Pergi ke kandungan

Mas Idayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mas Idayu
Mas Idayu mengadakan persembahan di Anugerah Industri Muzik 2012
Kelahiran
Masidayu binti Mesnun

(1972-01-10) 10 Januari 1972 (umur 52)
Kota Tinggi, Johor, Malaysia
Nama lainAyu, Mummy
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, komposer
Tahun aktif1991–kini
PasanganAman Graseka (k. 1997; c. 2006)
Muhammad Sufian Che Isa (k. 2022)
Ibu bapa
  • Mesnun Hassan (bapa)
  • Hasidah Awang (ibu)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Amelina, Zaleha Hamid, Cici Paramida, Ramlah Ram

Mas Idayu (lahir Masidayu Mesnun; 10 Januari 1972)[1] merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau menerima jolokan Ratu Gelek 45 darjah oleh Dato' Hattan.[2]. Beliau merupakan salah seorang penyanyi ternama yang memperjuangkan muzik dangdut sejak era 1990an. Dilahirkan di Johor, Mas Idayu merupakan antara artis wanita dengan jualan album terlaris di era tersebut malah cukup terkenal dengan lagu-lagu dangdut malar segar seperti "Cintaku 100%" dan "Senggol-senggolan, Cubit-cubitan". Sepanjang bergelar penyanyi, beliau pernah memenangi dua trofi Anugerah Industri Muzik serta menjuarai rancangan realiti Mentor musim ketiga pada 2009 yang mana beliau bertanggungjawab melatih dan mencungkil bakat penyanyi popular Black Hanifah.[3] Beliau juga menjadi pengkritik tetap program Dangdut Academy Asia di Indosiar dari 2015 sehingga 2019. Pada tahun 2016, Mas Idayu telah dilantik sebagai tenaga pengajar di Akademi Fantasia 2016 (AF2016), Pada 16 September 2022, Beliau Sah Bergelar Isteri Kepada Muhammad Sufian Che Isa, Yang Juga Penerbit Eksekutif TV3 Dengan Sekali Lafaz.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Mas Idayu dilahirkan di Kota Tinggi, Johor dan dibesarkan dengan lagu-lagu ghazal dan keroncong. Minatnya dalam dunia seni bermula sejak kecil apabila muncul dalam program TV nyanyian kanak-kanak di Radio Televisyen Malaysia pada tahun 1976. Selepas tamat sekolah, beliau mula mencari peluang untuk merakamkan album termasuk menyertai pertandingan Bintang HMI 1991[4]. Beliau pernah menyanyi di lounge dan kelab sebelum diintai untuk menjadi artis rakaman pada 1991. Beliau merupakan sahabat dan teman rapat Amelina

Biarpun seringkali dikaitkan dengan imej seksi, kehidupan peribadi Mas Idayu tidak banyak didedahkan di media kerana prinsipnya yang tidak gemar berkongsi hal peribadi[5]. Pada tahun 1997, beliau mengahwini aktor popular Aman Graseka yang juga kerabat diraja negeri Perak secara senyap-senyap[6]. Perkahwinan itu dikurniakan seorang puteri bernama Nur Dayini Ashiqah yang dilahirkan pada tahun 1998[7]. Beliau dan Aman Graseka bagaimanapun bercerai pada tahun 2006[8].

Kerjaya seni suara Mas Idayu bermula apabila penerbit terkenal era 80an, A. Ali sedang mencari penyanyi yang boleh menyanyikan lagu pop Malindo untuk filem usahasama Malaysia dan Indonesia berjudul "Gelora Cinta" pada tahun 1992. Mas Idayu telah menghadiri ujibakat dan akhirnya dilamar untuk bernaung di bawah syarikat Titian Aktif Sdn Bhd, dan edaran syarikat rakaman EMI. Album pertama beliau berjudul Gelora Cinta memuatkan 10 buah lagu yang dijadikan lagu latar filem tersebut. Album dan filem tersebut dipasarkan di kedua-dua negara dan memuatkan duet Ayu bersama penyanyi pop Indonesia, Vit Adli.

