Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Temu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Temu
Moto"Berilmu & Berketerampilan"
JenisSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
PengetuaPn. Zamnah Binti Haji Hashim
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikPn. Zaimah Binti Othman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Ruzalee Bin Jailani
Penolong Kanan KokurikulumPn. Zarinah Binti Zakariya
Penolong Kanan Pendidikan KhasCik Lim Huai Fun
Pengerusi PIBGEn. Othman Bin Ahmad
Kod sekolahMEA2097[1]
Lokasi Malaysia Km.5, Padang Temu 75050, Melaka,, Melaka Bandar Bersejarah, Malaysia
Nama singkatanSMKPT
Telefon06-2820117
Faks6062811612
Guru-guru Kanan MatapelajaranEn. Che Mohd Rozi Bin Che Mat (Teknik & Vokasional)

Pn. Faridah Binti Deraman (Kemanusiaan)

Pn. Suhaila Binti Mad Jin (Sains & Matematik)

Pn. Zamnah Binti Jumat (Bahasa)


Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Temu atau nama ringkasnya SMK Padang Temu, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Km.5, Padang Temu, 75050 Melaka.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Temu memiliki 501 pelajar lelaki dan 459 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 960 orang. Ia mempunyai seramai 73 orang guru.2009

SMK Padang Temu

Isi kandungan

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah SMKPT bermula dengan pendaftaran pertama pelajar Tingkatan 1 dan 2 seramai 404 orang pada 02.01.2001. SMKPT telah siap dibina oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia. Sekolah ini dibina kerana permintaan penduduk tempatan bagi menampung bilangan pelajar semakin ramai untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.

Nama SMKPT dipilih sempena nama Mukim Padang Temu. SMKPT terletak 5 km dari Bandar raya Melaka dan keluasannya ialah 10 hektar yang mana tapak asalnya merupakan kawasan sawah padi. Sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan dan sebuah dewan. Jumlah bilik darjah 35 buah dan sebuah surau. Terdapat juga kemudahan-kemudahan seperti sebuah bilik pengawas, bilik kaunseling, bilik kesihatan / pergigian, bilik mesyuarat, pejabat, bengkel dan makmal. Pada tahun pertama seramai 29 orang guru dan 4 orang kakitangan bukan akademik telah bertugas di SMKPT. Manakala sekolah-sekolah penyalur adalah terdiri daripada SK Padang Temu, SK Bendahara Seri Maharaja, SK Telok Mas, SK Duyong dan SRJK Kuang Yah.

Sejak tertubuhnya sekolah ini telah diterajui oleh 8 orang pengetua. Pengetua pertama yang menerajui sekolah ini ialah Tn Hj Omar bin Saban dari tahun 2001 ~ 2004. Pengetua kedua pula En Tan Eng Hwee yang memegang jawatan dari tahun 2004 ~ 2006. Manakala Tuan Hj Ramli bin Othman mengetuai kepimpinan sekolah ini selama 1 tahun sahaja iaitu 2007. Seterusnya Tuan Hj Ashaari bin Hj Johari memegang jawatan pengetua hanya dalam tempoh 4 bulan kerana perkhidmatannya diperlukan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Melaka. Jawatan Pengetua ke 4 telah diisi oleh En Razali bin Bahrom mulai Mei 2007 hingga Disember 2008. Pengetua kelima telah diisi oleh Pn. Latifah Binti Harun dari Disember 2008 sehingga Julai 2011. Pengetua keenam diisi oleh Pn. Rosni Binti Leman dari Ogos 2011 sehingga September 2014. Seterusnya En. Ahmad Kamal bin Mohd Don telah mengambil alih jawatan pengetua yang ketujuh dari pertengahan September sehingga Februari 2017. Kini jawatan pengetua telah disandang oleh Puan Zamnah Binti Hj. Hashim bermula Mac 2017 sehingga sekarang.

SMK Padang Temu telah mempunyai perubahan dalam beberapa aspek antaranya bilangan guru telah meningkat seramai 80 orang, kakitangan bukan akademik seramai 13 orang. Bilangan kelas telah bertambah menjadi 35 kelas aliran arus perdana dan 5 kelas Pendidikan Khas (masalah penglihatan dan disleksia). dengan bilangan pelajar seramai 912 orang. Kemudahan fizikal juga telah ditambah dengan membuat pengubahsuaian seperti menyediakan makmal bahasa, pusat sumber, bilik tayang, bilik sukan, bilik PJK, bilik MPV, bilik LKTK, bilik SPBT, bilik warisan, bilik BOSS dan bilik klinik Matematik. Dalam bidang akademik SMKPT telah menempa beberapa kejayaan dengan melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan SPM. Pada tahun 2009, keputusan PMR sekolah mencatat 52.7% dan 4 orang pelajar memperolehi 6A, manakala pada tahun 2009, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia sekolah mencatat 97%, keputusan terbaik berbanding tahun-tahun lalu. Seramai 2 orang pelajar telah berjaya memperolehi 9A.

