Pergi ke kandungan

Sheikh Haikel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sheikh Haikel
شيخ هيكل
Kelahiran
Sheikh Haikel bin Sheikh Salim Bajrai

(1975-10-10) 10 Oktober 1975 (umur 51)
WarganegaraSingapura
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pelawak, personaliti radio
Tahun aktif1991–kini
PasanganAnna Belle Francis
Anak-anak3
AnugerahPemenang Asia Bagus 1991
Kerjaya muzik
GenreHip hop
Alat muzikSuara Sunting nilai ini di Wikidata
Laman web rasmiwww.sheikhhaikel.com

Sheikh Haikel Sheikh Salim Bajrai (شيخ هيكل شيخ سليم Šayḫ Haykal Šayḫ Salīm, lahir 10 Oktober 1975) ialah penyanyi, pelakon, pelawak dan personaliti radio Singapura. Beliau memenangi pertandingan bakat Asia Bagus pada tahun 1991. Sebagai personaliti multi media dengan banyak tugas di radio, televisyen, filem, dan panggung, beliau telah menghasilkan tiga album studio dan banyak album lagu single hingga kini.[1] Beliau kini mengendalikan sekolah muzik di Kuala Lumpur di mana mereka mengajar pelbagai genre muzik termasuk, Hip Hop, Classical dan Rock.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Sheikh Haikel berketurunan Arab.[2] Beliau mempunyai seorang adik perempuan.[3] Beliau berkahwin dengan pelakon Singapura, Anna Belle Francis.[4] Mereka dikurniakan tiga anak – Triqka (lahir 2003), Abbra (lahir 2004) dan Juz (lahir 2014).[2]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album solo

[sunting | sunting sumber]
  • For Sure (2002)
  • For Sure Too (2003)
  • 10.10.10 (2010)
  • Eh Lah (2011; dimuatkan dalam album, Check, Check, 1–2, 1–2)
  • Check, Check, 1–2, 1–2 (TBA)
  • "Witulah" (With u lah) (menduduki No. 1 di carta muzik Malaysia)[5]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
TahunKaryaPerananCatatan
1996Army DazeJohari Salleh
2003City SharksJeff
2005Living with LydiaThe KingKameo
2006Stories of Love: The Anthology SeriesFakriFilem TV
2010KnockoutHos; Dirinya sendiri
2011Zero HeroPretty Boy One
2013 Maharaja Lawak Mega 2013 Juri Tetap
2014Gerak KhasSyed Jamal/JimmyPenampilan khas
  1. ↑ "S.S., by Sheikh Haikel". Sheikh Haikel. Dicapai pada 2017-02-25.
  2. 1 2 "Sheikh Haikel: Hip Hop Artiste, Dad for Life". Dads For Life. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2011. Dicapai pada 11 Oktober 2012.
  3. ↑ Hidayah Salamat (4 November 2010). "Artiste Sheikh Haikel And His Big Comeback". I-S Asia.
  4. ↑ "10 celebrity stories on the road". AsiaOne Relax. Dicapai pada 11 October 2012.
  5. ↑ Anne Freeman (22 March 2006). "MIDEM Music Spotlight: Sheikh Haikel". Music Dish. Dicapai pada 11 October 2012.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]