Taufik Batisah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Taufik Batisah
Taufik Batisah2.jpg
Latar belakang
Nama lahir Muhammad Taufik bin Batisah
Juga dikenali sebagai
Taufik Batisah
Kelahiran (1981-12-10) 10 Disember 1981 (umur 36)
Singapura
Berasal dari  Singapura
Genre R&B, Soul, Pop
Pekerjaan Penyanyi
Instrumen Vokal
Tahun aktif 2004 – sekarang
Syarikat rakaman
Hype Records
Laman sesawang
www.taufikbatisah.net

Muhammad Taufik Bin Batisah, (dilahirkan pada 10 Disember 1981) ialah pemenang bagi Singapore Idol musim pertama. Beliau berdarah kacukan Bugis dan India. Beliau pernah bersekolah di Boon Lay Primary School dan Jurong Secondary School dan seterusnya menyambung pengajian di Politeknik Singapura.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada permulaan kerjayanya, beliau merupakan seorang penyanyi bagi sebuah kumpulan tempatan yang dikenali sebagai Bonafide yang bermain pelbagai alat muzik. Antara genre muzik yang diketengahkan ialah Hip-Hop dan R&B bersama rakan-rakan sebayanya yang juga penyanyi rap seperti Mark Subra..[1]

Pada mulanya, visi Taufik menyertai Singapore Idol adalah untuk memperkenalkan kumpulannya, Bonafide, kepada umum. Beliau terpilih ketika uji bakat akan tetapi beliau dilabelkan sebagai "sombong" oleh para juri namun para juri tidak dapat menafikan bakat yang terdapat pada dirinya.

Beliau telah mendapat undian yang tertinggi dalam kumpulannya ketika Pertunjukan Piano dan berjaya melayakkan diri dalam Top 12 Singapore Idol. Minggu berganti minggu, beliau berjaya membuatkan orang terpegun menengar suaranya dan melakukan persembahan yang berterusan dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, ketika minggu yang bertemakan R&B Taufik melakukan persembahan yang amat baik dan pada ketika itu warga singapura mula menyedari bahawa Taufik ialah seorang yang merendah diri dan seorang penyanyi muda yang mempunyai bakat yang amat besar. Beliau berjaya menarik lebih ramai peminat untuk membantu perjalanannya dalam pertandingan itu seterusnya mengelakkan beliau daripada tersingkir pada setiap minggu.

Pada 1 Disember 2004, Taufik telah dinobatkan sebagai Singapore Idol di Stadium Tertutup Singapura (Singapore Indoor Stadium). Lebih daripada 8000 orang peminat dan lebih kurang 1.8 juta orang penonton dari serata tempat menjerit kegembiraan atas kejayaannya itu.

Beliau mendapat kontrak rakaman daripada Sony BMG dan pihak pengurusan meletakkannya di bawah pengurusan artis Hype Records, ArtisteNetworks. Kemudiannya, mereka mendedahkan bahawa Taufik telah mendapat 682,000 undian daripada 1.1 juta undian pada malam itu manakala pencabarnya, Sylvester Sim berjaya mendapat sebanyak 418,000 undian. Hal ini bermakna Taufik telah meraih undi sebanyak 62%,dan 24% untuk Sylvester Sim.

Setelah kemenangannya, perjanjian antara syarikat besar diadakan iaitu Harmuni Rice, Samsung, 7-Eleven dan minuman HSC. Beliau juga merupakan artis Singapura pertama yang membuat perjanjian dengan pembuat jam Swiss (Swatch).

Secara jujurnya,Taufik merupakan idola bagi setiap remaja di Singapura. Beliau mampu menarik ramai orang untuk bersama dalam kempennya iaitu Kempen Menanam Pokok yang diadakan di Bukit Batok.

Taufik telah melancarkan album sulungnya kepada awam, atau dengan tepatnya dinamakan Blessings, pada 14 Januari 2005. Beliau meneruskan usahanya untuk mencipta sejarah dengan album Blessings dan mendapat anugerah Double Platinum hanya selepas 20 hari dilancarkan dan pada masa itu di Singapura sahaja telah terjual lebih daripada 36,000 buah album. Pencapaian itu merupakan peristiwa bersejarah bagi industri muzik Singapura kerana tiada langsung album Inggeris yang berjaya menerima status double platinum dalam dekad itu. Pada ketika itulah kelab peminatnya yang rasmi dinamakan Fiknatic telah dilancarkan.

