Senarai Episod Dragon Ball Kai Musim Ketiga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Senarai Episod Dragon Ball Kai Musim Ketiga
Pertempuran Android
GenreShonen / aksi
Anime
Dragon Ball Kai
StudioJepun Toei Animation
Penyiaran AsalFuji TV
Dikeluarkan pada5 April 2009 – kini
Portal Anime dan Manga
Laman utama: Dragon Ball Kai
Dragon Ball Kai adalah versi suntingan semula anime asal Dragon Ball Z yang mula disiarkan di Jepun pada 5 April 2009.

Pertempuran Android[sunting | sunting sumber]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Dari: Musim kedua


Goku yang berjaya menemui kapal angkasa tinggalan Frieza berjaya keluar dari Planet Namek. Namun begitu, kapal itu hilang kawalan dan Goku mendarat di sebuah planet makhluk asing. Setelah beberapa lama, Goku dapat pulang ke Bumi dengan bantuan makhluk asing itu.

Seorang pahlawan berpedang datang menemui Goku dan memberitahu bahawa musuh mereka sekarang ialah manusia buatan iaitu Android. Goku dan Pahlawn Z perlu menghapuskan android supaya masa hadapan Bumi terjamin.

Senarai Episod[sunting | sunting sumber]

Episod: 50 - 75

# Tajuk Tarikh siaran asal !
51 "Gokū Gekido no Osakebi! Ma ni Ae... Kishi-Kaisei no Negai!" (悟空激怒の雄叫び!間に合え…起死回生の願い!) 4 April 2010
Shenron berjaya diseru dan permintaan agar semua makhluk yang dibunuh oleh Frieza dan orang bawahannya dihidupkan semula. Raja Kaio cepat-cepat memberitahu Orang Tua Namek mengenai keadaan ketika itu. Orang Tua Namek menghantar Dende untuk pergi menyeru Porunga supaya menunaikan permintaan untuk menghantar semua makhluk di Planet Namek ke Bumi kecuali Frieza. Walau bagaimanapun, Goku meminta agar dia juga dapat kekal di Planet Namek supaya dapat menghapuskan Frieza untuk kebaikan bersama. Porunga memenuhi permintaan itu. Akhir sekali, Goku memberitahu Frieza bahawa dia akan berlawan bersungguh-sungguh pada ketika itu kerana sudah tiada penghalang baginya untuk tidak mengalahkannya. 
52 "Kieyuku Hoshi ni Nokotta Futari! Kore ga Saishū Kessen da!" (消えゆく星に残った2人!これが最終決戦だ!) 11 April 2010
Pertarungan terus berlalu dan kelihatan tiada siapa yang akan menang sebelum Planet Namek musnah. Walau bagaimanapun, Goku memberitahu Frieza bahawa tenaga Frieza turun mendadak. Berpuas hati kerana menang, Goku bercadang untuk berhenti bertarung dan pergi mencari kapal untuk pulang. Frieza yang tidak puas hati menyerang Goku dengan tembakan tenaga tajam dari jarak yang jauh. Tembakan itu mengenai pipi Goku. Tiba-tiba, datang kuasa tersebut membelah Frieza. 
53 "Son Gokū, Saigo no Ichigeki... Namekku-sei Uchū ni Chiru" (孫悟空、最後の一撃…ナメック星宇宙に散る) 18 April 2010
Di Bumi, Orang Tua Namek meninggal dunia sekali lagi. Sebelum kematiannya, dia memberikan kuasanya kepada salah seorang daripada orang Namek untuk menjadi ketua yang baru. Sementara itu, di Planet Namek, Frieza yang sedang nazak meminta belas kasihan Goku. Goku berasa kasihan dan memberikan sedikit daripada tenaganya kepada Frieza lalu beredar. Frieza mengambil kesempatan ini dengan menyerang Goku dengan serangan tenaga. Goku yang membalas serangan itu dengan letupan tenaga yang lebih besar yang terus melenyapkan Frieza. Goku kemudiannya mencari kapal untuk pulang. Goku menjumpai kapal Frieza tetapi gagal berlepas. Akhirnya, Planet Namek meletup dan Goku masih belum dapat menyelamatkan diri. 