Dalam bidang perkembangan sahsiah, peningkatan disiplin dan kepimpinan murid diberi perhatian utama oleh pihak sekolah. Pihak sekolah sentiasa telus dalam menangani masalah disiplin dan sentiasa sedar bahawa disiplin adalah tunggak kepada kejayaan murid. Dari semasa ke semasa tahap disiplin murid terus ditingkatkan melalui perbagai program anjuran unit HEM dan Panitia Pendidikan Islam.

Dalam bidang ko-kurikulum, SMKPT telah berjaya menempa rekod kecemerlangan di peringkat negeri dan kebangsaan. Di peringkat negeri seorang atlet sekolah telah berjaya merangkul 3 pingat emas dalam acara jimnastik artistik serta 1 pingat gangsa di peringkat kebangsaan (MSSM). 2 orang pelajar telah memenangi masing-masing pingat perak dan gangsa dalam sukan menembak SUKMA XII. Pasukan JPAM yang di wakili oleh 7 orang pelajar sekolah ini telah berjaya membantu pasukan JPAM Melaka muncul sebagai johan keseluruhan dalam perkemahan tahunan JPAM peringkat kebangsaan yang dijalankan di Johor Bahru pada tahun lepas.

Sejajar dengan penstrukturan semula perjawatan di Kementerian Pelajaran Malaysia,; pada bulan Julai 2008 sekolah telah menerima perjawatan 4 orang Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) yang dipilih dalam kalangan guru-gurunya sendiri. Dan pada tahun lepas seorang Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas telah ditempatkan di sini.


Pada Jun 2009, dewan sekolah dengan rasminya telah diberi nama “Dewan Seri Temu” yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali bin Rustam.

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Maju kita berusaha

Seia sekata

Eratkan perpaduan

Perhimpunan.jpg

Mencapai cita-cita

Membina SMKPT

Ke puncak jaya

Chorus

Berilmu berketerampilan

Menjadi amalan

Sebagai penyuluh hidup bahagia

Semoga Tuhan cucuri rahmat-Nya

Lagu : Encik Zainal Ariffin Bin Taib (Pensyarah Muzik MPPM)

Lirik : Tuan Haji Mat Yusof Mat Yatim (Mantan Ketua Jabatan Pendidikan MPPM)

Persekitaran Sekolah[sunting | sunting sumber]

PELAN SEKOLAH.png

Kemudahan Fizikal Sekolah

BIL. JENIS KUANTITI BIL. JENIS KUANTITI
1 Balapan 400 meter 18 Bilik Stor 8 buah
2 Bangunan (Blok A, B)

(Blok C, D)

2 blok 4 tingkat

2 blok 3 tingkat

19 Bilik Pengawas 1 buah
3 Bengkel Kemahiran Hidup & Kejuruteraan (Blok D) 6 Bilik 20 BilikTayangan 1 buah
4 Bilik Bahasa 1 buah 21 Dewan Besar 1 buah
5 Bilik Bimbingan & Kaunseling 1 buah` 22 Gelanggang Sepak Takraw 3 buah
6 Bilik Cetak 1 buah 23 Kantin 1 buah
7 Bilik Darjah 34 buah 24 Makmal Sains (Blok C) 6 buah
8 Bilik Guru 1 buah 25 Padang 1 buah
9 Bilik Sukan 1 buah 26 Pondok Pengawal Keselamatan 1 buah
10 Bilik Komputer (Blok C) 1 buah 27 Stor PJK (Blok D) 1 buah
11 Bilik Pendidikan Seni Visual (Blok D) 1 buah 28 Surau 1 buah
12 Bilik Muzik Kalis Bunyi (Blok D) 1 buah 29 Bilik Kebal 1 buah
13 Bilik MPV – Pemerosesan Makanan (Blok B) 1 buah 30 Bilik Disiplin 1 buah
14 Bilik Pendidikan Khas (Blok B) 2 buah 31 Bilik Peperiksaan 1 buah
15 Bilik Pengurusan (Blok B) 1 buah 32 Bilik Kesihatan 1 buah
16 BOSS 1 buah 33 Bilik PBS 1 buah
17 Bilik Pusat Sumber Sekolah 1 buah 34 Stor Sukan (Blok D) 1 buah

