Senarai Episod Dragon Ball Kai Musim Kedua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Senarai Episod Dragon Ball Kai Musim Kedua
Frieza Saga Wallpaper.jpg
Pertempuran Frieza
Genre Shonen / aksi
Anime
Dragon Ball Kai
Studio Jepun Toei Animation
Penyiaran Asal Fuji TV
Dikeluarkan pada 5 April 2009 – kini
Portal Anime dan Manga

Pertempuran Frieza[sunting | sunting sumber]

Laman utama: Dragon Ball Kai

Dragon Ball Kai musim kedua adalah kesinambungan daripada musim pertamanya iaitu Pertempuran Saiya yang berjudul Pertempuran Frieza.

Sinopsis:
Sambungan dari Musim Pertama

Pertumpahan darah di Planet Namek terus menerus berlaku dan satu demi satu nyawa terkorban hanya untuk memperolehi kuasa yang tidak terhingga daripada Mutiara Naga. Kehadiran Goku menyelamatkan ekspedisi ke Planet Namek iaitu Gohan, Kurilin dan Bulma. Walau bagaimanapun, Goku terpaksa melawan Frieza yang mendakwa dirinya makhluk yang paling kuat di dalam alam ini dan menghentikannya daripada menggunakan Mutiara Naga untuk kepentingan dirinya sendiri.

Pertarungan antara Goku dan Frieza mengakibatkan Planet Namek musnah. Namun begitu, segelintir orang Namek berjaya diselamatkan. Pertempuran antara Goku dan Frieza berakhir dengan kematian tragis Frieza. Walau bagaimanapun, Goku tidak dapat mencari kapal angkasa yang dapat mengeluarkannya dari planet itu sebelum meletup. Apakah yang akan terjadi kepada Goku? Adakah Goku dapat menyelamatkan diri daripada mangsa letupan Planet Namek? Kata putusnya hanya terdapat dalam musim ketiga siri ini.

Senarai Episod[sunting | sunting sumber]

# Tajuk Tarikh siaran asal
26 "Kudake Chire Inbō! Gyakushū no Bejīta VS Zābon" (砕け散れ陰謀!逆襲のベジータVSザーボン) 4 Oktober 2009

Kurilin tiba di Rumah Kapsul dengan sebutir Mutiara Naga yang diberikan oleh Orang Tua Namek. Namun begitu, Bezita dan Zarbon telah mengekorinya dan pertarungan telah berlaku untuk mendapatkan Mutiara Naga tersebut. Sementara itu, Gohan menghala ke sebuah perkampungan yang telah diserang oleh Bezita dan menemui sebutir Mutiara Naga di sana

dan membawanya pulang. Berbalik pada pertarungan, Bezita berjaya membunuh Zarbon walaupun Zarbon telah menunjukkan kuasanya yang sebenar. 
27 "Isshokusokuhatsu no Pinchi! Gohan yo Sūshinchū o Mamore" (一触即発のピンチ!悟飯よ四星球を守れ) 11 Oktober 2009
Kurilin meyerahkan Mutiara Naganya kepada Bezita selepas Zarbon terbunuh kerana tahu dia akan terbunuh juga jika menentangnya. Semasa kembali ke tempat simpanan Mutiara Naganya, Bezita menyedari kehadiran Gohan. Gohan juga menyedari kehadiran Bezita. Justeru, Gohan memalsukan kinya dan menyembunyikan Mutiara Naga itu. Bezita dapat mengepung Gohan terfikir Gohan tidak menjumpai Mutiara Naga itu. Memikirkan dia telah memperolehi ketujuh-tujuh Mutiara Naga, Bezita melepaskan Gohan. Setelah kembali ke sebuah tasik berdekatan, Bezita mendapati Gohan telah mengambil Mutiara Naganya dan mengamuk. Sementara itu, Frieza memanggil Pasukan Ginyu yang bakal tiba tidak lama lagi. Goku meneruskan latihannya pada tahap graviti yang lebih tinggi. 