54 "Uchū ni Kieta Gokū... Yomigaere! Chō Senshi-tachi" (宇宙に消えた悟空…甦れ!超戦士たち) 25 April 2010
Setelah Planet Namek musnah, Raja Kaio memberitahu Bulma dan yang lain di Bumi bahawa Goku mungkin telah mati. Walau bagaimanapun, Bulma membalas bahawa Mutiara Naga Namek dapat menghidupkan kembali seseorang itu walaupun telah mati berulang-ulang kali tetapi dengan syarat mati dibunuh dan bukannya mati tua atau penyakit. 130 hari kemudian, Mutiara Naga Namek kembali aktif dan permintaan pertamanya ialah menghidupkan Goku. Porunga, Dewa Naga Namek mengatakan Goku masih hidup. Permintaan ditukar dengan membawa Goku ke Bumi namun Porunga memberitahu bahawa Goku mahu pulang sendiri. Permintaan kedua ialah menghidupkan Kurilin dan terakhir ialah Yamucha. 130 hari kemudian, Ten Shin Han dan Chaozu dihidupkan kembali dan orang Namek dihantar ke Planet Namek semula. Masa berlalu namun Goku masih belum pulang. 
55 "Are ga Chikyū da yo Papa... Furīza-Oyako no Gyakushū" (あれが地球だよパパ…フリーザ親子の逆襲) 2 Mei 2010
Setahun berlalu dan Goku masih belum pulang ke Bumi. Walau bagaimanapun, Frieza terselamat daripada letupan Planet Namek dan berjaya dikesan oleh bapanya, Raja Cold. Frieza digabungkan dengan kompenan elektronik dan menjadi cyborg. Setelah selesai, Frieza bercadang untuk menyerang Bumi dan membalas dendamnya kepada Goku. Pahlawn-pahlawan naga bersedia untuk melawan Frieza. Sebaik sahaja Frieza mengarahkan orang bawahannya supaya membunuh orang Bumi, tiba-tiba mereka diserang oleh seorang ramaja berambut biru perak dan memakai pedang. 
56 "Furīza wa Boku ga Taosu! Mō Hitori no Sūpā Saiyajin" (フリーザはボクが倒す!もう一人の超サイヤ人) 9 Mei 2010
Remaja misteri itu mengalahkan askar Frieza dengan senang. Dia kemudiannya berubah menjadi Super Saiya dan mengejutkan Frieza. Frieza berhasrat untuk memusnahkan Super Saiya kedua itu tetapi tidak berjaya. Malahan, remaja itu memotong Frieza kepada kepingan dengan pedangnya sebelum memusnahkannya. Raja Cold cuba untuk mengalahkan Super Saiya itu sendiri tetapi turut dimusnahkan remaja itu dengan senang. Setelah berubah ke bentuk asalnya, remaja itu berjumpa dengan pahlawan-pahlawan Naga dan menjamin kehadiran Goku tidak lama lagi. Mereka mempercayainya dan menunggu kepulangan Goku. 
57 "Okaeri Son Gokū! Nazo no Shōnen Torankusu no Kokuhaku" (おかえり孫悟空!謎の少年トランクスの告白) 16 Mei 2010
Selepas tiga jam menunggu, sebuah kapal angkasa mendarat di Bumi dan Goku keluar daripada kapal tersebut. Remaja itu cepat-cepat menarik Goku untuk bercakap dengannya secara sulit. Setelah menguji kuasa Super Saiya Goku, remaja itu memberitahu namanya Trunks dan datang daripada masa depan yang kucar-kacir 20 tahun selepas masa ketika itu. Dia juga memberitahu bahawa dia adalah anak kepada Bezita dan Bulma. Dia juga memberitahu kepada Goku bahawa dalam masa tiga tahun, sepasang android yang membunuh yang dibina oleh Doktor Gero yang bersubahat dengan Tentera Reben Merah akan menyerang Bumi dan membunuh kesemua pahlawan-pahlawan naga kecuali Goku yang akan mati akibat jangkitan jantung enam bulan sebelum pertempuran mereka. Trunks membekalkan Goku antidot jantung yang Bulma pada masa depan buatkan untuknya. Pil itu perlu ditelan semasa virus itu menyerangnya. Goku berjanji bahawa dia dan pahlawan-pahlawan yang lain akan berusaha bersungguh-sungguh sebagai persediaan untuk bertempur dengan android. Trunks akhirnya pulang semula ke masa hadapan. 
