Shawn Yue

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Shawn Yue
ShawnYue2007.jpg
Nama Cina余文樂 (Tradisional)
Nama Cina余文乐 (Ringkas)
PinyinYú Wénlè (Mandarin)
JyutpingJyu4 Man4-lok6 (Kantonis)
KeturunanTaishan, Guangdong, China
Lahir (1981-11-13) 13 November 1981 (umur 38)
Hong Kong
PekerjaanPelakon, penyanyi
Jenis muzikCantopop
Alat muzikNyanyian
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Yue.

Shawn Yue (dilahirkan pada 13 November 1981), juga dikenali dengan nama Yue Man-lok (余文樂) ialah seorang pelakon dan penyanyi Hong Kong. Seorang bekas peragawan, dia telah membintangi banyak filem seperti Jiang Hu dan Infernal Affairs II dan telah meletakkan dirinya sebagai muka yang dikenali dalam pawagam Hong Kong.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Dicap sebagai "Nicholas Tse" berikutnya, Yue dilahirkan dan dibesarkan di Hong Kong, dengan berakar-umbi di Taishan, Guangdong. Dia membela seekor anjing dan ikan emas. Dijejaki pada usia muda di jalanan oleh ejen dari agensi peragawanan Starz People lalu bermulalah kerjaya peragawanannya atas dasar separuh masa. Setelah tamat Tingkatan 6, dia terus terjun ke dalam peragawanan sepenuh masa. Sejak itu dia menjadi peragawan bagi Giordano, Sony, Timberland, Gillette, Meko dan kini menjadi jurucakap bagi Shiseido Pureness dan Coca-Cola China.

Dari peragawanan ke lakonan[sunting | sunting sumber]

Setelah menjadi peragawan sepenuh masa selama beberapa tahun, Yue beralih karier dan melangkah kaki ke dalam dunia hiburan Hong Kong. Dia membintangi beberapa movie dan menempa kemasyhuran daripada watak pertamanya dalam Leaving Sorrowly (2001). 2005 juga merupakan tahun besar buat Yue yang memegang watak Takeshi Nakazato dalam filem Initial D. Menurut hebahan media terbaru, Yue hanya muncul kurang daripada setengah jam dalam filem itu. Bagaimana pun, di sebalik kemunculan pendek itu, pelakonan wataknya sebagai Nakazato berjaya meninggalkan tanggapan dan impak mendalam pada hati ramai penonton, terutamanya di Jepun, yang menghasilkan ramai peminat Jepun Yue dan pasaran baru yang menguntungkan telah terbuka buat Yue untuk ditakluki. Meskipun belum cukup berjaya, Yue juga menerbitkan empat buah albums, album pertama diterbitkan pada tahun 2002. Dia bekerja dengan Ayumi Hamasaki, bintang handalan muzik Jepun pada tahun 2007, yang berlakon sebagai buah hati Hamasaki dalam video promosi bagi "glitter" dan "fated", sama-sama terkandung dalam filem pendek arahan Wong-Hoi Kyoai ~Distance Love~.

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem
Tahun Judul dalam bahasa Inggeris Judul dalam bahasa Cina Watak Catatan
2001 Leaving in Sorrow 憂憂愁愁的走了 Hong
2002 Just One Look 一碌蔗 Fan
The New Option 飛虎雄師 Jackie Law
Infernal Affairs 無間道 Chan Wing-yan muda
2003 Love Under the Sun 愛在陽光下 Filem pendek
1:99 Shorts 1:99 電影行動
My Lucky Star 行運超人 Anggota polis
Diva Ah-Hey 下一站...天后 Wing
Feel 100% 2003 百分百感覺 2003 Jerry Lau Yiu-jo
Infernal Affairs II 無間道II Chan Wing-yan
Hidden Track 尋找周杰倫 Yu Wenle
Infernal Affairs III 無間道III: 終極無間 Chan Wing-yan muda
2004 In-Laws, Out-Laws 我的大舊父母 Kang Qizu
Jiang Hu 江湖 Wing
Love Is a Many Stupid Thing 精裝追女仔2004 Crazy Tom
Super Model 我要做Model orang yang ditemuduga yang memuji Mandom
Deng Xiaoping in 1928 鄧小平·1928
2005 Colour of the Loyalty 黑白戰場 Fat
Initial D 頭文字D Takeshi Nakazato
Dragon Squad 猛龍 Pegawai Hung Kei-lok
2006 McDull, the Alumni 春田花花同學會 Anggota polis
Isabella 伊莎貝拉 Si mulut manis di bar
Dragon Tiger Gate 龍虎門 Turbo Shek
Diary 妄想 Ray Fan / Seth Lau
Wo Hu 臥虎 Pembunuh
2007 Love in the City 男才女貌 Yang Le
Undercover 危險人物 Feng
Invisible Target 男兒本色 Inspektor Carson Fong
Distance Love diri sendiri Filem pendek
In Love with the Dead 塚愛 Tuan Yan-ming
Trivial Matters 破事兒 Lok
2008 Playboy Cops 花花型警 Michael Mak Ho-Man
Shamo 軍雞 Ryo Narushima
The Moss 青苔 Jan
Rule No. 1 第一誡 Sgt. Lee Kwok-Keung
2009 I Come with the Rain 伴雨行 Meng Zi
Rebellion 同門 Po
2010 Hot Summer Days 全城熱戀熱辣辣 Artis tato
Love in a Puff 志明與春嬌 Jimmy
Curse of the Deserted 荒村公寓 Gene Guo
Legend of the Fist: The Return of Chen Zhen 精武風雲-陳真 Jeneral Zeng
Reign of Assassins 劍雨 Lei Bin
The Child's Eye 童眼 Lok
My Best Bodyguard 玩命狙擊
2012 Heroic Detective 神探·李奧
The Second Woman 情谜 Huibao / Huixiang
Love in the Buff 春嬌與志明 Jimmy
Motorway 車手 Cheung
Lacuna 醉后一夜 Shen Wei
The Guillotines 血滴子 Haidu
2013 SDU: Sex Duties Unit 飛虎出征
2014 As the Light Goes Out 救火英雄
Golden Chicken 3 金雞SSS
Aberdeen 香港仔
Girls 閨蜜 Diterbitkan July 31, 2014
Helios 赤盜 Pasca penerbitan
2015 Hustle 暴走迷城 Dalam penggambaran
From Vegas to Macau 2

Siri TV[sunting | sunting sumber]

  • 2002 - 愛情白皮書 / Tomorrow sebagai Ou Yang Gua Ju
  • 2010 - 熊貓人 / Pandamen sebagai Luo Han (羅漢) - pelakon jemputan
  • 2014 - 微時代之戀·初戀篇 / Microblog Time Love

[2] [3]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Private Room (2002)
  • Lost And Found (2003)
  • The Survivor (2004)
  • Whether Or Not (2005)
  • Not A Star (2011)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Interview: Shawn Yue". Time Out (dalam bahasa English). Dicapai pada 2013-12-12.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  2. ^ Shawn Yue at hkmdb.com
  3. ^ Shawn Yue at chinesemov.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]