Sezairi Sezali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sezairi Sezali
Kelahiran (1987-08-06) 6 Ogos 1987 (umur 36)
WarganegaraSingapura
PendidikanDiploma Teknologi Muzik, Kelas 2009[1]
Pusat pendidikanKolej Kesenian LASALLE[1]
Pekerjaan
  • Penyanyi-penulis lagu
  • pemuzik
Tahun aktif2010-kini
Ketinggian1.73 m (5 ka ​8 18 in)
Rakan kongsi domestikSyaza Qistina Tan (k. 2016)
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
  • Vokal
  • piano
  • gitar
Syarikat rakaman
Laman web rasmiwww.sezairi.co

Sezairi Sezali (lahir 6 Ogos 1987) atau lebih dikenali sebagai SEZAIRI ialah seorang penyanyi-penulis lagu dan pemuzik Singapura. Beliau meraih kejayaan menerusi Singapore Idol musim ke-3, memenangi pertandingan pada 2009.[2]

Sezairi menandatangani kontrak bersama label utama, Sony Music Entertainment pada 2015. Pada tahun 2016, beliau melancarkan EP senamanya.[3] Pada 30 Januari 2020, beliau melancarkan EP terbaharu, Undertones.[4]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Sezairi mula tertarik dengan muzik sejak berusia 5 tahun. Lagu pertama ialah "Isabella", yang dipopularkan oleh kumpulan rock Malaysia, Search pada 90-an.[5] Pada usia 14 tahun, beliau memetik gitar untuk mengiringi nyanyiannya. Ini menyebabkan beliau menubuhkan kumpulan Juxtapose yang mana beliau berkhidmat sebagai ketua kumpulan. Bersama kumpulan itu, Sezairi mampu menunjukkan kemahiran sebagai pemuzik, dan juga sebagai penulis lagu. Ini membantu beliau membuat persiapan untuk menyertai pertandingan nyanyian televisyen kebangsaan, Singapore Idol, pada 2009.[6][7]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sezairi melangsungkan perkahwinannya dengan teman wanitanya, Syaza Qistina Tan pada 23 Januari 2016.[8][9] Majlis telah dihadiri oleh 150 tetamu dan diadakan di Timbre Music Academy Hall in Old Parliament Lane, dengan senarai tetamu terdiri daripada mereka yang bergiat aktif di dunia hiburan, termasuk ahli kumpulan The Sam Willow, Benjamin Kheng, rapper Sheikh Haikel dan Kevin Lester.[10]

Pada Ogos 2016, majlis jamuan perkahwinan diadakan di SAF Yacht Club di Changi bagi meraikan pernikahan Sezairi bersama isterinya. Ahli-ahli kumpulan muzik turut kelihatan di majlis, termasuk The Sam Willows, 53A, komposer Jeremy Monteiro dan juruhebah radio 987FM Tabitha Nauser merupakan pengiring perkahwinan. Pelawak Fakkah Fuzz ialah emcee untuk majlis itu dan penyanyi-penulis lagu Charlie Lim menyanyikan lagu untuk pasangan Sezairi dan Syaza.[11]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2009, Sezairi mengambil bahagian dalam musim ketiga rancangan pertandingan nyanyian televisyen seluruh negara, Singapore Idol dan dinobatkan sebagai juara. Beliau melancarkan album studio sulungnya, Take Two pada Jun 2010, menerima ulasan positif. "Broken" telah dikeluarkan sebagai single pertama album ini, merupakan lagu Asia terbaik 2010 di 987FM, sebuah stesen radio Singapura.[12]

Beliau menandatangani kontrak bersama Sony Music Singapura pada 2014 dan melancarkan EP senamanya, SEZAIRI, menampilkan single pertama, "Fire To The Floor".[13]

Pada 30 Januari 2020, beliau melancarkan EP kedua, Undertones, menampilkan lagu balada "It’s You".[14] Lagu ini telah melepasi 10 juta pendengar secara dalam talian dan telah menerima pensijilan EMAS sejak dikeluarkan. "It’s You" telah tersenarai dalam senarai Apple Music’s Best of 2018: Editors’ Picks Global Playlist, yang mana ia menduduki tangga ke-3 antara lagu yang paling dikenali.