58 "Gokū no Shin Waza, Shunkan Idō! San-nen Go ni Kaketa Tokkun" (悟空の新ワザ、瞬間移動!3年後に賭けた特訓) 23 Mei 2010
Bezita menanyakan Goku bagaimana dia boleh terselamat daripada kemusnahan Planet Namek. Goku kemudiannya menerangkan bahawa semasa hanya tinggal beberapa saat sebelum Planet Namek musnah, dia menjumpai salah satu daripada kapal angkasa Pasukan Ginyu dan menggunakannya untuk melarikan diri. Dia kemudiannya menerangkan lagi bagaimana dia mendarat di Planet Yardrat dan dirawat oleh makhluk di situ serta diajar menggunakan teknik teleport dipanggil Transmisi Pantas. Pahlawan-pahlawan Bumi berpecah untuk berlatih sebagai persediaan untuk pertempuran Android. Setelah tiga tahun berlatih, mereka semua berkumpul di sebuah pulau di mana Trunks memberitahu mereka Android akan menyerang. 
59 "Kehai o Motanu Futari-gumi! Jinzōningen, Arawaru" (気配を持たぬ2人組!人造人間、あらわる) 30 Mei 2010
Pahlawan Bumi dan Bulma serta Trunks kecil berkumpul di sebuah pulau yang menjadi sasaran Android. Android tidak dapat dikesan tenaganya dan hanya boleh dijejak melalui mata kasar. Mereka berpecah untuk mencari Android tersebut. Yamucha yang menjumpai mereka dahulu dan kemudiannya diserap oleh Android 20. Android tersebut kemudian memusnahkan hampir separuh bandar dan kemudiannya menyerang Yamucha. Pahlawan-pahlawan yang lain datang menyelamatkan keadaan. Goku mengarahkan Kurilin mengambil Yamucha yang masih hidup itu pulang ke tempat Bulma dan memberinya kacang Senzu dan kemudiannya meminta Android untuk berlawan di tempat lain. 
60 "Uchi-naru Teki to no Hasami-Uchi!? Son Gokū tai Jinzōningen Jūkyū-gō" (内なる敵との挟み撃ち!?孫悟空VS人造人間19号) 6 Jun 2010
Sementara Goku, Pikolo dan Tien Shin Han membawa Android ke tempat perlawanan yang baru, Kurilin merawat Yamucha dengan kacang Senzu. Yamucha memberitahu kebolehan Android untuk menyerap tenaga. Maka, Yamucha, Kurilin dan Gohan pergi ke tempat perlawanan untuk memberitahu hal tersebut. Android merupakan hasil kajian Doktor Gero yang mencipta robot penyiasat yang digunakan untuk merekod data teknik berlawan Goku untuk membalasa dendam atas perbuatan Goku yang menghancurkan Tentera Reben Merah. Goku mula melawan Android 19. Jelas kelihatan prestasi Goku mula menurun apabila Android 19 menyerap tenaga gelombang Kame Hame Ha. Gohan terfikir mungkin pil yang diberi Trunks tidak mengubati terus virus itu tetapi hanya menangguh untuk enam bulan selepas itu. Goku tetap mahu meneruskan perlawanan. Walau bagaimanapun, Android 19 sempat menyerap tenaga Goku. 
