Sekolah Menengah Sayyidina Hasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Sekolah Menengah Sayyidina Hasan
Lokasi
Sekolah Menengah Sayyidina Hasan yang terletak di Brunei
Sekolah Menengah Sayyidina Hasan
Lokasi di Brunei
Kampung Kilanas, Brunei-Muara
Brunei
Koordinat4°52′19″N 114°51′18″E / 4.871997°N 114.85491°E / 4.871997; 114.85491Koordinat: 4°52′19″N 114°51′18″E / 4.871997°N 114.85491°E / 4.871997; 114.85491
Maklumat
Nama lamaSekolah Menengah Tanjung Bunut
Jenis sekolahkerajaan, menengah
Ditubuhkan1994

Sekolah Menengah Sayyidina Hasan ialah sebuah sekolah menengah kerajaan di Kampung Kilanas di Daerah Brunei dan Muara, Brunei. Sekolah ini menyediakan pendidikan menengah aliran biasa dari Tahun 7 hingga Tahun 11 serta kelulusan akademik Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa (Bahasa Inggeris: General Certificate of Education Ordinary Level atau umumnya O Level).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sayyidina Hasan ditubuhkan pada tahun 1994, pada asalnya dengan nama Sekolah Menengah Tanjong Bunut. Pembinaan sekolah ini bermula pada dua tahun sebelumnya dan dibina di tapak seluas 6 hektar (15 ekar) dengan kos B$22 juta. Projek pembinaan sekolah tersebut merupakan di bawah Rancangan Kemajuan negara ke-6.

Pada 6 Julai 1995, sekolah ini dinamakan semula dengan nama sekarang bersempena nama Hasan bin Ali iaitu cucu Nabi Muhammad (SAW). Penukaran nama tersebut dirasmikan oleh Mohd Zain bin Serudin, Menteri Hal Ehwal Ugama pada masa itu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]