Si Penjual Aiskrim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Si Penjual Aiskrim
Kulit novel grafik Si Penjual Aiskrim
Maklumat penerbitan
PenerbitKumpulan Art Square
Majalah: Gempak
FormatHitam-putih
Genre
Tarikh penerbitanPertengahan 2008
Bil. isu6
Novel grafik: 1
Pasukan kreatif
KaryaZint

Si Penjual Aiskrim merupakan komik ciptaan Zint yang disiarkan secara bersiri di majalah Gempak. Ia mengisahkan Coolman yang merupakan penjual aiskrim bilamana suatu hari seorang gadis datang membeli aiskrim daripadanya dan menyebabkan penyakit lama Coolman kembali.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Coolman berambut kerinting dan panjang. Kerjanya berbasikal sambil menjual aiskrim. Namun suatu hari, muncul seorang gadis datang memberi aiskrim sambil berkata, "Makan aiskrim tengah panas terik camni memang sedap!" Wajah si penjual aiskrim berubah. Segala skil-skilnya terpamer tatkala si gadis tiba-tiba diserang makhluk bertopeng. Siapakah si gadis itu sebenarnya? Dan yang lebih penting... apakah identiti sebenar si penjual aiskrim?!

Watak-Watak[sunting | sunting sumber]

Watak Perwatakan
Coolman Watak utama dalam siri ini. Bekerja sebagai penjual aiskrim. Mempunyai satu penyakit misteri.
Sarah Ejen kerajaan. Diberi misi bagi membebaskan keluarganya. Membangkitkan penyakit Coolman secara tidak sengaja semasa membeli aiskrim.