Setelah album tersebut mendapat sambutan menggalakkan, Ayu diberi peluang untuk merakamkan album kedua yang masih lagi berkonsepkan pop tetapi diselitkan dengan elemen Dangdut dan Tradisional. Album yang diberi judul Cinta & Adat itu dilihat gagal mendapat sambutan yang baik daripada pendengar. Setelah itu Ayu sekali lagi diberi peluang untuk merakamkan album berkonsepkan 'tribute'. Album ketiganya Remix 70an pada tahun 1994 memuatkan pelbagai lagu rancak dari era 70an yang dijadikan dalam bentuk remix bersama penyanyi A. Razak Ismail. Pun begitu, album tersebut turut gagal menarik perhatian umum biarpun Ayu berjaya membuktikan beliau boleh bergelar penyanyi yang serba boleh[9].

Setelah muncul dengan album ketiga bersama EMI, tanpa disangka bakat Ayu diperhatikan oleh penerbit Ruslan Mamat dan Nasser Abu Kassim dari Warner Music Malaysia pada tahun 1994. Nasser Abu Kassim bersama Pengarah Urusan Warner ketika itu, Tony Fernandes melihat potensi Ayu untuk menyanyikan lagu-lagu berentak dangdut kerana karekter Ayu yang galak dan menghiburkan. Pada waktu sama, Warner juga merangka untuk melancarkan album sulung penyanyi baru Amelina yang juga berentak dangdut terbitan Ruslan Mamat. Pun begitu, Warner harus menunggu Ayu bebas dari kontrak Titian Aktif dan EMI sebelum mengikat Ayu. Pada tahun 1995 bermulalah fasa baru dalam kerjaya seni Ayu apabila dia diterbangkan ke Bandung, Indonesia untuk merakamkan album dangdut pertamanya bersama komposer Ruslan Mamat dan Deddy Kochan.

Album Cintaku 100% siap dirakam pada tahun 1995, namun dipasarkan pada awal tahun 1996 bagi mengelakkan pertembungan dengan album Asyik oleh Amelina. Sepanjang menunggu albumnya menemui peminat, Tony bersama penata rias Izzat Artistic Team telah membuat perubahan total kepada imej Ayu. Memandangkan Ayu dan Amelina bernaung di bawah payung yang sama, muzik, imej dan gaya mereka ditata dengan cara berbeza. Sekiranya album Amelina berkonsepkan dangdut kontemporari, album Ayu menampilkan dangdut yang berkonsep koplo disamping lagu-lagunya menuntut tarian dan goyang yang lebih rancak. Strategi itu ternyata menjadi apabila pada tahun 1996, lagu-lagu Mas Idayu berjaya menjuarai banyak carta muzik dan album tersebut terjual lebih dari 100,000 unit dalam tempoh kurang dari 1 tahun hingga melayakkan Ayu menerima anugerah platinum berkembar. Selain popular dengan single "Cintaku 100%", lagu "Robek Hatiku" dan "Gelitik Cinta" juga menangkap perhatian pendengar.

Kejayaan itu diteruskan lagi dengan album susulan yang berjudul Dunia Cinta juga terbitan Ruslan Mamat. Sekali lagi Ayu membuat kejutan apabila album tersebut berjaya terjual melebihi 150,000 unit dan mempopularkan lagu dangdut berentak jaipong berjudul "Senggol-senggolan, Cubit-cubitan" yang diakui antara lagu dangdut yang cukup malar segar hingga kini. Album tersebut turut memuatkan beberapa lagi lagu hits seperti "Selangit" dan "Satu Tambah Satu". Lebih manis lagi album tersebut dicalonkan sebagai Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-5 dan memenangi kategori Album Dangdut Terbaik menewaskan saingan dari Iwan Syahman dan Amelina. Ketika itu selain Ayu, Amelina dan Ramlah Ram juga antara penyanyi dangdut wanita yang cukup laris dan mereka berjaya meletakkan nama sebaris dengan penyanyi-penyanyi wanita berpengaruh di era 90an dari pelbagai genre lain seperti Ella, Sheila Majid, Aishah, Ziana Zain, Shima, Noraniza Idris, Ning Baizura, Amy Mastura dan Fauziah Latiff.