61 "Jūkyū-gō ni Shōki Nashi! Okurete Kita Sūpā Bejīta" (19号に勝機なし!遅れてきた超ベジータ) 13 Jun 2010
Sebelum Cyborg 19 sempat menghabiskan tenaga Goku, Bezita akhirnya tiba menyelamatkan Goku dengan menendang di kepala. Yamucha mengiringi Goku keluar. Bezita bertukar ke bentuk Super Saiya dan mengejutkan semua orang. Pertarungan bermula dan Bezita menguasai gelanggang. Cyborg 19 cuba menyerap tenaga Bezita namun tangannya dipotong oleh Bezita. Cyborg itu cuba melarikan diri namun dimusnahkan oleh Bezita dengan serangan Big Bang dan tidak meninggalkan apa-apa kecuali kepalanya sahaja. Cyborg 20 melarikan diri ke bukit berdekatan dan merancang untuk menggunakan permukaan tersebut untuk melancarkan serangan mengejut ke atas pahlawan-pahlawan naga. 
62 "Pikkoro Kyōshū! Kieta Nijū-ō to Nejireru Mirai" (ピッコロ強襲!消えた20号とねじれる未来) 20 Jun 2010
Pahlawan-pahlawn Naga berpecah untuk mencari Cyborg 20. Tertekan kerana tidak menjumpainya, Bezita menembak dengan serangan Ki yang besar untuk melicinkan kawasan itu. Cyborg 20 keluar daripada persembunyian dan menyerap tenaga serangan Bezita dan melarikan diri balik. Dia kemudiannya menyerang Pikolo daripada belakang dan menyerap tenaganya. Gohan dapat mengesan tenaga Pikolo yang menurun dan menyerang Cyborg. Selepas menelan kacang Senzu, Pikolo melawan Cyborg 20 dan menguasai perlawanan. Sementara itu, Trunks datang kembali dan memberitahu bukan Cyborg ini yang dia lawan di masa depan. Dia kemudiannya tiba di tempat pertarungan dan tidak memastikan Cyborg 20. Cyborg 20 berundur ke makmalnya dengan membuat satu letupan besar ke kapal Bulma. 
63 "Tsuigeki! Dokutā Gero... Nazo no Kenkyūjo o Sagase!" (追撃!ドクター・ゲロ…謎の研究所を探せ!) 27 Jun 2010
Cyborg 20 tidak dapat dikesan dan kembali ke makmal untuk membangkitkan Cyborg 17 dan 18 iaitu Cyborg yang menghuru-harakan masa depan Trunks. Sementara itu, Trunks menyelamatkan ibunya dan dirinya yang muda dan menyalahkan Bezita kerana gagal melindungi keluarganya. Bulma mendedahkan bahawa Cyborg 20 merupakan pencipta Cyborg itu sendiri iaitu Doktor Gero yang kemudiannya menukarkan dirinya menjadi Cyborg juga. Mereka berpecah dan mencari makmal itu dan perlu memusnahkannya sebelum Doktor Gero mengaktifkan Cyborg 17 dan 18. Bezita juga mencari Cyborg dengan tujuan untuk melawan mereka. Trunks mengejar bapanya untuk menghalangnya sementara Pikolo mendedahkan asal-usul Trunks. Kemudian, Pikolo, Kurilin dan Ten Shin Han berpecah untuk mencari makmal Doktor Gero sementara Gohan membawa Bulma, Trunks bayi dan Yajirobe ke rumah Goku. Dalam pencarian, Kurilin diserang Doktor Gero tetapi dilepaskan Doktor Gero kerana terkesan tenaga Pikolo. Dia kemudiannya menghilangkan diri. 
