Gerak Khas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia, lihat Grup Gerak Khas.
Bagi siri filem, lihat Gerak Khas (siri filem).
Gerak Khas
Logo drama Gerak Khas 2016.png
Logo drama Gerak Khas
Genre Aksi
Drama
Pencipta Datuk Yusof Haslam
Dibangunkan oleh
Skop Productions
Polis Diraja Malaysia
Ditulis oleh Panel Skrip Skop Productions
Pengarah Datuk Yusof Haslam
C. Kumaresan
Syamsul Yusof
Majed Saleh
Dibintangi oleh
Zulkifli Ismail
A. Galak
Abby Abadi
AC Mizal
Farid Amirul
Deen Maiden
Z. Zambri
Shaharon Anuar
Angeline Tan
C. Kumaresan
Norman Hakim
Penggubah lagu tema
PH Lim
James Baum
Lagu pembukaan Gerak Khas
Lagu penutup Gerak Khas
Penggubah PH Lim
Negara asal Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Bilangan musim 18
Bilangan episod 965 (sehingga 1 Jun 2018)
Penerbitan
Penerbit eksekutif Hj. Ismail Mustapha
Penerbit Datuk Yusof Haslam
Penyunting Shahrul Dhoman
Murad Man
Wan Norhadi Wan Noh
Lokasi Kuala Lumpur
Lembah Klang
Putrajaya
Tempoh siaran 48 minit (tanpa iklan)
60 minit
Syarikat penerbitan
Skop Productions
Penyiaran
Saluran asal RTM:
TV1 (1999-2004)
TV2 (2004-kini)
Format gambar 16:9 letterbox (4:3) 576i
Format audio Stereo
Julung kali ditayangkan di
Malaysia
Siaran asal Siri asal:
4 Mei 1999 - 22 Julai 2011
Siri baru:
14 Februari 2014 - kini
Kronologi
Rancangan berkaitan
Roda Roda Kuala Lumpur (1998-1999, 2008-2013)
Metro Skuad (2012-2013)

Gerak Khas merupakan sebuah drama kepolisan Malaysia arahan Datuk Yusof Haslam yang ditayangkan di TV1 dan TV2 sejak 4 Mei 1999 setiap Jumaat jam 8:30 malam. Drama ini pernah ditayangkan di TV1 dari 1999 hingga 2004 sempena dengan penjenamaan semula stesen tersebut, sebelum ia berpindah ke TV2. Drama ini diterbitkan oleh Skop Production Sdn Bhd dan memaparkan kes-kes jenayah yang sering berlaku di negara ini seperti penculikan, penyeludupan, pembunuhan, rompakan, ceti haram, penipuan, dadah dan sebagainya.[1]

Gerak Khas turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records sebagai “Siri Drama Yang Paling Lama Bersiaran”.[2] Drama ini direhatkan pada Julai 2011 selepas musim terakhirnya disiarkan, dan ia digantikan oleh Metro Skuad yang disiarkan pada Mac 2012 hingga Mac 2013.[3]

Pada 14 Februari 2014, Gerak Khas kembali menemui penonton selepas hampir 3 tahun direhatkan dengan mengekalkan sebahagian besar daripada pelakon asalnya dengan penambahan pelakon baru.[4][5]

Plot[sunting | sunting sumber]

Unit Gerak Khas yang di bawah pimpinan Datuk Helmi telah ditugaskan untuk membanteras jenayah hingga ke akar umbi demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara. Beliau dibantu oleh anggota-anggota bawahan dan pegawai-pegawai atasannya. Pelbagai cabaran dan dugaan yang harus dihadapi oleh pihak Unit Gerak Khas demi menjaga keamanan negara.

Konsep dan format[sunting | sunting sumber]

Gerak Khas merupakan idea dan konsep asal Yusof Haslam, dibangunkan oleh Skop Productions dan Polis Diraja Malaysia. Di awal kemunculan Gerak Khas, barisan pelakon asal terdiri daripada Abby Abadi, AC Mizal, A. Galak, Deen Maidin, Shaharon Anuar, Farid Amirul dan Yusof sendiri. Lagu tema Gerak Khas asal dicipta oleh PH Lim dan dinyanyikan oleh AC Mizal dan Abby Abadi.