Setelah menyepi seketika daripada perhatian media, Ayu kembali semula pada tahun 1999 dengan album keenam berjudul Bolehlah Boleh yang kali ini memperkenalkan lagu dangdut dengan elemen bhangra menerusi hits "Bolehlah Boleh" serta lagu dangdut bertemakan Bali berjudul "Goyang Bali". Lagu-lagu lain yang popular adalah "Dendang Asmara" dan "1/2 Jam". Biarpun album ini muncul ketika kesuraman pasaran muzik ekoran kegawatan ekonomi serta keengganan radio swasta untuk memutarkan lagu-lagu dangdut, ia berjaya terjual sebanyak 60,000 unit dalam masa yang singkat malahan Ayu mendapat pengikut baharu daripada kaum India[10]. Ketika itu juga timbul ura-ura pelakon terkenal Shah Rukh Khan berminat untuk berduet dengan Ayu setelah kunjungan Ayu ke Mumbai yang diaturkan oleh Warner Music, namun Ayu kekal dengan kenyataan sederhananya yang tidak mahu terlalu berbangga kerana projek itu belum tentu terjadi [11]. Ekoran sambutan hebat terhadap album tersebut juga Ayu dijemput untuk mengadakan Konsert Millenium Bollywood bersama artis-artis Bollywood seperti Akshay Kumar, Sushmita Sen dan Shilpa Shetty pada 18 Julai 2000 [12]. Dalam pada itu, Ayu pernah mengeluarkan kenyataan tentang perasaan kecewanya apabila rakan seangkatan Amelina menghilangkan diri dari dunia seni setelah mereka sama-sama menaikkan muzik dangdut dari digelar muzik kelas bawahan hingga dipuja dan diiktiraf industri. Selain berharap Amelina muncul kembali, Ayu juga kecewa apabila muzik dangdut dikatakan semakin merudum sedangkan secara jelas ia terjadi kerana tindakan beberapa pihak yang menghindari lagu-lagu dangdut daripada dimainkan [13]. Album Bolehlah Boleh telah sekali lagi dicalonkan dalam kategori dicalonkan sebagai Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-7 dan turut memenangi kategori Album Dangdut Terbaik.

Setelah merakam tiga buah album bersama Warner Music, Ayu mengambil keputusan untuk meninggalkan syarikat itu lebih-lebih lagu individu-individu yang pernah menaikkan namanya seperti Nasser Abu Kassim dan Tony Fernandes telah mencuba bidang penerbangan tambang murah dengan membuka syarikat penerbangan Airasia pada tahun 2000 gara-gara kesuraman pasaran industri muzik[14]. Setelah itu Ayu dilamar oleh syarikat rakaman tempatan Syncrosound Studio di bawah kelolaan Johari Teh. Album ketujuh beliau diberi judul Mas Idayu 1001 dipasarkan pada tahun 2002 dengan hits "Hasrat Perindu", "Habibi Milkuh" dan "Tari Jari Jemari". Ketika ini Ayu beralah dengan permintaan stesen radio yang tidak mahukan genre dangdut asli lalu mengambil inisiatif memasukkan elemen arab dan padang pasir untuk album ini[15]. Hasilnya beberapa lagunya diputarkan oleh stesen radio biarpun kebanyakan lagu-lagu lain yang tidak dijadikan single masih mengekalkan konsep dangdut. Lagu "Hasrat Perindu" ciptaan Adnan Abu Hassan berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu ke-18 dalam kategori Etnik Kreatif. Namun begitu, setelah setahun dipasarkan, jualan album tersebut dilihat tidak begitu memberangsangkan biarpun lagu-lagunya popular di radio. Ayu sempat menyelar syarikat rakaman yang dikatakan tidak membuat promosi secara menyeluruh[16].

Setelah menamatkan kontrak bersama Syncrosound Studio, Ayu menyertai Iwan untuk menerbitkan album Dang Dang Dut 3 bersama rakan artis lain seperti Sheeda, Haiza dan Syikin. Menerusi album tersebut Ayu telah merakamkan semula lagu nyanyian lagenda dangdut Indonesia, Rhoma Irama yang berjudul "Mati Aku" serta popular dengan lagu "Berdayung Cinta", duet bersama Iwan. Biarpun menghadapi masalah diskrimasi oleh sesetengah radio yang tidak berminat memutarkan lagu-lagu mereka, album tersebut telah berjaya terjual lebih dari 10,000 unit. Ketika berita perceraiannya mula timbul pada tahun 2006, Ayu mula mencuba kembali dalam dunia lakonan secara suka-suka sebagaimana beberapa drama TV yang dilakonkannya pada era 90an. Namun pada tahun 2007, drama "Sebuah Ijtihad" lakonanya bersama Sofia Jane dan Sheila Rusly diperkatakan orang ramai kerana mutu lakonan berkesan oleh Ayu yang membawakan watak Zack, seorang banduan wanita[17]. Drama tersebut berjaya memenangi drama terbaik di Anugerah Skrin 2007. Akhirnya Ayu muncul mengesahkan perpisahannya dengan Aman Graseka pada tahun 2008 ketika muncul dengan album kelapan berjudul Kekal 1001. Album ini menyaksikan Ayu mengubah sedikit irama dangdut kepada tempo yang lebih rancak selaras dengan perkembangan muzik yang semakin moden. Dua buah single yang menjadi pertaruhan berjudul "Goda-godaan" dan "Dengar-dengarkan" mendapat sambutan yang baik daripada pendengar.