Dengan kejayaan penjualan albumnya yang cemerlang, Taufik telah membuat persembahan secara solo di Kallang Theatre pada 19 April 2005. Taufik mempersembahkan nyanyian daripada album pertamanya yang berlatarkan 5 buah kumpulan di hadapan 1,600 orang peminat yang bertuah. Persembahan itu yang dinamakan 'Sepetang bersama Taufik' (An Evening with Taufik) turut dirakamkan dan dijual dalam bentuk VCD. Sehubungan dengan persembahannya itu, gambarnya telah terpilih untuk dijadikan setem di Singapura dan telah dijual. Beliau menjadi artis pertama yang ditonjolkan pada setem Singapura.

Bersama-sama dengan empat finalis Singapore Idol yang lain, Taufik menceburi bidang lakonan dalam sebuah drama Bahasa Inggeris, Shooting Stars di Saluran 5 Mediacorp dan menerima pelbagai komen dan kritikan untuk lakonannya. Episod The pilot yang ditayangkan pada Hari Kebangsaan Singapura tahun 2005 telah ditonton oleh sejuta orang, menjadikannya drama Bahasa Inggeris tertinggi dengan jumlah penonton di Singapura sejak tahun 2001. Shooting Stars juga dibintangi peserta Singapore Idol yang lain iaitu, Sylvester Sim, Olinda Cho, Daphne Khoo dan Jeassea K. Thyidor. Beliau juga menyanyikan sebuah lagu solo "First" juga lagu tema bersama pelakon lain untuk runut bunyi Shooting Stars.

Taufik yang merupakan bekas perokok juga menjadi duta kepada Badan Promosi Kesihatan Singapura dan duta Kempen Kehidupan Sihat 2005. Beliau juga memberi sumbangan kepada yang memerlukan dengan mengadakan pelbagai persembahan amal seperti Singapore Heart Foundation's Affairs of the Heart juga Ikhlas daripada Saluran Suria.

Taufik seterusnya diiktiraf status beliau sebagai tokoh terkenal dalam industri muzik tempatan apabila beliau dijemput untuk menaja di sebahagian daripada Sambutan Gemilang Hari Kebangsaan Singapura ke-40 2005. Untuk kali pertamanya, dua artis solo, Taufik dan Rui En, menyanyikan lagu tema dan mempersembahkan yang terakhir - lagu duet bertajuk "Reach Out For The Skies".[Penjelasan diperlukan]

Tahun 2005 diakhiri dengan albumnya dalam carta Top 10 untuk Best Selling English Albums di Singapura untuk terbitan tahun 2005. Album beliau, Blessings, mendapat nombor 3; menjadikannya satu-satunya album tempatan dapat memasuki carta. Beliau juga ditawarkan untuk menjadi duta untuk sebuah servis internet mobil StarHub iaitu iMode.

Taufik menunaikan Komitmen Khidmat Negara pada bulan Oktober 2005 dan kejayaan beliau bersambung pada tahun 2006 dengan pencalonan yang begitu banyak. Beliau dipilih sebagai Most Saleable Artiste di Anugerah Pesta! Pesta! Pesta! Saluran Suria juga Artis Lelaki Paling Popular Singapura di Anugerah Planet Muzik 2006.

Taufik mengumpul anugerah untuk Favourite Artiste Singapore di MTV Asia Awards 2006, mengalahkan Stefanie Sun, JJ Lin, Ado, dan Huang Yida. Beliau juga memenangi Nickelodeon's Kids Choice Wannabe Award dalam kategori Singapura.

Dalam sebuah usaha sama dengan StarHub dan Hype Records, lima lagu single eksklusif oleh Taufik diedarkan dalam StarHub mobil, atas talian dan platform TV Kabel. Ia merupakan kali pertama di Singapura iaitu muzik digital baru dan belum dipasarkan daripada sebuah label rakaman telah diedarkan secara eksklusif oleh sebuah pembekal info-komunikasi dalam semua platform servisnya.[Penjelasan diperlukan]

Hal ini diikuti dengan ramalan keluaran album kedua beliau yang bertajuk All Because of You di bawah label Hype Records pada 23 November 2006 yang menampakkan beliau melangkah menjadi penyanyi-penulis-penerbit. Taufik menerbit dan menulis lapan daripada runut-runut dalam album tersebut, dan kerjasama daripada bakat muzik tempatan seperti Ahli Fiqir dan Imran Ajmain. Lagu single pertama beliau, Usah Lepaskan menjuarai carta RIA89.7 untuk 11 minggu dan menjadi sejarah carta dengan menjadi lagu paling lama dalam carta setelah menghabiskan 42 minggu dalam carta, manakala single kedua, Sesuatu Janji menjuari carta untuk 4 minggu berturut-turut.

