Azmeer
Jump to navigation
Jump to search
Mohd Azhar bin Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Azmeer adalah merupakan seorang komposer[1] dan penulis lirik lagu di Malaysia. Beliau banyak menghasilkan lagu dan lirik untuk penyanyi terkenal tanah air seperti Dato' Sri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Senario, Liza Hanim dan Misha Omar.
Azmeer | |
---|---|
Nama lahir | Mohd Azhar bin Abu Bakar[2] |
Pekerjaan | Penggubah Lagu, Penulis Lirik, Penerbit Muzik, Penerbit Album, Guru Vokal, Juri Pertandingan |
Tahun aktif | 1990-kini |
Pengkarya berkait | Dato' Sri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Senario, Liza Hanim, Misha Omar |
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Pada Jun 1990, Azmeer pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama penyanyi Ramlah Ram yang mengakibatkan beliau kehilangan tangan kanannya ketika itu. Mereka dikhabarkan terlibat dalam kemalangan tersebut setelah selesai keluar makan malam bersama. [3]
Lagu-lagu ciptaan[sunting | sunting sumber]
Sebagai pencipta dan penulis lirik.
- "Purnama Merindu" (Siti Nurhaliza)
- "Nian Dihati" (Siti Nurhaliza)
- "Cepat Kaya" (Senario)
- "Cari Tapak" (Senario)
- "Andainya Aku Bersuara" (Liza Hanim)
- "Menadah Gerimis" (Ziana Zain)
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Penampilan Televisyen[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran |
---|---|---|---|
2003 | Anugerah Juara Lagu ke-18 | Sebagai juri. | TV3 |
2009 | My Starz LG (Musim 3) | Sebagai juri tetap. | TV3 |
2010 | Mentor (musim 4) | Sebagai Mentor / Pemenang Tempat Ketiga | TV3 |
2011 | Vokal (Musim 1) | Sebagai juri tetap. | TV3 |
2012 | Vokal (Musim 2) | Sebagai tenaga pengajar | TV3 |
2019 | Separuh Akhir Muzik Muzik 34 | Sebagai ketua juri. | TV3 |
Pencapaian[sunting | sunting sumber]
Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]
Tahun | Edisi | Lagu | Kategori | Keputusan | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
1999 | 14 | "Purnama Merindu" (nyanyian Siti Nurhaliza |
Balada | Menang Juara Kategori | Sebagai pencipta lagu. |
2002 | 17 | "Menadah Gerimis" (nyanyian Ziana Zain) |
Balada | Menang Juara Kategori | Sebagai pencipta dan penulis lirik |
Mentor[sunting | sunting sumber]
Tahun | Musim | Peranan | Keputusan |
---|---|---|---|
2010 | Ke-4 | Mentor kepada Nani | Pemenang Tempat Ketiga |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Bukan tak bagus..." Berita Harian. 17 Disember 2020. Diarkib daripada yang asal pada 13 Januari 2021. Dicapai pada 13 Januari 2021.
- ^ "Azmeer Dan Arja Lee Terima Ijazah USM". mSTAR. 24 September 2012. Diarkib daripada yang asal pada 13 Januari 2021. Dicapai pada 13 Januari 2021.
- ^ Izzati Ramli [1] Media Hiburan.