahman Andak.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Ngee Heng memiliki 47 orang pelajar lelaki, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 47 orang. Ia mempunyai seramai 13 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Ngee Heng Johor Bahru telah dibuka pada tahun 1920. Bahasa pengantarnya ketika itu adalah dalam Bahasa Inggeris dan dinamakan Ngee Heng English School. Selepas tahun 1946, sekolah ini telah dinamakan Ngee Heng Primary School(2). Pentadbirannya dibahagikan kepada dua orang Guru Besar. Pada tahun 1973 apabila Dasar Pelajaran Kebangsaan dilaksanakan, sekolah ini dinamakan Sekolah Rendah Kebangsaan Ngee Heng. Sekolah ini ditadbir oleh seorang Guru Besar sahaja.

Tapak asal bangunan sekolah ini terletak di persimpangan Jalan Abdul Rahman Andak dengan Jalan Draper. Dalam tahun 30-an, sekolah ini dipindahkan ke Jalan Glendening. Pada tahun 1982, sekali lagi sekolah ini dipindahkan ke bangunan yang digunakan sekarang. Bangunan ini terletak di Jalan Abdul Rahman Andak. Sekolah ini terdiri daripada sebuah bangunan batu dan sebuah bangunan papan. Bangunan lama telah dijadikan Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru.

Sejak kewujudan sekolah ini, sehingga sebelum Tanah Melayu diperintah oleh Jepun, guru-guru besarnya terdiri daripada orang-orang Inggeris. Orang Melayu yang pertama memegang jawatan Guru Besar di sekolah ini ialah En. Samsuddin b. Abbas pada tahun 1984.

Antara bekas murid sekolah ini yang terkenal ialah:

  1. DYMM Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail (Sultan Negeri Johor Darul Ta’zim)
  2. Tan Sri Musa bin Hitam (Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia)
  3. Tan Sri Mohamed bin Rahmat (Bekas Menteri Penerangan Malaysia)
  4. Allahyarham Dato’ Haji Yunus bin Sulaiman (Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor)
  5. YM Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid (Bekas Naib Canselor Universiti Malaya).

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Ngee Heng
JKR 4874, Jalan Abd. Rahman Andak
80100, Johor Bahru
Johor, Malaysia
Telefon = 6072243151
Faks = 6072243151

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]