Pakej Mata Pelajaran[sunting | sunting sumber]

Pakej Tahun 2017

BIL TING MATA PELAJARAN MENENGAH RENDAH
NAMA KELAS TERAS ELEKTIF
1 T1 1  MAWAR BM, BI, Mate, Sains. PAI/ P. Moral, Sej, Geo,PSV, PJK RBT
2 1 ANGGERIK BM, BI, Mate, Sains. PAI/ P. Moral, Sej, Geo,PSV, PJK RBT
3 1 TERATAI BM, BI, Mate, Sains. PAI/ P. Moral, Sej, Geo,PSV, PJK RBT
4 1 CEMPAKA BM, BI, Mate, Sains. PAI/ P. Moral, Sej, Geo,PSV, PJK RBT
5 1 SEROJA BM, BI, Mate, Sains. PAI/ P. Moral, Sej, Geo, PJK ASK

P. MUZIK

6 1 DAHLIA BM, BI, Mate, Sains. PAI/ P. Moral, Sej, Geo,PSV, PJK ASK
7 T2 2 SEROJA BM, BI, Mate, Sains.PAI/ P. Moral, Sej, Geo,PSK,  PJK KH – PK/ KT

P.MUZIK

8 2 MAWAR BM, BI, Mate, Sains.PAI/ P. Moral, Sej, Geo,PSV, PSK,  PJK KH – PK/KT
9 2 ANGGERIK BM, BI, Mate, Sains. PAI/ P. Moral, Sej, Geo,PSV, PSK,  PJK KH – PK/KT
10 2 DAHLIA BM, BI, Mate, Sains.PAI/ P. Moral, Sej, Geo,PSV,  PSK,  PJK KH- ERT/KT
11 2 TERATAI BM, BI, Mate, Sains.PAI/ P. Moral, Sej, Geo,PSV, PSK,  PJK KH- ERT/KT
12 2 CEMPAKA BM, BI, Mate, Sains,PAI/ P. Moral, Sej, Geo,PSV, PSK,  PJK KH- ERT/KT
13 T3 3 SEROJA BM, BI, Mate, Sains.PAI/ P. Moral, Sej, Geo,PSK,  PJK KH- PK/KT

P.MUZIK

14 3 MAWAR BM, BI, Mate, Sains.PAI/ P. Moral, Sej, Geo,PSV, PSK,  PJK KH- PK/KT
15 3 ANGGERIK BM, BI, Mate, Sains. PAI/ P. Moral, Sej, Geo,PSV, PSK,  PJK KH- PK/SP
16 3 DAHLIA BM, BI, Mate, Sains.PAI/ P. Moral, Sej, Geo,PSV, PSK,  PJK KH- PK/SP
17 3 TERATAI BM, BI, Mate, Sains.PAI/ P. Moral, Sej, Geo,PSV, PSK,  PJK KH- ERT/KT
18 3 CEMPAKA BM, BI, Mate, Sains.PAI/ P. Moral, Sej, Geo,PSV, PSK,  PJK KH- ERT/KT
BIL TING MATA PELAJARAN MENENGAH ATAS
NAMA KELAS TERAS ELEKTIF
19 4 SAINS 4 SN BM, BI, Maths, PAI /

P. Moral, Sej, PJK, PSK

Fizik , Bio, Kimia,       Mat. Tamb
20 4

SAINS RUMAH TANGGA

4 SRT Biologi , Kimia, Mat.Tamb,

SRT

21 4

PRINSIP AKAUN

4 PA BM, BI, Maths, PAI / P.Moral, Sej, Sains , PJK, PSK PA, Eko. Asas

Mat.Tamb

22 4

EKONOMI

ASAS

4 EA Ekonomi Asas

PSV

23 4 GEO 4 GEO Geografi

PSV

Perniagaan

PSV

24 4 PERNIAGAAN  4 PN
25 4 MPV 4 MPV Pemprosesan Makanan
26 5 SAINS 5 SN B. M, BI, Maths, PAI /

