Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sheikh Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sheikh Ahmad
JenisSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolahREA0054
Lokasi Malaysia Jalan Besar Arau 02600, Arau, Perlis Indera Kayangan, Malaysia
Telefon6049861239
Faks6049861239

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sheikh Ahmad atau nama ringkasnya SMK Dato' Sheikh Ahmad, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Besar Arau.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sheikh Ahmad memiliki 291 orang pelajar lelaki dan 458 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 749 orang. Ia mempunyai seramai 77 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad diasaskan pada 1 Januari 1964 sebagai Sekolah Menengah Aliran Kebangsaan yang pertama di Perlis. Sebelumnya, ia ditumpangkan di Sekolah Inggeris Derma, Kangar mulai Mei 1958.

Sekolah ini dirasmikan pada 12 Jun 1964 oleh Y.T.M Tengku Suleiman Ibni Almarhum Tengku Bendahara Abu Bakar sebagai Sekolah Menengah Melayu Arau. Pada 3 November 1966, sekolah ini diberi nama baharu, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad dengan menerima hanya pelajar Tingkatan 4 dan 5 sahaja, manakala Tingkatan 1, 2, dan 3 belajar di Sekolah Melayu Arau.

Mulai 1968, sekolah ini menjadi pusat aliran sains bagi pelajar Tingkatan 4 seluruh negeri Perlis yang berakhir pada 1977. Pada 1 Julai 1970, Sekolah Menengah Dato’ Sheikh Ahmad dicantumkan dengan Sekolah Melayu Arau. Pada 1972, Sekolah Menengah Dato’ Sheikh Ahmad memasuki era baru apabila Tingkatan 6 Rendah Sastera dimulakan dan setahun kemudian, Tingkatan 6 Rendah Sains.

Pada tahun 1994, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad dijadikan sebagai salah sebuah sekolah kawalan di Perlis, maka hanya pelajar-pelajar berkelayakan sahaja akan ditempatkan di sekolah ini.

Pada tahun 1997, sekolah ini dijadikan sekolah perintis Kementerian Pendidikan bagi mata pelajaran Perkomputeran peringkat STPM dan seterusnya pada tahun 1999, sekolah ini sekali lagi dipilih sebagai sekolah perintis Kementerian Pendidikan bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat peringkat SPM.

Pada 10 Oktober 2017, sekolah ini telah diiktiraf sebagai IB World School oleh International Baccalaureate organization. Sekolah ini menawarkan Middle Year Programme selama 5 tahun kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran setelah mendapat keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini merupakan antara Sekolah Kluster Kecemerlangan di Negeri Perlis.[perlu rujukan]

Pada tahun 2017 sekolah ini telah diiktiraf sebagai IB World School.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sheikh Ahmad
Jalan Besar Arau
02600, Arau
Perlis, Malaysia
Telefon = 6049861239
Faks = 6049861239

Pautan luar[sunting | sunting sumber]