28 "Semaru Chōkessen! Ginyū Tokusentai Tadaima Sanjō!" (迫る超決戦!ギニュー特戦隊只今参上ッ!) 18 Oktober 2009
Kurilin mengajak Gohan untuk pergi berjumpa dengan Orang Tua Namek supaya mendapat juga kuasa daripadanya. Bezita mengesan mereka dan terus mengekori. Nail memberitahu tentang tenaga yang besar bakal tiba di planet itu. Bezita tahu bahawa itu adalah Pasukan Ginyu iaitu sebuah pasukan elit Frieza yang terdiri daripada lima pahlawan yang kuat. Gohan dan Kurilin bersetuju untuk menggunakan Mutiara Naga untuk membuatkan Bezita kebal supaya dapat mengalahkan mereka dengan senang. Mereka mengambil kembali Mutiara Naga yang mereka simpan pada Bulma. Pasukan Ginyu mendarat di Planet Namek dan melaporkan diri pada Frieza. Sementara itu, Goku menamatkan latihannya iaitu pada 100x graviti Bumi yang membuatkan dirinya lebih kuat dari jangkaannya sendiri. 
29 "Tokusentai no Ichibante! Gurudo no Jubaku o Uchi Kuzuse" (特戦隊の一番手!グルドの呪縛を打ち崩せ) 25 Oktober 2009
Bezita, Kurilin dan Gohan berlumba mencari lima lagi Mutiara Naga yang Bezita sembunyikan dalam misi menjadikan Bezita dapat menjadi kebal supaya dapat mengalahkan Pasukan Ginyu. Pasukan Ginyu menyekat mereka. Pasukan Ginyu telah mendapat Mutiara Naga hingga dua lagi tinggal. Kapten Ginyu menyerahkan tujuh Mutiara Naga kepada Frieza dan memberi kebenaran kepada ahli yang lain bermain Batu-Kertas-Gunting untuk menentukan siapa yang akan berlawan. Recoome melawan Bezita dan Guldo melawan Kurilin dan Gohan. Guldo melawan Kurilin dan Gohan dahulu. Guldo menggunakan kuasa membekukan masa. Walau bagaimanapun, Bezita dapat membunuhnya sebelum Guldo dapat mencederakan Gohan dan Kurilin. Perlawanan disambung antara Bezita dan Recoome. Sementara itu, Goku semakin menghampiri Planet Namek. 
30 "Jigoku no Rikūmu! Tanoshimasero yo Bejīta-chan" (地獄のリクーム!楽しませろよベジータちゃん) 1 November 2009
Bezita mula melawan Rikum yang berbadan besar. Bezita menyerang Rikum bertubi-tubi namun kesakitan langsung tidak ditonjolkan Rikum walaupun seragamnya habis musnah. Gohan dan Kurilin terpaksa membantu Bezita yang dibelasah teruk walaupun dilarang Bezita pada awalnya. Namun begitu, mereka diserang ahli Pasukan Ginyu yang lain kerana mencampuri perlawanan Bezita dengan Rikum. Sementara itu, Frieza telah berjaya mengumpul kesemua Mutiara Naga namun tiada apa-apa terjadi. Frieza mengambil keputusan untuk mengarahkan Pasukan Ginyu mengawasi Mutiara Naga sementara beliau pergi berjumpa dengan orang Namek yang masih hidup. Tidak lama kemudian, sebuah kapal angkasa telah mendarat di tempat pertarungan Bezita dan menjadi tanda tanya kepada semua yang berada di situ. 
31 "Son Gokū Tsuini Tōchaku! Kechirase Ginyū Tokusentai" (孫悟空ついに到着!蹴散らせギニュー特戦隊) 8 November 2009
Goku menyambung pertarungan setelah memberi makan kacang Senzu kepada Kurilin, Gohan dan Bezita supaya kembali pulih. Rikum dikalahkan Goku dengan satu serangan sahaja. Jis dan Berter terus menyerang namun sedikit pun tidak mencederakan Goku. Bezita menjangkakan bahawa Goku mungkin adalah merupakan orang Saiya terpilih yang boleh mencapai tahap Super Saiya. 
32 "Shin'uchi Tōjō!? Ginyū Taichō VS Son Gokū" (真打ち登場!?ギニュー隊長VS孫悟空) 15 November 2009
Goku meminta Jis untuk mengambil Rikum dan Berter dan tinggalkan Planet Namek. Jis pergi berjumpa Kapten Ginyu dan memberitahunya apa yang terjadi. Kapten Ginyu dan Jis kemudiannya terbang ke tempat Goku berada. Sementara itu, Bezita membunuh Berter dan Rikum yang tidak dijaga. Kurilin dan Gohan dapat merasakan Frieza menuju ke tempat Orang Tua Namek untuk mendapatkan kata laluan penyeruan Dewa Naga Namek. Tidak lama kemudian, Ginyu dan Jis bertemu dengan Goku. Goku mengarahkan Kurilin dan Gohan untuk meninggalkan tempat itu. Bezita juga melarikan diri meninggalkan Goku seorang diri. Goku dan Kapten Ginyu mula bertarung. Setelah beberapa seketika bertarung, Kapten Ginyu meminta Goku menunjukkan kuasanya yang sebenar. Goku mengaktifkan jurus Kaio-ken dan meneruskan pertarungan. 