64 "Jūnana Gō to Jūhachi Gō, Soshite...! Mezameru Jinzōningen-tachi" (17号と18号、そして…!目覚める人造人間たち) 11 Julai 2010
Doktor Gero akhirnya sampai di makmal sambil diekori Kurilin secara senyap. Ten Shin Han, Pikolo, Bezita dan Trunks dapat mengesan ki Kurilin setelah Kurilin mengumpul tenaga lalu datang ke makmal itu. Pintu makmal itu dimusnahkan dan kelihatan Doktor Gero telah mengaktifkan Cyborg 17 dan 18. Cyborg 17 dan 18 pada mulanya taat pada Doktor Gero. Dalam diam, Cyborg 17 menghancurkan alat kawalan mereka sementara Cyborg 18 mengaktifkan Cyborg 16 iaitu sejenis Cyborg serba mekanikal yang merupakan salah satu hasil kajian yang gagal daripada Doktor Gero. Cyborg 17 kemudiannya membunuh Doktor Gero kerana diancam untuk dinyahaktifkan. Trunks menembak dengan serangan tenaga yang besar dengan harapan supaya Cyborg 18 tidak dapat mengaktifkan Cyborg 16. Walaupun seluruh makmal musnah, Cyborg 16, 17 dan 18 tidak musnah sama sekali. Mereka kemudiannya berbalik kepada misi asal mereka iaitu membunuh Son Goku. Merekka dihalang Bezita yang mencabar mereka bertarung. Cyborg 16 menolak untuk berlawan. Oleh itu, Cyborg 18 mahu berlawan. 
65 "Kawaī Kao de Chō Pawā!? Jūhachi Gō tai Bejīta" (かわいい顔で超パワー!?18号VSべジータ) 18 Julai 2010
Cyborg 18 melawan Bezita dalam bentuk Super Saiya dan menang dengan mudah. Trunks cuba untuk menolong Bezita tetapi diserang dengan satu pukulan. Yang lain juga begitu kecuali Kurilin yang tidak melakukan apa-apa. Selepas perlawanan, Cyborg 16, 17 dan 18 meninggalkan Kurilin. Kurilin kemudiannya pergi ke tempat pahlawan-pahlawan naga dan memberi kacang Senzu setiap satu. Trunks menerangkan bahawa Cyborg itu lebih kuat daripada Cyborg di masa depannya. Bezita terbang pergi tanpa tujuan dalam kemarahan. 
66 "Hitotsu ni Modoru Toki ga Kita... Pikkoro Saikyō he no Ketsui!" (1つに戻る時がきた…ピッコロ最強への決意!) 1 Ogos 2010
Trunks menerangkan bahawa Cyborg pada masa depan berlainan dengan itu. Cyborg pada masa depan lebih kuat tetapi kurang kejam dan juga tiada Cyborg 16. Pikolo terbang untuk cuba berunding dengan Kami supaya dapat bergabung dengan Kami untuk mendapat kuasa yang kuat dengan harapan dapat mengalahkan Cyborg. Kami pada mulanya kurang setuju. Pikolo duduk dan tidak bergerak sehinggalah Kami membuat keputusan untuk bergabung dengannya. 
67 "Mō Hitotsu no Taimu Mashin!? Buruma ga Shiraseta Misuterī" (もう1つのタイムマシン!?ブルマが知らせたミステリー) 8 Ogos 2010
Bulma menerima panggilan tentang salah satu daripada produk syarikat Capsule Corporation. Satu gambar dihantar kepadanya. Trunks menyiasat hal ini dan mendapati mesin masa itu sama dengan mesin masa yag dinaikinya tiga tahun dahulu dengan bukti contengan Bulma yang berbentuk 'Hope' di mesin masa itu. 
68 "Soshite Kaibutsu ga Ugokidasu... Shutsugeki! Sūpā Namekku-seijin da!" (そして怪物が動き出す…出撃!超ナメック星人だ!) 15 Ogos 2010
Trunks, Gohan, dan Bulma sedang menyiasat mesin masa yang lain dan pada masa yang sama Krillin dan pahlawan-pahlawan lain sedang menonton berita terkini tentang bandar Metro sedang ditimpa satu masalah besar. Gohan menjumpai satu bekas cengkerang pelik yang pernah dihuni oleh satu jenis raksasa. Dewa kelihatan ketakutan kerana manusia dibunuh dan bersetuju bergabung dengan Pikolo. Sebelum bergabung dia berkata bahawa kejahatan dalam Pikolo hampir-hampir hilang dan dunia tidak perlukan Dewa malahan seorang wira. Selepas bergabung, Pikolo dan Dewa yang telah bergabung pergi ke bandar tersebut. Trunks juga mula pergi ke sana. Raksasa itu akhirnya menonjolkan dirinya kepada Pikolo. 
