Sheeda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search


Sheeda
Nama lahir Sayyida Beevi Binti M. Shahul Hameed
Juga dikenali sebagai
Sheeda
Berasal dari Kelantan, Malaysia
Genre Dangdut & Pop
Pekerjaan Penyanyi
Instrumen Vokal
Tahun aktif 1988-an - Kini
Syarikat rakaman

Warnada Record (1988) Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd. (1996 - 1997)

Sheeda Entertainment (1998 - kini)
Kegiatan berkaitan
Amelina & Mas Idayu
Laman sesawang
Instagram: @sheedadangdutofficial

Sheeda juga dikenali sebagai Sheeda Dangdut atau nama sebenarnya Sayyida Beevi Binti M. Shahul Hameed merupakan seorang penyanyi era 80an yang mula komersial dan popular pada pertengahan era 90an di Malaysia. Selain itu, Sheeda juga sinonim dengan gelaran Diva Dangdut Malaysia oleh peminat-peminatnya, SheedaDanz. Bintang dangdut Malaysia ini juga merupakan ibu kepada penyanyi Bienda dan kakak kepada pelakon Norseha Hameed. Pada tahun 2015, beliau telah menyertai program realiti Gegar Vaganza Musim Ke-2 dan pada tahun berikutnya beliau telah dilantik sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bintang Dangdut Malaysia[1].

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sheeda memulakan langkahnya sebagai seorang penyanyi apabila beliau telah menganggotai sebuah kumpulan rock iaitu Desire pada era 80an selama beberapa tahun di Kelantan. Pada tahun 1988, beliau telah menyertai Pertandingan Lady Rocker anjuran Dewi Suhana Studio dan beliau juga telah berjaya memenangi pertandingan tersebut sekaligus berpeluang merakamkan sebuah album studio yang berjudul Lukisan Cinta duet bersama penyanyi Erie terbitan Warnada Record. Tidak lama selepas itu, Sheeda berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menimba pengalaman dengan menyanyi di beberapa kelab dangdut sekitar kawasan Kuala Lumpur hingga ke Kuantan, Pahang dan kemudiannya kembali semula ke Kuala Lumpur pada tahun 1994 dimana pada tahun itulah perjalanan karier seninya mula berubah apabila beliau telah ditawarkan oleh penyanyi-komposer Iwan Syahman bagi merakamkan album dangdut disebabkan pada masa itu nama penyanyi Ramlah Ram sedang meningkat naik dengan irama muzik dangdut.

Perkahwinan dan keluarga[sunting | sunting sumber]

Sheeda pernah berkahwin sebanyak 2 kali sebelum beliau berkahwin dengan suaminya kini iaitu Sukri Hashim yang merupakan seorang guru sekolah.[2] Hasil daripada perkahwinannya terdahulu, beliau telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Hafizul Razli, Bienda dan Nurfazlinda Fazli.[3] Bersama Sukri pula beliau telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Aiman.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio:

  1. Lukisan Cinta bersama Erie (1988)
  2. Angkat Kaki (1996)
  3. Ronggeng (1998)
  4. Goyang Dangdut Volume 1 Sheeda (2009)
  5. Angkat Tangan (TBA)

Album Kolaborasi:

  1. Hari Ini Hari Raya (1995)
  2. Dang Dang Dut (1996)
  3. Puteri Dangdut (1996)
  4. Dang Dang Dut 3 (2005)
  5. Semarak Dangdut (2005)
  6. Memori Hit 3D Dangdut (2009)
  7. Memori Hit Dangdut Raya (2009)
  8. Super Dangdut (2012)
  9. The Boom Dangdut (2014)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik (AIM):

  1. 1996 - Artis Baru Wanita Terbaik (Top 5).
  2. 1996 - Album Pop Tradisional Terbaik menerusi album Angkat Kaki (Top 5).

Muzik Muzik TV3:

  1. 1995 - Separuh Akhir Muzik Muzik 10 menerusi lagu Angkat Kaki.
  2. 1996 - Separuh Akhir Muzik Muzik 11 menerusi dua lagu iaitu Sini Cinta Sana Cinta (duet bersama Amelina) dan Buaya Darat.

Pencapaian lain:

  1. Anugerah Platinum - menerusi album Angkat Kaki.
  2. Anugerah Platinum - menerusi album Dang Dang Dut (jumlah jualan: 350,000 unit).
  3. Anugerah Platinum - menerusi album Puteri Dangdut (jumlah jualan: 200,000 unit).

Gegar Vaganza 2015[sunting | sunting sumber]

Beliau tersingkir di minggu keempat. Pada minggu kesembilan Gegar Vaganza, Sheeda bersama salah seorang bekas peserta program tersebut iaitu Azian Mazwan Sapuan telah membuat persembahan khas di malam konsert akhir Gegar Vaganza.

Minggu 1: Angkat Kaki (lagu sendiri)

Minggu 2: Semakin Hari Semakin Sayang (nyanyian asal Uji Rashid)

Minggu 3: Hantu Atau Buaya (nyanyian asal Nanasheme)

Minggu 4: Tiada Lagi - duet bersama Aweera (nyanyian asal Mayang Sari)

Minggu 9: Selamat Jalan Romeo - duet bersama Azian Mazwan Sapuan (nyanyian asal Ramlah Ram)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]