33 "Furu Pawā da Son Gokū! Ononoku Ginyū ni Hisaku Ari!?" (フルパワーだ孫悟空!おののくギニューに秘策あり!?) 22 November 22 2009
Goku meningkatkan kuasanya pada tahap penuh yang mana melebihi jangkaan Kapten Ginyu. Tiada pilihan lain buat Kapten Ginyu melainkan menewaskan lawannya dengan menggunakan kuasa lawannya sendiri. Setelah Orang Tua Namek membuka kunci kuasa Dende, Orang Tua Namek mengarahkan Dende supaya pergi berjumpa dengan Gohan dan Kurilin sementara Nel bertarung dengan Freiza. Walaupun Frieza jauh lebih kuat dari Nel, dia agak teruja dengan kuasa penyembuhan orang Namek. Gohan dan Kurilin mengambil Bulma dan seterusnya mengesan Mutiara Naga yang disimpan Frieza dengan menggunakan radar. Ginyu membuka beberapa gerakan dan mengeluarkan cahaya aneh ke arah Goku. 
34 "Bikkuri! Gokū ga Ginyū de Ginyū ga Gokū!?" (ビックリ!悟空がギニューでギニューが悟空!?) 29 November 2009
Cahaya aneh itu menukarkan badan. Goku terperangkap di dalam badan Ginyu. Kurilin dan Gohan tiba di kapal Frieza dan berjaya menemui Mutiara Naga. Bezita yang juga bersama mereka menyiapkan tiga pasang sut perisai yang baru. Ginyu yang di dalam badan Goku cuba meningkatkan kuasanya namun tidak sekuat yang Goku tunjukkan padanya. Goku memberitahu walaupun di dalam badannya, dia tidak dapat menggunakan kuasanya kerana memerlukan penggabungan roh dan jasad. Jis kemudianya tiba. Kurilin, Gohan dan Bezita tiba tidak lama kemudian. Goku memberitahu mereka tentang perkara itu. Bezita berjaya membunuh Jis dan merasakan dirinya semakin hampir untuk menjadi seorang Super Saiya. 
35 "Gokū Dai-Gyakuten!? Ima Koso Ide yo Chō-Shenron!" (悟空大逆転!?今こそいでよ超神龍!) 6 Disember 2009
Selepas membunuh Jis, Bezita cuba melawan Ginyu. Ginyu menggunakan kuasa menukar badannya kepada Bezita tetapi Goku sempat terbang mengenakan dirinya sekaligus menyebabkan Ginyu dan Goku kembali ke badan asal masing-masing. Ginyu walau bagaimanapun masih cuba menukarkan badannya dengan Bezita namun Goku sempat melontar seekor katak yang menyebabkan Ginyu bertukar badan dengan katak tesebut. Bezita membawa Goku yang cedera parah ke tempat pemulihan di kapal Frieza yang terbiar dan memberikan sut perisai kepada Gohan dan Kurilin seterusnya tidur. Sementara itu, Nail masih bertarung dengan Frieza untuk melambat-lambatkannya. Frieza merasakan bahawa dia hanya membuang masa dan kembali ke kapalnya. Kurilin, Gohan dan Dende mencari Mutiara Naga di dalam kapal Frieza dan menyeru Porunga, Naga Abadi Planet Namek. 
36 "Gekikō Furīza ga Semaru! Porunga yo... Negai o Kanae Tamae!" (激昂フリーザが迫る!ポルンガよ…願いを叶えたまえ!) 13 Disember 2009
Kurilin dan Gohan mengetahui bahawa Mutiara Naga di Planet Namek boleh menunaikan tiga permintaan. Walau bagaimanapun, hanya seorang sahaja boleh dihidupkan kembali, tidak seperti Mutiara Naga di Bumi. Mereka memilih Pikolo dahulu yang menyebabkan Kami hidup kembali serta Mutiara Naga di Bumi. Mereka kemudiannya menggunakan permintaan kedua iaitu menghantar Pikolo ke Planet Namek supaya dapat membantu mereka. Bezita bangun dari tidur lalu segera pergi ke tempat mereka berada dengan harapan dapat menunaikan permintaannya juga iaitu menjadi kebal. Namun begitu, Orang Tua Namek meninggal dunia dan Mutiara Naga menjadi tidak berguna. Bezita tergamam dan tidak beberapa lama kemudian, Frieza tiba. 
37 "Akumu no Chō Henshin! Sentōryoku Hyaku-man no Furīza" (悪夢の超変身!戦闘力100万のフリーザ) 20 Disember 2009
Pikolo tiba di Planet Namek. Dia segera terbang ke tempat pertempuran Nel. Pikolo bergabung dengan Nel yang mana meningkatkan tenaganya berkali ganda seterusnya pergi mengejar Frieza. Sementara itu, Frieza selepas bertarung dengan Kurilin dan Gohan dalam bentuk badan pertamanya, kemudiannya berubah ke bentuk keduanya semasa melawan Bezita yang menyebabkan jangka tenaganya meningkat hingga satu juta. Frieza dengan kepantasan lajunya menanduk Kurilin yang sedang terbang di udara. 
38 "Kiba o Muku Furīza! Chōzetsu Pawā ga Gohan o Osō" (牙をむくフリーザ!超絶パワーが悟飯を襲う) 27 Disember 2009
Setelah membelasah Kurilin, Frieza membuangnya ke dalam air. Gohan pergi menyelamatkannya namun dihalang. Gohan tidak dapat menahan kemarahan dan menyerang Frieza bertubi-tubi dan mengejutkan Bezita. Dende menyelamatkan Kurilin daripada mati lemas kemudian merawat luka Kurilin. Frieza berhenti main-main dan membalas serangan Gohan. Kurilin berjaya menariknya keluar daripada kawasan pertarungan dan membawanya kepada Dende untuk dirawat sementara Bezita meneruskan pertarungannya dengan Frieza. Tidak lama kemudian, Pikolo hadir dan menggantikan Bezita. 
39 "Shinsei Pikkoro Arawaru! Gekido Furīza Dai Ni no Henshin" (新生ピッコロあらわる!激怒フリーザ第2の変身) 10 Januari 2010
Penggabungan antara Pikolo dan Nel melahirkan pahlawan Namek baru yang perkasa. Pikolo yang baru mula bertarung dengan Frieza. Frieza mula meyedari Pikolo yang baru itu begitu kuat dan bertukar ke bentuk yang ketiga. Transformasi kedua itu menyebabkan Pikolo tidak dapat melawan langsung Frieza dan Pikolo hampir terbunuh. Gohan pergi menyelamatkannya. Kurilin pada mulanya juga mahu turut serta namun dihalang Bezita kerana Bezita mempunyai strategi yang melibatkan Kurilin. 
40 "Furīza Saigo no Chō Henshin! Jigoku Ijō no Kyōfu ga Hajimaru" (フリーザ最後の超変身! 地獄以上の恐怖がはじまる) 17 January 2010
Frieza menempis serangan Gohan. Gohan kemudiannya melepaskan beberapa serangan Ki yang besar yang menyebabkan Frieza agak sukar untuk menahannya. Oleh sebab itu, Frieza berubah kepada bentuk terakhirnya. Dende pada awalnya tidak mahu merawat Bezita yang cedera kerana telah banyak menghapuskan orang Namek namun kerana terpaksa, Dende merawat Bezita juga. Frieza yang sudah sempurna ke bentuk terakhirnya terus membunuh Dende dengan serangan ki. Kurilin, Gohan dan Pikolo terus menyerang namun dielak Frieza. Bezita hanya memerhati daripada atas sebuah bukit sambil memikirkan cara untuk menghapuskan Frieza dengan kuasanya yang baru. 
41 "Machinimatta ze Kono Shunkan! Son Gokū ga Fukkatsu da" (待ちに待ったぜこの瞬間!孫悟空が復活だ) 24 Januari 2010
Bezita menggunakan kuasa barunya untuk menyelamatkan Gohan daripada serangan Frieza. Bezita mula melawan Frieza namun sekuat mana pun Bezita, dia tetap tidak dapat mengalahkan Frieza. Bezita akhirnya diserang balas bertubi-tubi. Gohan yang mahu menolong Bezita dihalang Pikolo. Goku mula meyedarkan diri di dalam bilik pemulihan dan bersiap sedia untuk memulakan pertarungan yang ditunggu-tunggu. 
42 "Furīza o Taose Son Gokū! Hokori-Takaki Bejīta no Namida" (フリーザを倒せ孫悟空!誇り高きベジータの涙) 31 Januari 2010
Bezita bukan tandingan Frieza dan dikalahkan dengan teruk. Pikolo, Gohan dan Kurilin tidak dapat berbuat apa-apa melainkan melihat sahaja putera Saiya itu diseksa. Walau bagaimanapun, Goku tiba di medan pertempuran dan mengejutkan semua orang. Wajah Goku mengingatkan Frieza akan bapa Goku, Burdock yang suatu masa dahulu menjadi pelindung Planet Bezita daripada serangan Frieza. Bezita mengutuk tindakan Frieza pada masa lampau dan mengatakan Goku adalah seorang Super Saiya yang terulung. Frieza naik marah dan menyerang Bezita dengan sinaran lazer dan tepat mengenai jantungnya. Di ambang kematian, Bezita memberitahu Goku bahawa Frieza adalah makhluk yang bertanggungjawab memupuskan semua kaum Saiya dan meminta Goku membalas dendam di atas perbuatannya itu. Goku menguburi Bezita dan bersiap sedia untuk satu pertarungan yang hebat. 
43 "Son Gokū tai Furīza! Chō-Kessen no Makuake da!" (孫悟空VSフリーザ!超決戦の幕開けだ!) 7 Februari 2010
Goku memulakan pertarungan sengit dengan Frieza dan membuktikan bahawa dia lebih hebat daripada jangkaan Frieza. Pikolo, Kurilin dan Gohan hanya melihat daripada jarak yang jaun manakala Ten Shin Han, Chaozu dan Yamucha menonton daripada Raja Kaio. Goku dapat mengetahui bahawa Frieza tidak mengesan tenaga dan hanya boleh mengesan musuh di hadapannya sahaja. Goku mengambil kesempatan ini untuk menyerang Frieza daripada belakang. 
44 "Genkai Toppa no Nikudansen! Gokū to Furīza to Ginyū Futatabi!?" (限界突破の肉弾戦!悟空とフリーザとギニュー再び!?) 14 Februari 2010
Pertarungan antara Goku dan Frieza berterusan yang mana kedua-duanya asyik berbalas-balasan menyerang antara satu sama lain. Goku agak terkejut apabila Frieza memberitahunya bahawa dia hanya menggunakan sedikit sahaja daripada tenaganya. Frieza meningkatkan tenaganya sebanyak 50% seterusnya membelasah Goku walaupun Goku menggunakan 10x Kaio-ken. Sementara itu, Bulma terserempak dengan Ginyu yang mana di dalam badan seekor katak. Ginyu kemudiannya bertukar badan dengan Bulma. Mereka pergi ke tempat pertempuran di mana Goku hampir kalah. 
45 "Nijū-bai Kaiōken da! Subete o Kaketa Kamehameha" (20倍界王拳だ!すべてを賭けたかめはめ波) 21 Februari 2010
Ginyu cuba untuk mencuri badan Pikolo tetapi diganggu oleh Gohan yang melontarkan katak seterusnya memulihkan Bulma. Goku dibelasah teruk oleh Frieza. Goku akhirnya menggunakan 20x Kaio-ken dan menyerang Frieza dengan Kame Hame Ha gergasi yang mencederakan Frieza dengan teruk. Goku kemudiannya kelesuan tenaga dan berkhayalkan Bezita yang memberinya semangat agar membalas dendam kepada Frieza yang telah membunuh semua puak Saiya. 
46 "Kore ga Saigo no Kirifuda da! Gokū no Tokudai Genki Dama" (これが最後の切り札だ!悟空の特大元気玉) 28 Februari 2010
Goku tahu bahawa dia tidak dapat menang melawan Frieza yang hanya menggunakan 50% daripada tenaganya. Goku bercadang untuk menggunakan teknik terunggulnya - Bola Jiwa. Dengan hanya tenaga kecil daripada hidupan yang tinggal dan tenaga daripada planet berhampiran, dia cuba mengumpul tenaga untuk membentuk Bola Jiwa. Semasa proses pengumpulan, Frieza menyerangnya tetapi Goku tidak membalasnya. Goku cuba mengalih perhatian Frieza daripada mengesan Bola Jiwa itu. Pikolo meminta Kurilin dan Gohan supaya menyalurkan sedikit tenaga mereka kepadanya. Frieza akhirnya dapat mengesan kehadiran Bola Jiwa daripada kilauan air lalu mengumpul tenaga untuk menyerang Goku dengan sinaran lazer. Pikolo meyerang Frieza serta merta. Pikolo melawan Frieza sementara Goku mengumpul sedikit lagi tenaga untuk Bola Jiwa. 
