Mohamed Rahmat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mohamed Rahmat

PSM; SPMJ (Johor); SIMP (Pahang); SPDK (Sabah); SSSA (Selangor); SPMT (Terengganu); SSIJ, DPMJ (Johor); DPMS (Selangor); DGSM (Melaka); PNBS (Sarawak); KMN; PIS, BSI (Johor)
Menteri Penerangan ke-10
Dalam jawatan
1988–1999
Perdana MenteriMahathir Mohamad
Didahului olehDato' Rais Yatim (1984-1986)
Digantikan olehTan Sri Mohd Khalil Yaakub (1999-2004)
Menteri Penerangan Malaysia ke-7
Dalam jawatan
1978–1982
Didahului olehDatuk Amar Taib Haji Mahmud (1975-1977)
Digantikan olehDato' Seri Mohd Adib Mohamad Adam (1982-1984)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Pulai, Johor
Dalam jawatan
1974–1999
Digantikan olehDato' Abdul Kadir Annuar
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Johor Bahru Barat
Dalam jawatan
1969–1974
Didahului olehRahmat Daud
Butiran peribadi
Lahir(1938-01-04)4 Januari 1938
Pulai, Johor, British Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia1 Januari 2010(2010-01-01) (umur 71)
Bukit Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur
PasanganPuan Sri Salbiah A. Hamid
Anak-anakNur Jazlan Mohamed
HubunganTan Sri Jaffar Hussein (besan)
Alma materUniversitas Indonesia
PekerjaanAhli politik

Tan Sri Mohamed bin Rahmat (4 Januari 1938 – 1 Januari 2010)[1] merupakan ahli politik UMNO/ Barisan Nasional yang terkenal di Malaysia. Beliau berketurunan Jawa, dilahirkan di Pulai,Johor, selatan Malaysia. 'Tok Mat' adalah gelaran singkat bagi beliau. Beliau turut digelar 'Tok Mat', 'Mat Setia', 'Mat Umno' ,'Mat Bulat' dan 'Mr Propaganda'. Ucapan beliau sebelum dan semasa Perhimpunan Agung UMNO sentiasa dinantikan sama seperti pengulungan Presiden UMNO.

Beliau merupakan pemimpin veteran UMNO Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan (1973) dan Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri (1974). Kemudian menjadi Menteri Penerangan sebanyak dua kali, iaitu dari 1978 hingga 1982 dan dari 1987 hingga 1999. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia bertaraf Menteri dari 1982 hingga 1984.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Mohamed Rahmat keturunan Jawa. Anaknya Datuk Nur Jazlan Mohamed mewarisi politik UMNO Pulai . Nur Jazlan menjadi ahli parlimen Pulai dan Ketua UMNO Bahagian Pulai. Pulai dan Gunung Pulai berhampiran dengan Pekan Nanas dan Skudai, selatan Johor, berhampiran dengan pulau Singapura.

Bapanya seorang Jawa sementara ibunya seorang Cina. Isteri Mohamed Rahmat , Puan Sri Salbiah A. Hamid juga seorang keturunan Cina. [2]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Mohamed mendapat pendidikan menengah di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Baharu pada 1956 sebelum melanjutkan pengajiannya dalam bidang Bachelor of Letters di Universiti Indonesia, Jakarta pada 1961. Beliau bagaimanapun tidak sempat menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana ekoran konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi guru di Sekolah King Edward VII, Taiping, Perak pada 1963. Kemudiannya beralih kepada bidang penulisan skrip di Filem Negara Malaysia (Finas) selama setahun bermula 1964.[3]

Politik[sunting | sunting sumber]

Mohamad Rahmat menjadi ahli UMNO (Baru) dengan no 00000003. Beliau menyertai UMNO sejak 1963 dan terpilih menjadi ahli parlimen Johor Baru Barat dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1969. Kawasan ini diberi nama baru 'Pulai' pada 1974.

Mohamad Rahmat bertanding di parlimen Pulai atas tiket Barisan Nasional pada tahun 1978. Di atas kejayaan besar UMNO Johor meraih undi , maka Mohamed Rahmat telah dilantik sebagai Menteri Penerangan Malaysia (1978-1982). Ketika ini Kelantan yang diperintah oleh PAS berjaya dirampas oleh UMNO melalui Mageran Kelantan 1978. Difahamkan Mohamad Rahmat telah menghanrar 200 petugas ke Kelantan bagi menerangkan kebaikan dan kelebihan Kelantan jika menyertai Barisan Nasional.