Sezairi juga berkecimpung dalam bidang lakonan, dengan penampilan pertama lakonannya dalam filem drama cereka sejarah Singapura, 1965,[15] dan dalam pantomim December karya W!LD RICE, The Emperor's New Clothes.[16][17]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan Ruj.
2015 1965 Adi Filem sejarah Singapura arahan Randy Ang dan Daniel Yun [15][18][19][20][21]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Take Two[22]
  • Tarikh keluaran: 2010
  • Label: Universal Music
  • Runut-runut: Heart Of The Matter, Somebody Like You, Would She Know?, A Woman And A Man, Better Be Home Soon, Morning Coffee, Just A Lie, Matahari, Broken, Sunshine, Touched By An Angel

EP[sunting | sunting sumber]

SEZAIRI[23]
  • Tarikh keluaran: 2016
  • Label: Sony Music Entertainment
  • Penerbit: Ari Renaldi, Harry Sommerdahl
  • Runut-runut: Intro, Terrified, Empty, It Will Never Mend, Better Than
  • Single-single: Fire To The Floor
Undertones [14]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Badan Pemberi Anugerah Kategori Karya Keputusan Ruj.
2009 Singapore Idol Musim 3 Singapore Idol Musim 3 Dirinya sendiri Menang [24]
2015 Anugerah Planet Muzik 2015 Lagu Kolaborasi Terbaik "Jangan Coba Berlari" Menang [25]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "STAR ALUMNI > SEZAIRI SEZALI". LASALLE College of the Arts Singapore. Dicapai pada 20 November 2017.
  2. ^ Yeo, Melissa (2016-02-03). "14 Singapore Idol Stars: Where Are they Now? - Must Share News". Must Share News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-03-01.
  3. ^ "Sezairi Fires Back!". The UrbanWire (dalam bahasa Inggeris). 2016-08-22. Dicapai pada 2020-03-18.
  4. ^ hermes (2020-02-06). "Breezy, beguiling numbers". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-03-18.
  5. ^ "Exclusive Interview with Sezairi: Singapore Idol Bukan Loncatan Karir Saya". creativedisc.com. Dicapai pada November 20, 2018.
  6. ^ "Sezairi Sezali for ZALORA Singapore". zalora.sg. Dicapai pada 23 December 2019.
  7. ^ "Sezairi is "domesticated and old", and that's fine by him". todayonline.com. Dicapai pada January 8, 2020.
  8. ^ "Singapore Idol Sezairi Sezali marries long-time girlfriend". tnp.sg. Dicapai pada 25 December 2018.
  9. ^ "Singapore Idol 3 winner Sezairi Sezali holds wedding dinner for 200 guests at waterfront venue". straitstimes.com. Dicapai pada 8 August 2019.
  10. ^ "Singapore Idol 3 winner Sezairi Sezali solemnises wedding to longtime girlfriend". straitstimes.com. Dicapai pada 23 January 2016.
  11. ^ hermesauto (2016-08-21). "Singapore Idol 3 winner Sezairi Sezali holds wedding dinner for 200 guests at waterfront venue". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-03-01.
  12. ^ "Idol Winner Sezairi Sezali Sets New Direction". republicanpost.sg. Dicapai pada 6 September 2017.
  13. ^ "Sony Music signs S'pore musicians Sezairi, Trick". TODAYonline. Dicapai pada 2020-03-18.
  14. ^ a b "Sezairi releases Undertones EP featuring new song, She Moves". Bandwagon Asia. Dicapai pada 12 May 2020.
  15. ^ a b "Sezairi debuts Selamat Pagi from the movie 1965". tnp.sg. Dicapai pada Jun 18, 2015.
  16. ^ "Theatre Review (Singapore): 'The Emperor's New Clothes' at Wild Rice". blogcritics.org. Dicapai pada December 8, 2015.
  17. ^ "Sezairi - About | Facebook". www.facebook.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-03-01.
  18. ^ "1965". Box Office Mojo. IMDB. Dicapai pada 12 March 2016.
  19. ^ Loh, Genevieve (2 September 2014). "SG50 film 1965 to start filming in November". Today. Dicapai pada 7 August 2015.
  20. ^ Ng, Gwen (8 October 2014). "Lim Kay Tong to play founding PM Lee Kuan Yew in the movie 1965". The Straits Times. Dicapai pada 14 August 2015.
  21. ^ Yip, Wai Yee (29 July 2015). "Challenge playing Lee Kuan Yew". The Straits Times. Dicapai pada 7 August 2015.
  22. ^ "Sezairi Sezali – Take Two". discogs.com. Dicapai pada 28 June 2010.
  23. ^ "Sezairi Fires Back!". theurbanwire.com. Dicapai pada 22 August 2016.
  24. ^ "Sezairi Crowned Singapore Idol". theurbanwire.com. Dicapai pada 28 December 2009.
  25. ^ "Singapore punk rock trio Iman's League makes history at Anugerah Planet Muzik 2015". kwiknews.my. Dicapai pada 13 October 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]