47 "Mezamero Densetsu no Senshi... Sūpā Saiyajin, Son Gokū!" (目覚めろ伝説の戦士…超サイヤ人、孫悟空!) 7 Mac 2010
Goku menyerang Frieza dengan Bola Jiwa. Frieza tidak sempat melarikan diri dan mengambil keputusan untuk menahan serangan itu. Dengan serangan itu, Goku dan pahlawan-pahlawan yang lain menganggap Frieza telah lenyap. Tiba-tiba, Frieza muncul kembali dengan muka yang masam. Dengan nada yang marah, Frieza menunjukkan jari ke arah Goku dan menyerang dengan serangan laser. Walau bagaimanapun, Pikolo sempat menolak Goku. Namun begitu, Pikolo terkena serangan laser itu. Frieza kemudiannya menyerang Kurilin dan meletupkannya di udara. Goku terkejut dengan kematian dua kawan rapatnya di hadapan matanya dan mengamuk. Amukannya itu, mengubahnya menjadi seorang Super Saiya. Goku yang dalam kemarahan memaksa Gohan supaya meninggal Planet Namek. 
48 "Okoreru Sūpā Saiyajin! Nanori o Agero Son Gokū!" (怒れる超サイヤ人!名乗りを上げろ孫悟空!) 14 Mac 2010
Pertukaran Goku menukarkan corak perlawanan di mana Frieza sudah mendapat lawan yang sepadan dengannya. Frieza menyerang Goku dengan beberapa siri serangan tetapi langsung tidak mencederakan Goku. Frieza merasakan mimpi ngerinya telah datang dengan kehadiran seorang Super Saiya. Disebabkan tidak dapat melawan Goku, Frieza mengambil keputusan untuk memusnahkan Planet Namek. Dia membentuk satu tenaga kecil dan melemparkannya ke dalam teras Planet Namek. Akibatnya, Planet Namek akan hancur dalam masa yang terdekat. Goku yang terkejut dengan tindakan itu terus menyerang Freiza. 
49 "Ada o Ute Son Gokū! Wakusei Hōkai no Kauntodaun" (仇を討て孫悟空!惑星崩壊のカウントダウン) 21 Mac 2010
Serangan Frieza memusnahkan teras Planet Namek dan akan meletupkan planet itu dalam masa lima minit. Goku berkeyakinan untuk mengalahkan Frieza dalam masa tersebut. Namun begitu, Frieza meningkatkan kuasanya pada tahap 100%. Goku membiarkan sahaja Frieza mengumpul tenaga walaupun ditegah Raja Kaio kerana mahu mengalahkan Frieza pada tahap sebenarnya. Sementara itu, Gohan meletakkan Pikolo di dalam kapal angkasa Goku dan mencari Bulma. Gohan mengambil Bulma dan membawanya ke kapal itu dan meminta Bulma supaya menetapkan arahan pulang. 
50 "Furīza Kesshi no Furu Pawā! Negai o Todokete Kure Shenron" (フリーザ決死のフルパワー!願いを届けてくれ神龍) 28 Mac 2010
Pertarungan Goku dengan Frieza menghancurkan Planet Namek sedikit demi sedikit. Kami yang berada di Bumi memberitahu Raja Kaio bahawa Encik Popo telah mengumpulkan ketujuh-tujuh Mutiara Naga di Bumi. Raja Kaio meminta supaya semua makhluk yang telah dibunuh oleh Frieza supaya dihidupkan semula. Hal ini menyebabkan Orang Tua Namek hidup kembali dan Mutiara Naga di Planet Namek berfungsi semula. Walau bagaimanapun, hanya satu permintaan yang belum disampaikan kepada Dewa Naga di Planet namek itu. Raja Kaio meminta Dewa Naga Namek supaya menghantar semua makhluk di Planet Namek ke Bumi kecuali Goku dan Frieza.