2007 menyambung sinaran Taufik. Beliau dijemput untuk menyertai "Rise", sebuah single peringatan Ulang tahun ke-40 ASEAN di Asean Tourism Forum 2007. Disukai ramai kerana perwatakan beliau yang merendah diri dan kekuatan ketika di atas pentas, Taufik terus mengumpul anugerah "Personaliti Lelaki Paling Popular" di anugerah Suria TV "Pesta Perdana 2007", juga Nickelodeon's Kids Choice Wannabe Award untuk tahun yang kedua. Kemahsyuran dan muzik Taufik seterusnya diberi penghargaan di Anugerah Planet Muzik 07. Dalam beliau terpilih sebagai Artis Singapura Paling Popular, single beliau iaitu Usah Lepaskan memenangi anugerah Most Popular Singapore Song dan Best Singapore Song.[2]

Pada tahun 2007, Taufik akhirnya memasuki pasaran Malaysia dengan pengedaran album Malaysia pertama beliau iaitu Teman Istimewa. Album ini juga merupakan album pertama beliau yang hanya dijual di Malaysia. Album ini diedarkan pada 5 September 2007 dan merupakan album yang ditunggu-tunggu oleh Fiknatics di seluruh Malaysia. Album itu 90% diterbitkan oleh beliau sendiri. Tiga daripada lagu dalam album ini ialah versi Melayu lagu-lagu inggeris iaitu, First, Holding On dan I Promise Forever.[3]

Senarai persembahan Taufik Batisah di Singapore Idol[sunting | sunting sumber]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

2005: Blessings[sunting | sunting sumber]

  1. BACKUP AGAINST THE WALL
  2. CLOSE 2 U
  3. I DREAM
  4. LETS STAY TOGETHER
  5. ME & MRSJONES
  6. ONE LAST
  7. SEPTEMBER
  8. SUPERSTITION

2006: All Because of You[sunting | sunting sumber]

  1. TAUFIK BATISAH – ALL BECAUSE OF YOU – ALL BECAUSE OF YOU
  2. TAUFIK BATISAH – ALL BECAUSE OF YOU – HOLDING ON
  3. TAUFIK BATISAH – ALL BECAUSE OF YOU – SESUATU JANJI
  4. TAUFIK BATISAH – ALL BECAUSE OF YOU – USAH LEPASKAN

2007: Teman Istimewa[sunting | sunting sumber]

  1. TAUFIK BATISAH – TEMAN ISTIMEWA – BERSERAH
  2. TAUFIK BATISAH – TEMAN ISTIMEWA – JANJIKU PADAMU
  3. TAUFIK BATISAH – TEMAN ISTIMEWA – KESABARAN
  4. TAUFIK BATISAH – TEMAN ISTIMEWA – MYBG
  5. TAUFIK BATISAH – TEMAN ISTIMEWA – SESUATU JANJI
  6. TAUFIK BATISAH – TEMAN ISTIMEWA – SOMBONG
  7. TAUFIK BATISAH – TEMAN ISTIMEWA – TEMAN ISTIMEWA
  8. TAUFIK BATISAH – TEMAN ISTIMEWA – UNTUKMU
  9. TAUFIK BATISAH – TEMAN ISTIMEWA – UR CALL
  10. TAUFIK BATISAH – TEMAN ISTIMEWA – USAH LEPASKAN (ACOUSTIC)

2008: Suria Hatiku[sunting | sunting sumber]

  1. TAUFIK BATISAH – SURIA HATIKU – CINTA SURIA
  2. TAUFIK BATISAH – SURIA HATIKU – GADIS ITU
  3. TAUFIK BATISAH – SURIA HATIKU – HEY
  4. TAUFIK BATISAH – SURIA HATIKU – KAU DAN AKU
  5. TAUFIK BATISAH – SURIA HATIKU – KEPADANYA
  6. TAUFIK BATISAH – SURIA HATIKU – KHAYALAN
  7. TAUFIK BATISAH – SURIA HATIKU – NAFASKU
  8. TAUFIK BATISAH – SURIA HATIKU – PETUA
  9. TAUFIK BATISAH – SURIA HATIKU – SURIA HATIKU
  10. TAUFIK BATISAH – SURIA HATIKU – TIADA DUA

2014: Fique[sunting | sunting sumber]

Album Lain[sunting | sunting sumber]

  • 2005: Shooting Stars Original Soundtrack
  • 2010: Fried Rice Paradise – The Musical Soundtrack
  • 2011: Kenangan Di Hari Raya

VCD[sunting | sunting sumber]

  • 2005: An Evening with Taufik

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Taufik in Berita Minggu (Malaysia), 4 October 2005, retrieved 20 May 2013
  2. ^ Choy, Kenneth (3 October 2014). "Fique (Taufik Batisah) | 4/5". MediaCorp. TODAY. Dicapai 3 October 2014. 
  3. ^ Said, Nabilah (18 October 2014). "Taufik wins big at Anugerah Planet Muzik". Singapore Press Holdings. The Straits Times. Dicapai 20 October 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]