Shinnosuke Abe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shinnosuke Abe
Abe bersama Yomiuri Giants
Yomiuri Giants – No. 80
Catcher / Jurulatih
Dilahirkan: (1979-03-20) 20 Mac 1979 (umur 45)
Urayasu, Chiba, Jepun
Pukulan: Kiri Balingan: Kanan
debut
30 Mac, 2001, untuk Yomiuri Giants
Statistik kerjaya
(melalui Musim 2019)
Purata pukulan.284
Home run406
RBI1,285
Pukulan2,132
Pasukan
Pemain

Jurulatih

  • Yomiuri Giants (2020–kini)
Kerjaya cemerlang dan anugerah

Shinnosuke Abe (Jepun: 阿部 慎之助, Hepburn: Abe Shinnosuke, lahir 20 Mac 1979) merupakan bekas pemain besbol profesional Jepun yang menghabiskan 19 tahun kariernya bersama pasukan Yomiuri Giants di Nippon Professional Baseball. Beliau berkhidmat sebagai kapten pasukan dari tahun 2007 sehingga 2014. Beliau pernah dinobatkan sebagai MVP Siri All-Star Nippon Professional Baseball sebanyak dua kali pada 2007 dan 2010.

Beliau merupakan kapten pasukan kebangsaan Jepun semasa kejohanan World Baseball Classic 2013. Beliau telah memukul dua home run dalam inning yang sama ketika aksi menentang Belanda sekali gus menjadi pemain pertama dan satu-satunya pemain dalam sejarah WBC yang mencapai rekod itu.

Pada 24 September 2019, Abe mengumumkan bahawa beliau akan bersara selepas musim 2019, iaitu musim ke-19 beliau beraksi di NPB.[1]

Abe kemudian disenaraikan sebagai pengurus skuad kedua Giants untuk musim 2020.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Coskrey, Jason (September 30, 2019). "Giants star Shinnosuke Abe bows out as one of NPB's great catchers". The Japan Times. Dicapai pada January 5, 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Baseballstats