Tasik Kenyir
![]() | Contoh dan sudut pandangan rencana atau bahagian ini mungkin mempunyai sikap berat sebelah yang meluas atau perlindungan tidak seimbang ke arah satu atau lebih kawasan-kawasan yang khusus. |
Tasik Kenyir | |
---|---|
Lokasi | Terengganu |
Koordinat | |
Jenis | Kolam air |
Aliran masuk utama | Sungai Kenyir |
Aliran keluar utama | Sungai Terengganu |
Negara lembangan | Malaysia |
Luas permukaan | 260 km² |
Pulau | 340 |
Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 260 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.
Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri. Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988.
Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan. Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini. Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduknya yang majoritinya ialah petani. Secara tidak langsung, penduduk di sini dapat menaikkan taraf sosial masing-masing. Kedatangan pelancong ke sini yang terkenal dengan jagung manisnya telah menaikkan nama bandar Kuala Berang di mata pihak luar yang sebelum ini dikenali sebagai 'bandar mati'.
Pelbagai usaha di pertingkatkan dalam usaha memperkenalkan Tasik Kenyir di peringkat yang lebih tinggi.[1]
Pulau Herba merupakan salah satu pulau yang terdapat di Tasik Kenyir. Pulau Herba mempunyai kira-kira 26 ribu pokok herba. Manakala bagi penggemar fotografi, Air Terjun Lasir merupakan tempat yang menjanjikan pelbagai landskap serta flora dan fauna yang indah untuk dirakam. Air terjun yang terdapat di sekitar Tasik Kenyir ini juga merupakan tarikan utama perlancongan. woshememe
Ikan Naga[sunting | sunting sumber]
Pada 28 Jun 2008, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Rohani Abdul Karim mendapat maklumat bahawa tasik ini mempunyai ikan Naga merah/Arapaima Gigas yang beratnya 30 dan 50 kilogram. Ikan yang berasal dari Amerika Selatan mungkin dilepaskan di tasik buatan manusia ini.[2] Tasik kenyir ketika ini[bila?] sedang dibangunkan untuk menjadi zon bebas cukai bagi wilayah timur.[perlu rujukan]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Tingkat tarikan Tasik Kenyir". Utusan Online. 19 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-11. Dicapai pada 8 Mac 2013. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Bernama (28 Jun 2009). "Jabatan Perikanan Siasat Ikan Naga Di Tasik Kenyir". Bernama.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2015. Dicapai pada 7 Mac 2013. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Tasik Kenyir. |
- Tasik Kenyir - laman web utama Diarkibkan 2014-09-27 di Wayback Machine
- GoKenyir - Pakej Percutian Tasik Kenyir
- Kenyir Eco - Penyedia Percutian Kenyir
![]() | Rencana berkaitan Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
![]() | Rencana berkaitan geografi ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |