Senario 2 (album 1998)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Senario 2 merupakan album studio ke-2 dan menampilkan seorang ahli baharu iaitu Saiful Apek selepas pengunduran Illya dan Hamdan pada awal tahun 1998. Album ini diterbitkan oleh Ambang Klasik pada pertengahan tahun 1998.

Senario 2
Album studio oleh
Dilancarkan pada1998
Dirakamkan pada1998
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
StudioGraze Studio
GenrePop, Irama Malaysia, Rock
BahasaBahasa Melayu
SyarikatAmbang Klasik
PenerbitAnuar Dahlan
Kronologi Senario
Senario Senario 2 Senario 3 - Seantero
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Lagu "Oh Ya Ye Tungau Cinta" yang dinyanyikan Saiful Apek telah menjadi runut bunyi bagi filem Lagi-Lagi Senario dengan tajuk "Gerai Cinta" yang telah dinyanyikan semula oleh Ani Mayuni. Lagu "Joget Toleh Menoleh" yang ditulis oleh Nuraffendi Nurdin atau nama pena bagi Allahyarham Paklah Cecupak juga telah memenangi juara bagi rancangan Komposer yang dianjurkan oleh TV3 sekitar 1998. Antara lagu popular yang dimuatkan dalam album ini ialah "Joget Toleh Menoleh", "Motor Kapchai", "Zapin Usik Mengusik" dan "Dikir Barat Siang Malam".

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Dikir Barat Siang Malam"AzmeerAzmeer
2."Zapin Usik Mengusik"NazBudien
3."Sayangku Oii"WahidIdzahar
4."Adik-Adik"JajaJaja, Azlee, Wahid
5."Motor Kapchai"AzleeBudean
6."Joget Toleh Menoleh"Nor Affendi NordinNor Affendi Nordin
7."Oh Ya Ye Tungau Cinta"Raja Kobat, Manan NgahManan Ngah
8."Laut, Udara, Darat"AzleeCc
9."Hatiku Di Kampung"Acik DuanAcik Duan
10."Calon Isteri"Jalal IbrahimJalal Ibrahim