Senarai sekolah menengah di Brunei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Berikut adalah senarai sekolah menengah di Brunei.

Sekolah-sekolah tersebut terdiri dari sekolah biasa, menyediakan pendidikan menengah yang menjurus kepada kelayakan Brunei-Cambridge Sijil Pelajaran Am Peringkat 'O' ('O' Level), dan aliran ugama Arab, yang menjurus kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB).

Kebanyakan dari sekolah menengah adalah sekolah kerajaan. Sekolah-sekolah ini telah ditubuhkan, dipunyai dan dibiayai oleh kerajaan Brunei. Pembelajaran di sekolah kerajaan juga tidak dikenakan yuran tuisyen.

Samada ianya kerajaan atau swasta, hampir semua sekolah mempunyai kurikulum standard, yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan bagi sekolah biasa, dan Kementerian Hal Ehwal Ugama, melalui Jabatan Pengajian Islam, bagi sekolah dalam aliran ugama Arab, kecuali sekolah antarabangsa.

Terdapat hanya lapan sekolah satu jantina: lima daripadanya sekolah perempuan dan tiga sekolah lelaki.

Nama Singkatan Pembiayaan Aliran Jantina Lokasi (daerah)
Maktab Anthony Abell AAC kerajaan biasa bercampur Belait
Sekolah Menengah Awang Semaun SMAS kerajaan biasa bercampur Brunei-Muara
Sekolah Arab Belait kerajaan ugama Arab bercampur Belait
Sekolah Menengah Berakas SMB kerajaan biasa bercampur Brunei-Muara
Sekolah Menengah Chung Ching CCMS kerajaan biasa bercampur Belait
Sekolah Menengah Chung Hua CHMS kerajaan biasa bercampur Belait
Sekolah Menengah Chung Hwa CHMS kerajaan biasa bercampur Brunei-Muara
Institut Tahfiz Al-Qur'an Sultan Haji Hassanal Bolkiah ITQSHHB kerajaan ugama Arab bercampur Brunei-Muara
Sekolah Antarabangsa Brunei ISB swasta biasa bercampur Brunei-Muara
Sekolah Antarabangsa Jerudong JIS swasta biasa bercampur Brunei-Muara
Sekolah Menengah Katok kerajaan biasa bercampur Brunei-Muara
Sekolah Menengah Lambak Kiri kerajaan biasa bercampur Brunei-Muara
Ma'had Islam Brunei kerajaan ugama Arab lelaki Tutong
Sekolah Menengah Masin kerajaan biasa bercampur Brunei-Muara
Sekolah Menengah Menglait SMMG kerajaan biasa bercampur Brunei-Muara
Sekolah Menengah Muda Hashim SMMHT kerajaan biasa lelaki Tutong
Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan MSPSBS kerajaan biasa bercampur Brunei-Muara
Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja SMPDSM kerajaan biasa bercampur Brunei-Muara
Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna SMPAPHM kerajaan biasa perempuan Brunei-Muara
Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah SMPAPHRSB kerajaan biasa bercampur Belait
Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajjah Mariam SMPIHM kerajaan biasa bercampur Brunei-Muara
Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar SMPJNPHAB kerajaan biasa bercampur Belait
Sekolah Menengah Perdana Wazir kerajaan biasa bercampur Belait
Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri STPRI kerajaan biasa perempuan Brunei-Muara
Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha SUAMPRIPAHS kerajaan ugama Arab perempuan Brunei-Muara
Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha SM RIPAS kerajaan biasa bercampur Tutong
Sekolah Menengah Rimba SMR kerajaan biasa bercampur Brunei-Muara
Sekolah Menengah Rimba II SMRII kerajaan biasa bercampur Brunei-Muara
Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar SMSAB kerajaan biasa bercampur Brunei-Muara
Sekolah Menengah Sayyidina Ali SMSA kerajaan biasa bercampur Belait
Sekolah Menengah Sayyidina Hasan kerajaan biasa bercampur Brunei-Muara
Sekolah Menengah Sayyidina Husain kerajaan biasa bercampur Brunei-Muara
Sekolah Menengah Sayyidina 'Othman SMSO kerajaan biasa bercampur Tutong
Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab SMSUA kerajaan biasa bercampur Brunei-Muara
Sekolah St. Andrew swasta biasa bercampur Brunei-Muara
Sekolah St. Angela swasta biasa perempuan Belait
Sekolah St. George swasta biasa bercampur Brunei-Muara
Sekolah St. James swasta biasa bercampur Belait
Sekolah St. John swasta biasa bercampur Belait
Sekolah St. Margaret swasta biasa bercampur Belait
Sekolah Seri Mulia Sarjana SMSS swasta biasa bercampur Brunei-Muara
Sekolah Menengah Sufri Bolkiah SMSB kerajaan biasa perempuan Tutong
Sekolah Menengah Sultan Hassan kerajaan biasa bercampur Temburong
Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam SM SMJA kerajaan biasa bercampur Brunei-Muara
Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali SMSSA kerajaan biasa bercampur Brunei-Muara
Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien SOASC kerajaan biasa bercampur Brunei-Muara
Sekolah Menengah Tanjong Maya SMTM kerajaan biasa bercampur Tutong
Sekolah Persediaan Arab Temburong kerajaan ugama Arab bercampur Temburong
Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah SM YSHHB swasta biasa bercampur Brunei-Muara

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]