Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah
Lokasi
 Malaysia, Dungun, Dungun,  Malaysia, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6098481834
Kod sekolahTEA1029[1]
Faks6098458032


Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah atau nama ringkasnya SMK Tengku Intan Zaharah, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Dungun, Terengganu, Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Akan ditulis semula pada 3 Januari 2020 iaitu hari Jumaat. Harap maklum.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

1990 - SMK Tengku Intan Zaharah adalah sebuah institusi persekolahan yang sangat aktif dalam kegiatan ko-kurikulumnya semenjak awal tahun 1990-an lagi dibawah bimbingan Cikgu Awang Abdullah (Pui Teong Gee) yang juga merupakan penyair Terengganu/Kelantan yang cukup disegani. Awang Abdullah telah menubuhkan Gabungan Penyair Remaja Intan (GAPRI) yang memberi fokus kepada kegiatan ko-kurikulum kesenian puisi, drama, pantun dan syair. Kejayaan paling manis, SMK Tengku Intan Zaharah telah dinobatkan sebagai Juara dalam Pertandingan Drama Sekolah-Sekolah Malaysia anjuran TV3 dengan drama Duniaku Duniamu.

1991 - Antara kejayaan terbesar anak-anak didik Awang Abdullah di bawah GAPRI apabila telah dinobatkan sebagai Naib Johan Pertandingan Pesta Pantun Kebangsaan anjuran akhbar Berita Harian dan RTM yang disertai oleh ribuan sekolah daripada seluruh negara. Antara pemantun kebangsaan sekolah yang membawa kejayaan kepada sekolah pada tahun ini ialah Siti Suhaily Ibrahim, Tengku Khalidah Tengku Bidin dan Cheku Rozinah Chekku Abbas. Pertandingan akhir antara pasukan SMK Tengku Intan Zaharah yang mewakili negeri Terengganu dan SMK Changlun yang mewakili negeri Kedah telah disiarkan oleh RTM pada ketika itu.

1992 - SMK Tengku Intan Zaharah masih mengekalkan kejuaraan dalam Pesta Pantun Kebangsaan dan menduduki tempat ke-4 di peringkat Kebangsaan. Pada tahun ini juga, salah seorang pelajar SMK Tengku Intan Zaharah yang juga peserta Pesta Pantun, Tengku Khalidah Tengku Bidin telah dinobatkan sebagai Juara Sayembara Deklamasi Puisi Kebangsaan peringkat negeri Terengganu, juga Juara Sayembara Puisi Kenyir Pantai Timur yang berlangsung di Tasik Kenyir mengalahkan ribuan peserta dewasa yang lainnya.

1993 - Masih mengekalkan kejuaraan dalam Pesta Pantun Kebangsaan dan menduduki tempat ke-3 di peringkat Kebangsaan.

2005 - Menerima Anugerah Saguhati Pertandingan Akhir Maxis Cyberlink peringkat Kebangsaan (Kelab Komputer).

2006 - Menerima Anugerah Makmal Komputer Terbaik Negeri Terengganu dan juga Anugerah Kualiti Koperasi Sekolah Asrama Harian.

2007 - Sekali lagi, menerima Anugerah Makmal Komputer Terbaik Negeri Terengganu.

2009 - Memenangi Naib Johan PSS peringkat Kebangsaan kategori Sekolah Menengah bandar.

2010 - Memenangi Johan Konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah peringkat Negeri Terengganu.

2012 - Menerima Anugerah Koperasi Terbaik sempena Karnival Pendidikan Terengganu.

2013 - Menerima Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan dan mendapat tempat ke-4 Pertandingan SPBT peringkat Kebangsaan serta memenangi Johan Tokoh NILAM (Bahasa Malaysia) peringkat Negeri.

2014 - Memenangi tempat pertama dalam program All About Youth Petronas yang melibatkan 60 buah sekolah. Pembinaan ''Pondok Kite'' sebagai satu idea utama dalam menjana komunikasi pelajar kepada masyarakat sejajar dengan misi program. SMK Tengku Intan Zaharah juga memenangi Johan Surau Imarah peringkat Negeri yang merupakan tempat ke-4 Kebangsaan dan Johan Tokoh NILAM (Bahasa Inggeris) peringkat Negeri serta tempat ke-4 peringkat Kebangsaan.

2015 - Menerima Anugerah Emas Johan dalam program Reka Cipta dan inovasi melibatkan Satu Malaysia (Thermonater). Pada tahun ini, seorang pelajar SMK Tengku Intan Zaharah, Imran Zaki (Team Group) yang dinobatkan sebagai pereka cipta termuda pada tahun tersebut. Selain itu, SMK Tengku Intan Zaharah turut menerima Anugerah Berlian di Educational Project of Innovation Competition (EPIC) serta Gold Award Pertandingan Robotik 8th FIRA Malaysia Cup 2015.

2016 - Menerima Anugerah Tempat-2 Pertandingan Penciptaan Produk yang Unik dan merangkul Pingat Perak dan Gangsa dalam International Festival Innovation On Green Technology and Design Exposition 2016 dan Johan Surau peringkat Negeri dan tempat ke-4 peringkat Kebangsaan serta Anugerah Emas (Rakaat Tracker) dalam International Innovation Invention and Design Exposition 2016.

2017 - Memenangi Gold Award Educational Project of Innovation Competition Epic 2017 (Flora Pandan) dan Anugerah Inovasi Negara Ain2017 (Pereskia Gel for Eye Treatment)


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah
Dungun, Dungun, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098481834
Fax = 6098458032

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]