Siri ini pada asalnya disiarkan pada 4 Mei 1999 jam 10 malam di TV1. Namun sejak 2004, ia bersiaran di TV2 setiap Jumaat pada jam 9 malam. Namun ditukar waktu siarannya pada jam 8:30 malam mulai 7 Julai 2017.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah senarai barisan pelakon terkini dan terdahulu siri drama Gerak Khas (tidak termasuk filem):

Pelakon terkini[sunting | sunting sumber]

Datuk Yusof Haslam melakonkan watak Datuk Helmi, mengarah dan menerbitkan drama ini.
  • Datuk Yusof Haslam sebagai SAC 1 Datuk Helmi (1999-2011, 2014–kini)
  • Norman Hakim sebagai ACP Haris (2003-2011, 2014, 2017-kini)[6]
  • Syamsul Yusof sebagai Supt. Jefri (2015–kini)
  • C.Kumaresan sebagai DSP Kumar (2003-2011, 2014–kini)
  • Salina Saibi sebagai ASP Salina (2007-2011, 2014–kini)[7]
  • Deen Maidin sebagai Sarjan Lingam (1999-2011, 2014–kini)
  • A. Galak sebagai Sub Inspektor Hashim (Bersara). Kini menjadi pemandu teksi (1999-2011, 2014–kini)
  • Z. Zamri sebagai Koperal Zaidi (2003-2011, 2014–kini)
  • Sheera Iskandar sebagai Inspektor Sheera (2008-2011, 2017-kini)
  • Raja Ilya sebagai Inspektor Syakila (2016-kini)[8][9]
  • Erra Fazira sebagai ASP Jeslina (2018-kini)
  • Hisyam Hamid sebagai Inspektor Aiman (2018-kini)
  • Ruzzlan Shah Abdullah sebagai Detektif Wong (2018-kini)

Pelakon terdahulu[sunting | sunting sumber]

Adaptasi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga buah filem berdasarkan siri drama tersebut.

Sebuah filem terbitan turunan pula telah dihasilkan berdasarkan watak Castelo di dalam filem pertama.

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Selain drama dan filem, terdapat juga telefilem yang berdasarkan siri drama ini, yang mana ia disiarkan sempena Hari Raya Aidilfitri.

  • Misteri Gerak Khas (2001)
  • Gerak Khas: Menjelang Syawal (2014)
  • Gerak Khas: Sarah (2018)

Sambutan dan legasi[sunting | sunting sumber]

Logo drama Gerak Khas (musim 2014)

Sejak April 2006, siri drama TV ini merupakan satu-satunya rancangan bersiri pilihan penonton TV2 sehingga kini, yang mana rancangan-rancangan bersiri lain di saluran tersebut kurang menepati selera penonton.[15]