Beliau pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Atas kapasiti sebagai Menteri Penerangan, beliau juga dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO dan Setiausaha Agung Barisan Nasional.

Dalam kerajaan , beliau menjadi Menteri Penerangan Malaysia dua kali kerana mempunyai kebolehan mempengaruhi pendengar. Beliau menjadi Menteri Penerangan dari 1978-1982. Apabila Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, jawatan itu diserahkan kepada Dato' Seri Mohd Adib bin Mohamad Adam dari Melaka. Mohamed Rahmat dilantik sebagai Duta berstatus menteri ke Jakarta, Indonesia pada 1982.

Mohamad Rahmat dilantik semula sebagai Menteri Penerangan dari tahun 1987-1999 kerana kesetiaan beliau terhadap Mahathir. Pengunduran Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari Johor pada 1986, diisi oleh Mohamed Rahmat. Dengan perlantikan itu, politik Johor dan sokongan Johor kembali stabil.

Mohamed Rahmat adalah alternatif kepada pemimpin UMNO yang 'berpaling-tadah' seperti Dato' Shahrir Samad. Namun Shahrir Samad masih menang dalam Pilihan raya kecil Johor Bharu. Beberapa pemimpin Johor menyertai Team B yang memihak kepada Tengku Razaleigh Hamzah. Tetapi Mohamad Rahmat terus setia kepada dalam Team A . Pendaftaran UMNO dibatalkan dan menyebabkan UMNO menjadi parti haram. Dengan itu juga pengerusi Barisan Nasional terpaksa diserahkan kepada Presiden MCA iaitu Ling Liong Sik. Apabila UMNO Baru berjaya didaftarkan semula, Mohamad Rahmat menjadi Setiausaha Agung Sementara pada 16 Februari 1988. [4] UMNO berjaya dipulihkan dan diyakini rakyat. Perkataan 'Baru' pada UMNO berjaya dibuang . Kelab UMNO luar negara telah ditubuhkan bagi menarik sokongan pelajar luar negara. Pada 19 Januari 1994, Kelab UMNO Surabaya, Indonesia dirasmikan oleh Dato' Mohamad Rahmat.

Program Semarak[sunting | sunting sumber]

Program Semarak telah dilancarkan pada era Perdana Menteri Malaysia , Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1987.[5] Semarak bermaksud 'Setia Bersama Rakyat'. Semarak digerakkan oleh Dato' Mohamed Rahmat selaku Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung UMNO. Tun Dr Mahathir Mohamad pusing keliling Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi meningkatkan semangat cintakan negara. Antara lain , Dr Firdaus Abdullah dan Fuzi Hadi akan membacakan sajak-sajak tentang patriotisme dan perjuangan Dato' Maharaja Lela di Pasir Salak. Masalah politik ketika itu ialah Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 yang 'mewajibkan' Yang di-Pertuan Agong menandatangani apa-apa keputusan Dewan Rakyat. Ia ada kaitan dengan politik UMNO dan pemecatan Tun Salleh Abas.

Beliau menjadi Setiausaha Agung UMNO dari tahun 1988 hingga 1996. Dr. Mahathir Mohamad melantik beliau selepas UMNO diharamkan pada 1988. Ketika ini Dato Mohamed telah memulihkan semula nama UMNO Baru dan kepimpinan Dr Mahathir melalui program Setia. Program ini dilancarkan selepas kejayaan program Semarak yang lalu. Setiap rakyat mestilah setia kepada kerajaan dan pemerintahan negara. Secara tidak langsung setia kepada Barisan Nasional dan UMNO. Program ini telah dilancarkan di Angkasapuri,Kuala Lumpur.