Selepas 10 minggu bertanding secara mingguan, pada 12 Julai 2009 Ayu dan anak didiknya,seorang peniaga pasar malam, Black Hanifah berjaya menjuarai program Mentor musim ke-3 dengan membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM100,000 serta sebuah kereta Kia Spectra 5 manakala mentornya, Mas Idayu pula memenangi RM100,000[18]. Ramai yang memuji keupayaan Ayu mencungkil bakat nyanyian daripada seorang remaja yang dilihat tidak punya pakej yang lengkap dari segi rupa paras untuk bergelar penyanyi[19].

Kesan daripada kemasukan lagu-lagu Hindi dan tindakan beberapa rangkaian radio swasta yang tidak mahu menyiarkan lagu-lagu dangdut dan menganggap ia muzik kelas bawahan juga menjadi faktor kenapa irama dangdut agak sepi apabila memasuki alaf baharu[20]. Hal ini pernah menyebabkan Ayu membuat kenyataan keras menentang 'double standard' yang diamalkan oleh pengurusan radio. Kerana kelantangan suaranya di media massa juga, Mas Idayu seringkali dikecam peminat dunia hiburan. Beliau pernah menyelar ratu dangdut Indonesia Inul Daratista yang menangis kerana konsertnya di Kuala Lumpur dibatalkan atas bantahan orang ramai [21]. Ayu mengatakan dia yang juga warganegara Malaysia juga seringkali menerima bantahan untuk mengadakan pertunjukan pentas oleh orang awam termasuk satu persembahannya bersama penyanyi rock Ella untuk Piala Sultan Selangor pada 6 Julai 2008 yang dibatalkan pada saat-saat akhir gara-gara menerima bantahan umum[22].

Pada tahun 2008, Mas Idayu dikatakan bersikap diva apabila meminta tiket penerbangan MAS, tiga bilik, kenderaan untuk kegunaan peribadi, tidak menyertai rombongan, datang berasingan, tidak menepati masa dan gagal menghadiri latihan. Atas alasan itu, pihak penganjur dan stesen radio dikatakan mahu mengambil tindakan gam terhadapnya[23].

Beliau dipilih menjadi mentor untuk 3 siri iaitu 2009,2010 dan 2014. Selain itu, anak didiknya yang berasal dari Sabah, Hadi juga pernah memenangi tvshow Tiada Lama Tiada Baru Satu-satunya di RTM pada tahun 2011 dan membawa pulang hadiah bernilai RM10,000 dan sebuah kereta Proton Persona. Pernah terjadi beliau diasak dengan kritikan daripada seorang peserta ujibakat, Erdy Sufian yang marah tidak terpilih dalam pertandingan Mentor (siri TV) pada tahun 2014[24]. Malah pemilihan Mas Idayu sebagai mentor juga dipertikai sesetengah pihak biarpun beliau diakui antara penghibur terbaik yang ada di Malaysia?[25].

Pada tahun 2014, dua penyanyi hip hop muda, W.a.r.i.s dan Juzzthin tampil dengan produk terbaharu, menyanyikan semula lagu dangdut kegilaan ramai suatu ketika dahulu, 100% Cintaku yang pernah dipopularkan oleh Mas Idayu dengan judul "Cintaku 100%". Diolah semula dengan menampilkan Mas Idayu dalam konsep kontemporari moden dengan memasukkan rentak hip hop, ternyata ia usaha terbaik untuk mengetengahkan semula irama etnik kreatif berkenaan[26]. Pada tahun 2015 beliau menyertai barisan pengkritik tetap di pertandingan D' Academy Asia.