69 "Ore wa Omae no Kyōdai da! Goku no Ki wo Motsu Monsutā" (オレはお前の兄弟だ!悟空の気を持つモンスター) 22 Ogos 2010
Berbalik ke rumah Datuk Kame, Chi Chi mendapati Goku sudah mula pulih. Raksasa itu menggunakan penyengat di ekornya untuk menyerap tenaga hayat seseorang sehingga cair. Raksasa itu tahu nama Pikolo dan mengatakan bahawa dia adalah abangnya. Pahlawan Z yang lain teransang dengan jumlah Ki yang sangat besar dan mari daripada orang yang berbeza termasuk Goku. Semua pahlawan Z kemudiannya berkumpul di satu tempat dan tenaga kuat itu juga wujud di tempat lain. Gohan pergi melihat ayahnya dan melihat ayahnya masih tidur. Hal ini bermakna tenaga kuat itu bukan dari Goku. Kurilin dan Trunks terbang menghala Bandar Halia di mana Pikolo dan raksasa itu bertarung. Android-android itu merasakan getaran atmosfera dan menyatakan salah satu daripada pembaca tenaga bagi musuh Android 17. Pikolo mula menyerang dan raksasa itu mengelak dan kemudian menggunakan Makansappo kepada Pikolo. Pikolo terkejut besar dan berjaya menempis serangan itu. Raksasa itu memberitahu Pikolo bahawa dia tidak setanding dengan Pikolo kerana belum mencapai 'tahap sempurna'. Justeru, disebabkan itulah dia menyerap tenaga manusia untuk meningkatkan tenaga hayatnya. Raksasa itu juga memberitahu bahawa dia sendiri yang menghantar dirinya kembali ke mesin masa. Dia mengembalikan dirinya ke dalam peringkat telur dan muatkan diri ke dalam mesin masa. Selepas itu, dia mengejutkan Pikolo dengan menggunakan teknik Kamehameha dan cuba menyerap Pikolo. Namun, Pikolo sempat melarikan diri tetapi tangan kirinya sudah kecut disedut. Raksasa itu menggelarkan dirinya 'Cell' dan dia mengakui bahawa dia adalah salah satu android. 
70 "Esukēpu senjutsu, Taiyoken! Jinzōningen Seru no kōgeki" (渦巻く策略、太陽拳!人造人間セルを追え) 29 Ogos 2010
Cell menerangkan yang dia dihasilkan oleh komputer milik Doktor Gero. Suatu masa dahulu, Doktor Gero telah memulakan pencarian sel-sel pahlawan-pahlawan terkuat untuk mengkaji bagaimana dia boleh sintesiskan satu android daripada sel-sel itu. Walau bagaimanapun, kerja ini mengambil masa yang sangat lama. Lama-kelamaan, Doktor Gero telah berputus asa tetapi komputer itu masih beroperasi. Sel Pikolo, Goku dan Bezita telah diambil semasa pertarungan dengan Bezita buat kali pertama. Mereka juga mendapat sel Frieza dan bapanya semasa datang ke Bumi yang menyebabkan bacaan Ki yang berbeza. Satu robot pengintip kecil yang sama dengan Cell telah digunakan untuk mengumpul sel-sel dan menghantarnya ke koputer itu. Kemudian, Pikolo menghancurkannya. Walaupun makmal Doktor Gero sudah musnah, masih terdapat satu bilik kecil yang mana terdapat komputer itu. Cell juga menerangkan bagaimana dia boleh kembali ke bentuk telur dan memerlukan masa tiga tahun di bawah tanah untuk matang semula. Dia pergi semula ke masa lampau kerana penyedutan tenaga manusia masih tidak mencukupi untuk mencapai peringkat sempurna. Dia memang perlu untuk menyerap tenaga daripada #17 dab #18. Pada masa depan #17 dan #18 sudah tidak wujud tetapi nasib baik Trunks ada