Siri ini telah diparodikan oleh Astro Warna dengan judul Gelak Khas, disiarkan pada 2009 dan dibintangi oleh kumpulan Sepah. Gerak Khas turut dijadikan sebagai panduan untuk filem KL Special Force arahan Syafiq Yusof yang ditayangkan pada 8 Mac 2018, dibintangi oleh Rosyam Nor, Fattah Amin dan Syamsul Yusof.[16]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Sepanjang ia bersiaran, Gerak Khas turut berdepan dengan beberapa kontroversi yang melibatkan pelakon-pelakonnya. Dua pelakon utamanya, Norman Hakim dan Abby Abadi memfailkan perceraian pada awal 2009 gara-gara Norman yang ditangkap berkhalwat dengan pelakon, Memey Suhaiza.[17][18] Seorang lagi pelakonnya, Farid Amirul yang didakwa atas kesalahan mencuri buku di kedai buku MPH Bookstores di Mid Valley Megamall, Bangsar, Kuala Lumpur, buku tersebut yang dicurinya ialah Decoding The Heaven dan The Sistine Secrets. Akibatnya, Farid telah dipenjarakan selama setahun dan beliau juga dilarang berkunjung ke mana-mana kedai buku MPH yang lain.[19][20][21]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • 2009: Siri Drama Yang Paling Lama Bersiaran oleh The Malaysia Book of Records
  • 2009: Anugerah Skrin 2009 bagi Drama Rantaian Terbaik (dicalonkan)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Write better papers, faster! -Online Research Library: Questia". Dicapai 27 May 2015. 
  2. ^ Drama bersiri Gerak Khas paling lama bertahan Utusan Malaysia (15 Oktober 2015). Diperoleh pada 31 Oktober 2015.
  3. ^ Haryati Karim (23 Mei 2009). Gerak Khas terkena 'sumpahan'? Kosmo!. Dicapai pada 26 April 2010.
  4. ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (26 Januari 2014). Kuasa Gerak Khas Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 April 2014.
  5. ^ Wajah baharu Gerak Khas Kosmo! (6 Februari 2014). Dicapai pada 26 April 2014.
  6. ^ Norman Hakim kembali dalam Gerak Khas Utusan Malaysia (5 November 2013). Dicapai pada 26 April 2014.
  7. ^ Salina setia dengan Gerak Khas Utusan Malaysia (10 Februari 2018). Diperoleh pada 23 April 2018.
  8. ^ Raja Ilya Tak Bimbang Populariti Terjejas Kerana 'Gerak Khas 2016' mSTAR Online (14 Februari 2016). Dicapai pada 11 Jun 2017.
  9. ^ Aqmar Mustaza (18 Februari 2016). Gerak Khas lunas impian Raja Ilya Sinar Harian. Dicapai pada 11 Jun 2017.
  10. ^ Mohd Hafiz Ismail (29 Januari 2014). AC Mizal kembali dalam Gerak Khas Sinar Harian. Diperoleh pada 30 April 2018.
  11. ^ Siti Azira Abd Aziz (29 November 2008). Kenangan 9 tahun dengan Gerak Khas gamit Abby beraksi semula mStar Online. Diperoleh pada 26 April 2012.
  12. ^ ‘I’m still alive,’ says Gerak Khas actor The Star (Malaysia) (5 Ogos 2016). Diperoleh pada 26 April 2017.
  13. ^ Inspektor Tisha jadi sandaran Kosmo!. Dicapai pada 10 Jun 2017.
  14. ^ Aqmar Mustaza (23 Februari 2016). Gerak Khas lonjak nama Tisha Shamsir Sinar Harian. Dicapai pada 10 Jun 2017.
  15. ^ Abd. Aziz Itar (31 Januari 2014). Gerak Khas pernah tarik 3 juta penonton Utusan Malaysia. Dicapai pada 30 April 2014.
  16. ^ Amerul Haswendy Ashari (23 Februari 2018). "Jalan tengah hasilkan KL Special Force". Harian Metro. Dicapai 11 Mac 2018. 
  17. ^ Niezam Abdullah (2 November 2008). "Kontroversi Norman, Abby dan Memey". Utusan Malaysia. Dicapai 22 Disember 2011. 
  18. ^ Budiey (18 Disember 2008). "Norman Hakim Cerai Abby Abadi Dengan Talak Satu". Sensasi Selebriti. Dicapai 22 Disember 2011. 
  19. ^ Feride Hikmet Atak (5 Oktober 2010). "Dituduh Mencuri Buku, "Detektif Lim" Dibuang Keluarga". mStar Online. Dicapai 22 Disember 2011. 
  20. ^ "Pelakon Gerak Khas dihukum penjara, denda". Malaysiakini. 17 Disember 2009. Dicapai 22 Disember 2011. 
  21. ^ Norliza Mohd Zakaria (19 Mei 2009). "Saya tak hukum Farid - Yusof Haslam". Utusan Malaysia. Dicapai 22 Disember 2011. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]