Siaran stesen televisyen Indosiar di Indonesia bersama penyanyi dangdut dan irama melayu terkenal lain iaitu Inul Daratista, Iis Dahlia, Iyeth Bustami, Saipul Jamil, Soimah, Elvy Sukaesih, Ivan Gunawan, Amelina, Siti Nurhaliza, Benigno Aquino, Cici Paramida dan Rita Sugiarto [27].

Pada tahun 2016, beliau dilantik menjadi salah seorang tenaga pengajar dalam program realiti TV popular Akademi Fantasi Musim ke -13 .Beliau memainkan peranan selaku Guru Vokal Persembahan dan para pelajar AF2016 memanggil beliau dengan gelaran Cikgu Mummy. Mas Idayu mencipta sejarah tersendiri di dalam Akademi Fantasia apabila menjadi satu-satunya tenaga pengajar yang membawa rotan ke dalam kelas. Meskipun Mas Idayu atau Cikgu Mummy ini berperwatakan garang di dalam kelas, namun beliau amat dihormati dan disayangi oleh para pelajarnya. Hasil kesungguhan daripada didikan beliau dan para tenaga pengajar AF yang lain seperti Dato' Shake (Pengetua AF2016), Cikgu Shahrol (Guru Vokal Teknikal), Cikgu Linda Jasmine (Guru Koreografi), Cikgu Ellie Suriati (Guru Seni Persembahan), Dato' Aliff Syukri (Guru Motivasi), Edry Abdul Halim (Pengarah Muzik) dan Coach Cem (Jurulatih Kecergasan), AF2016 telah melahirkan bintang-bintang baharu di dalam industri hiburan tanah air seperti Amir Masdi, Ara Johari, Reshma Martin dan Isa Khan.

Setelah lebih 25 tahun bertapak kukuh di dalam industri muzik, nama Mas Idayu masih kekal utuh dan sinonim di kalangan rakyat Malaysia dan sering diundang membuat persembahan di kaca TV mahupun konsert-konsert, juga sering dipanggil untuk menjadi juri pertandingan nyanyian dan pengajar vokal. Biarpun seringkali dikaitkan dengan sikap sombong dan tidak mudah mesra dengan media, namun diakui Mas Idayu merupakan seorang penghibur profesional yang menggunakan segala pengalamannya untuk terus menghiburkan penonton[28]. Terkenal dengan gelaran Ratu Gelek 45° dan gaya memegang pembesar suara yang unik, beliau diakui ramai adalah salah seorang nama besar atau lagenda dalam muzik dangdut di Malaysia selain lagenda 60an hingga 90an seperti S. Roha, Sarena Hashim, Zaleha Hamid dan Ramlah Ram.

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album Studio

[sunting | sunting sumber]
  • Kemana Kau Pergi - Mahathir ft Mas Idayu (2006)
  • Dahlia Hati (2019)
  • Bersama Di Hari Raya
  • Hari Raya Tiba (2019)
  • Mami - Hilmy Ashley ft Mas Idayu (2019)

Album Kerjasama

[sunting | sunting sumber]

Album Kompilasi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Muzik-muzik
1992 "Penggoda" Gelora Cinta
"Wanitamu"
"Doa Kerinduan"
"Harga Diri"
duet Vit Adly
1994 "Mengejar Bayangan" Cinta & Adat
"Kempunan"
duet A. Ali
"Jangan Biarkan"
1995 "Seiring Sejalan"
duet A. Razak Ismail
Remix 70an
1996 "Robek Hatiku" 1996 Cintaku 100%
"Cintaku 100%" 1996
"Gelitik Cintaku"
"Penyakit Cinta"
"Duniaku Bebas (Chura Liya Tumne)" Puteri Hindi
"Bukan Cinta RM" 1996 Cintaku 100%
1997 "Tergoda"
"Andaikan Bintang Berbicara"
"Senggol-senggolan, Cubit-cubitan" 1997 Dunia Cinta
"Selangit" 1997
1998 "Dunia Cinta"
"Atas Nama Hujan"
"Satu Tambah Satu"
"Sang Kasanova Cinta"
"Perwiraku" Puteri Dangdut 2
"Merindu"
bersama kumpulan Eva
1999 "Bolehlah Boleh" Bolehlah Boleh
"1/2 Jam"
"Goyang Bali"
2000 "Dendang Asmara"
2002 "Hasrat Perindu" Mas Idayu 1001
2003 "Habibi Milkuh"
"Tari Jari Jemari"
2005 "Cubaan Ilahi"
bersama Iwan Syahman, Sheeda, Haiza dan Syikin
Dang Dang Dut 3
"Mati Aku"
2006 "Berdayung Cinta"
bersama Iwan Syahman
2008 "Goda-godaan" Kekal 1001
"Dengar-dengarkan"
2014 "100% Cintaku"
bersama W.a.r.i.s & Juzzthin
Rembau Most Wanted
2019 "Dahlia Hati" Dahlia Hati (Single)