mesin masa. Cell membunuh Trunks dan kembali ke masa lampau untuk mencari #17 dan #18. Destinasi mesin masa ialah pada era itu kerana Trunks sudah pun menetapkan akan kembali ke era itu. Komputer itu juga memberitahu Cell bahawa jika dia dapat mencapai peringkat sempurna, dia tidak dapat ditandingi lagi. Selepas mendapat maklumat itu, Pikolo mencabut tangan kirinya dan menumbuhkan semula. Semasa Pikolo dan Cell hendak bertarung semula, Trunks dan Kurilin sampai. Peluang untuk menang tipis bagi Cell. Justeru, dia melarikan diri dengan membutakan mata mereka sementara dengan teknik Taiyoken dan menghala ke Nicky Town. Bezita tiba dan merasai bacaan Ki yang besar dari Pikolo. Ten Shin Han tiba dan Pikolo menerangkan kepada semua mengenai Cell. 
71 (神出鬼没のセルを討て!ついに復活、孫悟空!) 5 September 2010
Selesai penerangan Pikolo, Bezita larikan diri. Dia mengatakan bahawa akan berusaha melepasi tahap Super Saiya. Trunks dan Kurilin mencari makmal Doktor Gero dan memusnahkannya. Sebelum itu, Trunks sempat mengambil kertas pelan mengenai Android #17 dan #18. Kemudian dia memberi kertas itu kepada Kurilin untuk di sampaikan kepada Bulma supaya kelemahan Android dapat diketahui. Semenatara itu, Trunks pergi mencari bapanya, Bezita untuk berlatih. Selesai menghantar kertas pelan itu, Kurilin terus ke rumah Kame. Dalam perjalanan, dia terserempak dengan Cell yang sedang menyerap tenaga manusia. Kurilin bertarung seketika dengan Cell sehinggalah Ten Shin Han dan Pikolo datang. Cell terus melarikan diri. Semua menuju ke rumah Datuk Kame. Setibanya di sana, mereka menonton televisyen untuk mengikuti perkembangan semasa Cell. Penduduk Bandar Nicky telah habis diserap Cell. Semua pahlwan Cell bertekad untuk menghalangnya. Beberapa seketika selepas mereka pergi, Goku tersedar. Goku berlatih Kame Hame Ha sejenak dan memberitahu Chi Chi dan Datuk Kame bahawa dia telah mendengar semua perbualan mereka semasa pengsan dan akan berlatih untuk melepasi tahap Super Saiya. 
72 "Sūpā Saiyajin o Koero!! Iza, Seishin to Toki no Heya e" (超サイヤ人を超えろ!いざ、精神と時の部屋へ) 12 September 2010
Goku menggunakan teknik transmisinya untuk mengambil Gohan, Bezita dan Trunks dengannya supaya dapat berlatih di dalam Bilik Semangat dan Masa. Bilik itu hanya boleh memuatkan dua orang. Goku memberi laluan kepada Bezita dan Trunks untuk masuk dahulu. Goku menerangkan kepada mereka bahawa satu tahun di dalam bilik itu bersamaan dengan satu hari di dunia luar. Trunks dan Bezita memasuki bilik itu. Mereka mendapati bilik itu hanya berwarna putih dan tidak ada penghujung serta tiada apa-apa di situ. Sementara itu, Pasukan Android sampai di rumah Datuk Kame dan mempersoalkan kehadiran Goku di situ. Pikolo tidak memberitahu di mana Goku berada dan bermulalah pertarungan antara Pikolo dan #17. Pikolo menunujukkan kuasanya yang sebenar dan hampir-hampir menghapuskan #17 tetapi sempat mengelak. Selepas satu hari, Goku dan Gohan sabar menunggu Bezita dan Trunks yang bakal keluar dari bilik itu. Adakah Bezita dan Trunks akan dapat melepasi tahap Super Saiya? 
