Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau
Lokasi
Kampung Gulau, 08210, Sik,, Kedah Darul Aman
Malaysia, Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoUsaha Punca Kemajuan
Ditubuhkan1983
Nombor sekolah6047521637
Kod sekolahKEA8021
Faks6047522280
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau atau nama ringkasnya SMK Gulau, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kampung Gulau.

Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau terletak sekitar 30 km dari pekan Sik. Sebelum sampai ke sekolah ini pelawat akan melalui Tasik Beris, iaitu tasik buatan manusia, atau dikenali sebagai Empangan Beris.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau pada tahun 1983 telah membuka lembaran baru perkembangan pendidikan di daerah Sik, sekaligus dapat mengatasi masalah keciciran pelajar di luar bandar. Terdahulu, penduduk sekitar Gulau terpaksa menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sik yang jaraknya agak jauh iaitu sejauh 28 kilometer. Buat pertama kalinya Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau menerima kehadiran pengetua sulungnya iaitu En. Yahya Bin Sulaiman yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan mengurus sekolah baru ini.

Penubuhan sekolah ini adalah bagi memenuhi keperluan anak-anak yang tamat persekolahan peringkat rendah bagi meneruskan pelajaran mereka di peringkat menengah. Pelajar-pelajar yang memasuki alam persekolahan menengah di tingkatan satu ketika itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau terdiri daripada murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Sungai Batang, Sekolah Kebangsaan Gulau, Sekolah Kebangsaan Seri Ampang Muda dan Sekolah Kebangsaan Nami. Pada awal penubuhannya, seramai 128 orang pelajar tingkatan satu dan dua telah memulakan sesi persekolahan mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau. Tenaga pengajarnya hanya terdiri daripada tujuh orang guru, manakala staf sokongan seramai 3 orang sahaja yang dipinjamkan sementara daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Sik dan Sekolah Kebangsaan Gulau.

Dengan penubuhan prasarana yang begitu terhad ketika itu, iaitu terdiri daripada dua buah blok bangunan bilik darjah tiga tingkat, sebuah blok bengkel Kemahiran Hidup, sebuah blok kantin, sebuah blok asrama, dan sebuah blok dewan makan, Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau terus membangun dari tahun ke tahun dengan pertambahan bangunan dan jumlah pelajarnya yang semakin bertambah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

SMK Gulau telah mencapai pelbagai kejayaan yang membanggakan seluruh warga sekolah. Antaranya, sekolah ini berjaya mendapat Anugerah Pencapaian Peperiksaan PMR Terbaik tiga tahun berturut-turut (2008, 2009, 2010) Kategori Sekolah Harian Daerah Baling/Sik. Anugerah Mata Pelajaran Terbaik pula berjaya diraih oleh subjek Bahasa Inggeris dan Geografi. Manakala di peringkat SPM pula, sekolah ini mendapat Anugerah SPM Terbaik 2009 Daerah Baling/Sik. Subjek Pendidikan Syariah Islamiah dan Prinsip Akaun telah berjaya mendapat Anugerah Mata Pelajaran SPM 2009. Pada tahun 2010, sempena Hari Guru Peringkat Daerah Baling/Sik 2010, SMKG telah berjaya meraih Anugerah Sekolah Cemerlang dan Anugerah Guru Inovatif Kategori Kumpulan.

Kebanggaan seluruh warga SMK Gulau semakin bertambah apabila seorang pelajar iaitu Muhamad Asraf Bin Basri telah berjaya mewakili Malaysia ke Peringkat Asia Tenggara Piala MUPC dalam pertandingan bola sepak.

Logo/Lencana[sunting | sunting sumber]

Warna, struktur dan takrif

  1. Merah –Bersemangat waja dan berani.
  2. Kuning –Taat kepada ketua, pemimpin dan pemerintah.
  3. Hijau -Mengamalkan prinsip-prinsip Islam yang berlandaskan kesucian rohani dan jasmani
  4. Putih -Mementingkan kekemasan, kebersihan serta kesucian rohani dan jasmani
  5. Obor – Melambangkan sinar harapan untuk kejayaan masa depan.
  6. Buku- Menitikberatkan kepentingan ilmu dunia dan akhirat sebagai landasan hidup yang berjaya dan sejahtera
  7. Roda – Penekanan kepada bidang sains dan teknologi tanpa mengabaikan bidang-bidang yang lain

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau
Kampung Gulau
08210, Sik
Kedah, Malaysia
Telefon = 6047521637
Faks = 6047522280

Pautan luar[sunting | sunting sumber]