Rambut penyanyi rock[sunting | sunting sumber]

Semasa menjadi Menteri Penerangan , isu disiplin penyanyi rock timbul tahun 1990. Rusuhan para peminat rock di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang yang dijayakan oleh kumpulan seperti SYJ, Lefthanded, Bloodshed, Ella and the Boys dan Rahim Maarof & Whitesteel menerusi konsert bergerak Battle of the Band anjuran Box-Office Malaysia. Berikutan itu Mohamed Rahmat mengarahkan penyanyi rock memotong rambut jika hendak keluar televisyen. Antara yang menjadi sasaran ialah kumpulan Search dan Wings. Ramli Sarip pula terpaksa mengikat rambut di belakang dan sembunyikan di kolar baju.[6]

Akhirnya Sebuah Impian[sunting | sunting sumber]

Dato Mohamed Rahmat telah menulis sebuah buku memoir selepas lama bersara dari jawatan Menteri Penerangan Malaysia dan Setiausaha Agung UMNO. Buku 'Umno: Akhir Sebuah Impian' memaparkan manipulasi politik yang dilakukan pemimpin UMNO terdahulu dalam mengekalkan kekuasaan.

Semasa menjadi pelajar di Indonesia di zaman Sukarno - beliau telah disalah anggap sebagai musuh republik itu tetapi apabila pulang ke tanah air, dituduh pula menjadi komunis.

Beliau meluat dengan sikap orang Singapura yang dianggapnya tidak sopan apabila berada di Malaysia.[perlu rujukan] Ini ada kaitan dengan nasionalis beliau dan sebagai anak jati Johor.

Mohamed cukup kagum dengan stail politik Mahathir yang kemudiannya dikritik pula habis-habisan.[perlu rujukan] Mohamed cukup terkejut dan sedih apabila digugurkan sebagai Menteri Penerangan pada 1999.[perlu rujukan] Beliau digugurkan dari menteri Kabinet Malaysia oleh Mahathir.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim telah memberi kata pengantar dalam buku ini. Mohamed berpengalaman hampir 50 tahun dalam dunia politik Malaysia. Buku ini telah dilancarkan di Hotel Equatorial, Kuala Lumpur pada 12 Julai 2009.Buku ini setebal 170 muka surat dijual RM30 senaskhah.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Di atas jasa-jasa beliau, Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat telah dibina di Pulai bagi menempatkan pejabat UMNO Bahagian Pulai.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Jun 2008, Tan Sri Mohamed Rahmat dimasukkan ke Jabatan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur kerana sakit dada. Beliau menjalani pemeriksaan 'CT Brain' bagi menentukan keadaan pendarahan di bahagian otak. [7] Mohamed menghidap penyakit buah pinggang sejak 1999 dan perlu menjalani rawatan dialisis setiap hari.

Pada 1 Januari 2010, Mohamed Rahmat meninggal dunia dalam tidur di rumahnya 42 Jalan Setiajaya, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Jam 8.00 pagi, Puan Sri Salbiah Abdul Hamid mahu mengejutnya bangun daripada tidur dan menutup mesin dialisis yang dipasang pada tubuh suaminya, mendapati suaminya tidak bergerak-gerak.

Solat jenazah diadakan di Masjid Abu Bakar , Damansara . Kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara , pada pukul 5.45 petang hari Jumaat . Turut hadir semasa pengkebumian ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi ,Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Azmi Khalid.[8]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Kehormatan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ New Straits Times Online: Tok Mat dies
  2. ^ Bekas Menteri Penerangan diserang angin ahmar
  3. ^ Tok Mat Nasionalis Yang Setia
  4. ^ "Ada hikmah di sebalik UMNO diharam - Setiausaha Agung". Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-09-14. Dicapai pada 2003-09-14.
  5. ^ Umno mesti segerakan gelombang transformasi
  6. ^ “Rock kapak suatu penghinaan,”
  7. ^ Tan Sri Mohamed Rahmat dimasukkan ke hospital
  8. ^ Jenazah Tok Mat Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara
  9. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1972" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-10-16. Dicapai pada 2020-12-25.
  10. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2000" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-04-03. Dicapai pada 2020-12-25.
  11. ^ a b c A. Hamid, Abu Bakar (2012). "Tan Sri Mohamed Rahmat". Dalam A. Hamid, Abu Bakar; Zamzam, Md. Ismail; Kamil, Kamdi (penyunting). Pengemudi Bahtera Merdeka Johor. Yayasan Warisan Johor. m/s. 447–467. ISBN 978-983-2440-46-8.
  12. ^ a b c d e "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 26 December 2020. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "IST" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza