Zint

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zint
KelahiranLu Wun Khang
(1976-02-16) 16 Februari 1976 (umur 48)
Ipoh, negeri Perak
KewarganegaraanMalaysia Malaysia
Nama samaranZint
Karya terkenal
Under 18,KO. King,Under 18 No Fear,Kijiya,Si Penjual Aiskrim,User,,Under 18 Elite,Lawak Under 18, Postman
Anugerah5th Asian Manga Summit - Jepun (2003),6th World Comic Artist Conference - China (2004),8th International Comic Artist Conference - Hong Kong (2007),9th International Comic Artist Conference - Jepun (2008),Pameran Komik 100% Gempak Starz™,10th International Comic Artist Conference - Taiwan (2009)

Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangka

Lu Wun Khang (dilahirkan pada 16 Februari 1976 di Ipoh, negeri Perak) ialah seorang pelukis komik Malaysia yang lebih dikenali dengan nama penanya, Zint.[1] Beliau mula dikenali ramai menerusi komik bersiri Under 18 yang disirikan dalam majalah komik dwibulanan Gempak.

Antara karya beliau yang terkini ialah User dalam majalah Gempak dan Kijiya di majalah Utopia

Biografi[sunting | sunting sumber]

Zint dilahirkan pada 16 Februari 1976 di Ipoh, Perak. Beliau mendapat ijazah dalam Rekaan Grafik daripada Institute of Arts pada tahun 1995. Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang pereka grafik selama tiga tahun. Pada tahun 1998, beliau menyertai Kumpulan Art Square sebagai seorang pelukis bebas dan terus bersama syarikat tersebut hingga ke hari ini. Antara karya beliau yang pertama ialah Daredevil 7 dan kemudiannya, beliau menyusul dengan karya baru yang berjudul Under I8. Komik Under 18 telah berjaya menaikkan nama Zint di industri komik Malaysia. Selepas itu, beliau terus berkarya dan antara karyanya yang lain ialah Cheap Shot yang mengisahkan sukan gusti; Carbon Kid, komik pertama beliau dalam bentuk strip; MFEO; K.O King; 2 Dudes dan sebagainya.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Shaun A. Noordin (2009). "Zint's zest for comics". The Star. Dicapai pada 2009-11-24. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Unknown parameter |day= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]