P. Moral, Sej, PSK , PJK

Fizik , Kimia

LK/ Bio,

Mat. Tamb

27 5

PRINSIP AKAUN

5 PA B. Melayu

B. Inggeris

Matematik

P. Islam/P. Moral

Sejarah

Sains

PJK

PSK

PA, EA,

Math. Tamb

28 5 GEOGRAFI 5  GEO Perdagangan

Geografi

29 5 ERT 5  ERT ERT

Perdagangan

PSV

30 5 PERD 1 5 PD 1 Perdagangan

PSV

31 5 PERD 2 5 PD 2 Perdagangan

PSV

32 5 MPV 5 MPV Pemprosesan makanan

Galeri Warisan[sunting | sunting sumber]

Aktiviti Sekolah Sepanjang Tahun[sunting | sunting sumber]

TAHUN 2019[sunting | sunting sumber]

14 Januari 2019 / Perasmian Program Adab Masuk Kelas 2019 / Dirasmikan oleh: Pn. Zamnah Binti Hj. Hashim (Pengetua SMKPT)[sunting | sunting sumber]

17 Januari 2019 / Ceramah Azam 2019 : Akhlak Mulia Terpuji Cerminan Peribadi / Disampaikan oleh: Ustaz Osman Bin AB Halim[sunting | sunting sumber]

21 Januari 2019 / Perasmian Program 3S (Saya Sayang Sekolah) / Dirasmikan oleh: Pn. Zamnah Binti Hj. Hashim (Pengetua SMKPT)[sunting | sunting sumber]

25 Januari 2019 / Majlis Perpisahan Dan Pertukaran Guru[sunting | sunting sumber]

11 Februari 2019 / Pelancaran Program Guru Penyayang & Salam Hormat Peringkat Negeri Melaka / Dirasmikan oleh: Tuan Abdul Halim Bin Abdul Malek (Pegawai PPD Melaka Tengah)[sunting | sunting sumber]

18 Februari 2019 / Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas, Ketua Tingkatan & Penolong Ketua Tingkatan Serta Pelancaran Program Jom Ke Sekolah / Dirasmikan oleh: En. Azman Bin Mat Yashim (Pen. Penguasa Penjara, Pusat Pemulihan Akhlak, Jabatan Penjara Malaysia)[sunting | sunting sumber]


25 Februari 2019 / Pelancaran Program NILAM, FROG VLE, SPBT - Kempen Sayangi Buku Teks & 3K / 25 Februari 2019 / Dirasmikan oleh: Tuan Hj. Nor Hisham Bin Hj. Hassan (Ketua Penolong Pengarah BTPN Melaka)[sunting | sunting sumber]

27 Februari 2019 / Program Pengantarabangsaan Lawatan Jalinan Serumpun Pelajar-Pelajar SMP Muhammadiyah 1 Purwokerto, Banyumas & SMK Migas Muhammadiyah, Cilacap Jawa Tengah, Indonesia Ke SMK Padang Temu[sunting | sunting sumber]

4 Mac 2019 / Perasmian Sekolah Bebas Rokok (SABAR) & Kempen Anti Dadah 2019 / Dirasmikan oleh: Pn. Zamnah Binti Hj. Hashim (Pengetua SMKPT)[sunting | sunting sumber]


TAHUN 2018[sunting | sunting sumber]

Pelancaran Guru Penyayang & Sambutan Hari Lahir Bulan Januari Dan Februari 2017

Pelancaran Frog VLE dan Program NILAM

Majlis Pelancaran Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)[sunting | sunting sumber]

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Koperasi, Pengawas SPBT Dan Ketua Tingkatan 2018[sunting | sunting sumber]

Majlis Pelancaran Minggu Bahasa[sunting | sunting sumber]

Majlis Pelancaran Minggu Sains & Matematik[sunting | sunting sumber]

Kem Mutiara[sunting | sunting sumber]

Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah, Koperasi & SPBT[sunting | sunting sumber]

Kempen Buku Teks & 3K[sunting | sunting sumber]

Minggu Anti Dadah & Rokok[sunting | sunting sumber]

Sukan Tahunan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Perkhemahan Perdana Badan Beruniform[sunting | sunting sumber]

Majlis Solat Hajat Perdana[sunting | sunting sumber]

TAHUN 2017[sunting | sunting sumber]

Pelancaran Guru Penyayang & Sambutan Hari Lahir Bulan Januari Dan Februari 2017[sunting | sunting sumber]

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Koperasi, Pengawas SPBT dan Ketua Tingkatan 2017[sunting | sunting sumber]

Program Jom Ke Sekolah[sunting | sunting sumber]

Perasmian Bulan Kemerdekaan Kali Ke-60[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Temu
Km.5, Padang Temu
75050, Melaka
Melaka, Malaysia
Telefon = 06-2820117
Fax = 6062811612

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Tarikh edit: 5 Mac 2019