73 "Kore ga Sūpā Namekku-seijin no Chikara! Jūnana Gō Tai Pikkoro" (これは、超星人のパワーです!いいえ、17対ピッコロ!) 19 September 2010
Bulma bekerja keras untuk mencari kelemahan Android. Pikolo melambat-lambatkan masa dengan melawan Android 17 sementara Bezita dan Trunks berlatih untuk menandingi tahap Super Saiya. Setelah mengetahui Pikolo setaraf dengannya, Android 17 serius bertarung. Cell merasai Ki mereka berdua dan pergi ke tempat mereka bertarung. Setelah menyedut banyak tenaga manusia, kuasa Cell bertambah dan telah menandingi tahap tenaga Android 17. Kurilin mendapat panggilan daripada Bulma yang mangatakan bahawa dia telah berjaya mencipta alat untuk mematikan suis Android dan akan datang ke rumah Datuk Kame secepat mungkin. Android 17 menyatakan mungkin tenaganya setaraf dengan Pikolo. Namun, sebagai android, tenaganya tidak berkurang walaupun sedikit. Berlawanan pula kepada Pikolo. Sedang asyik bertarung, Cell tiba-tiba datang dan Pikolo begitu terkejut. Sementara itu, Goku dan Gohan masih menunggu Bezita dan Trunks yang bakal keluar dari Bilik Semangat dan Masa. 
74 "Nigero Jūnana Gō! Pikkoro, seikatsu no tame no tatakai" (ラン17号!ピッコロ、生活のための戦い) 26 September 2010
Datuk Kame mencadangkan Kurilin supaya pergi mengambil alat itu daripada Bulma daripada menunggu Bulma menghantarnya. Kurilin terbang pergi secepat mungkin. Ten Shin Han tidak tahan menunggu dan terbang ke tempat pertarungan Pikolo. Datuk Kame tidak sempat menghalang Ten Shin Han kerana takut dia juga terkorban dalam pertarungan itu. Datuk Kame kemudiannya menelefon Bulma yang sedang bermain dengan Trunks. Sementara itu, Pikolo dan Android 17 bekerjasama melawan Cell. Pikolo mati dibunuh Cell. Android 16 meminta Android 18 supaya melarikan diri. Gohan yang dapat mengesan kehilangan Ki Pikolo secara tiba-tiba cuba pergi ke tempat kejadian. Walau bagaimanapun, Goku sempat menghalangnya. 
75 "Jitsu-ryoku Mi-chisū! Kamoku na Senshi Jūroku Gō, Ugoku" (実力未知数!寡黙な戦士16号、動く) 3 Oktober 2010
Cell berjaya menangkap Android 17 dan hampir menyedutnya. Android 16 mengambil keputusan untuk melawan Cell kerana dalam perkiraanya, tahap kuasanya sama dengan Cell. Cell cuba menyedut Android 16 namun tiada apa-apa terjadi kerana Android 16 robot sepenuhnya. Android 16 membelasah Cell dan menggunakan teknik penamatnya. Android 16 menyuruh Android 17 melarikan diri tetapi ditentangnya. Cell menyerang Android 17 daripada belakang dan menyedutnya. Cell telah berubah ke versi dua. Android 16 menarik Android 18 dan cuba melarikan diri tetapi dihalang Cell. Cell menyerang Android 16 hingga pecah sebahagian daripada kepalanya dan terus menuju ke arah Android 18. Android 18 mengugut Cell untuk meletupkan diri namun Cell memujuknya dengan suara Android 17. Android 18 dapat merasakan keanehan suara Android 17 dan mahu meneruskan niatnya. Ten Shin Han yang berada tidak jauh dari situ terbang tinggi dan menggunakan teknik Meriam Tiga Penjuru pada Cell.