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2021 Kampung Kolestrol Kak Bib TV9

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2007 Sebuah Ijtihad Zack TV3
2020 Balik Kampung Tak Lonely Lagi Mak Dara TV3

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2009 Mentor (musim 3) Mentor TV3 Juara bersana Black
2012 Vokal (Musim 2) Juri tetap & tenaga pengajar
2014 Mentor Legend Mentor
2016 Akademi Fantasia 2016 Tenaga pengajar Astro Ria
2019 I Can See Your Voice Malaysia (Musim 2) Artis jemputan TV3 Tetamu episod 12
2020 Mic ON! Juri tetap Awesome TV
2020-2021 Lagu Cinta Kita (Musim 2) Juri tetap TV3
2021 Lagu Cinta Kita (Musim 3) Juri tetap
2022 Oh Mummy! Dirinya sendiri
2022-2023 Famili Duo (musim 2) Juri tetap

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]

Menang

  1. Album Dangdut Terbaik - AIM 1998 - Dunia Cinta
  2. Album Dangdut Terbaik - AIM 2000 - Bolehlah Boleh
  3. Moment Terheboh - DAA3 - Mas Idayu memarahi Baby Shima

Pencalonan

  1. Album Terbaik - AIM 1998 - Dunia Cinta (Menang)
  2. Album Terbaik - AIM 2000 - Bolehlah Boleh (Menang)
  3. Kulit Album Terbaik - AIM 2003 - Mas Idayu 1001

Finalis

  1. Bintang HMI 1991
  2. Kategori Etnik Kreatif - AJL 18 - Hasrat Perindu
  1. ^ Mas Idayu marah, kecewa. Berita Harian 19 Nov 2017
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-20. Dicapai pada 2014-12-03.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-20. Dicapai pada 2014-12-03.
  4. ^ https://www.youtube.com/watch?v=3CX2mf2YiKI&t=48s
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-20. Dicapai pada 2014-12-03.
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-20. Dicapai pada 2014-12-03.
  7. ^ http://www2.bharian.com.my/articles/Nampaksajaganas/Article/[pautan mati kekal]
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-20. Dicapai pada 2014-12-03.
  9. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-20. Dicapai pada 2014-12-03.
  10. ^ http://lanmamat.blogspot.com/2008/08/mas-idayu-3.html
  11. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0715&pub=utusan_malaysia&sec=Hiburan&pg=et_01.htm[pautan mati kekal]
  12. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0716&pub=utusan_malaysia&sec=Hiburan&pg=et_08.htm[pautan mati kekal]
  13. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0204&pub=utusan_malaysia&sec=Hiburan&pg=et_01.htm[pautan mati kekal]
  14. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-20. Dicapai pada 2014-12-03.
  15. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0327&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm[pautan mati kekal]
  16. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-20. Dicapai pada 2014-12-03.
  17. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm[pautan mati kekal]
  18. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-20. Dicapai pada 2014-12-03.
  19. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-20. Dicapai pada 2014-12-03.
  20. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0321&pub=utusan_malaysia&sec=Hiburan&pg=et_01.htm#ixzz3KqtyzFj0
  21. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-20. Dicapai pada 2014-12-03.
  22. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-20. Dicapai pada 2014-12-03.
  23. ^ http://www.ehoza.com/v4/forum/archive/index.php/t-31464.html?s=68e6b2d2918540a02613076c5dfc8ca1[pautan mati kekal]
  24. ^ http://www.ohbulan.com/video-peserta-ujibakat-mentor-label-mas-idayu-nyanyi-tak-sedap/
  25. ^ http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/TV3pilihMasIdayukeranakredibiliti/Article/article_print[pautan mati kekal]
  26. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-08. Dicapai pada 2014-12-03.
  27. ^ http://showbiz.liputan6.com/read/2367792/memetakan-kekuatan-peserta-d-academy-asia-dari-4-negara
  28. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0115&pub=utusan_malaysia&sec=Hiburan&pg=et_01.htm[pautan mati kekal]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]